Hisyam dan krewnya harini telah diupah oleh sebuah syarikat pengeluaran makanan untuk mengiklankan produk mereka.Disebabkan mereka masih bercuti jadi mereka pun terus bergerak ke lokasi penggambaran dan mengambil masa dua hari untuk menyiapkan iklan tersebut.Sepanjang hari itu Hisyam hanya berbual dengan Ayda untuk menghilangkan bosan.Suraya pula memandang telefonnya setiap masa menunggu mesej daripada Hisyam walaupun Suraya nampak seperti tidak mahu lagi dengan Hisyam tetapi hatinya dikacau ombak rindu yang mengganas.
"Suraya dah dah lah tu tengok phone,waktu cas pun nak main kang meletup pulak" Allysa menegur Suraya
"Ah sibuk je kau.Biarlah aku nak meletup ke apa" marah Suraya
"Tunggu chat Hisyam ke?" Hanani mula menyibukSuraya terus berpaling ke arah Hanani dan memandangnya dengan tajam seperti hendak memakannya.Hanani berpura pura memandang ke arah tempat lain dan terus pergi ke dapur kerana takut dimarahi.
"Buat apa nak tunggu Hisyam lagi.Aku rasa dia dah ada orang lain dah" kata Allysa lagi
"Ha aku bukan tunggu mesej dia pun so apa masalahnya?" kata Suraya pula
"Takdela kalau kau perasan dia asyik berkepit je dengan Ayda tu"
"Ayda kan dah ada Helmi"
"Hei sekarang ni abad 21 lah.Bini orang pun boleh mesra dengan lelaki lain"Suraya bertambah cemburu mendengar kata kata Allysa itu.Salah Suraya juga kerana tidak melayan Hisyam seperti dahulu.Hisyam ni kalau orang dah tak suka dia buat apa dia nak kejar lagi.Dia pun lelaki.Lelaki ni susah nak faham perasaan perempuan.Bagi Hisyam,Suraya sudah membencinya dan mendapat pengganti yang lain kerana Suraya seperti bulan dipagari bintang dan memang digilai ramai lelaki.Walhal segala tawaran lelaki lain ditolak Suraya dengan harapan Hisyam kembali kepadanya tetapi tidak mahu nampak seperti dia terlalu mahukan Hisyam semula.Salah siapakah sekarang ini? Suraya atau Hisyam? Sebenarnya inilah masalah biasa pasangan bercinta.Hisyam baru pulang dari kerjanya dan terbaring kepenatan di atas sofa.
"Macam baru lepas malam pertama je bro haha" gurau Haziq yang duduk di lantai bersebelahan dengannya untuk menonton TV
"Director plus editor mestilah penat.Kau setakat setkan lighting je senang sangat" kata Hisyam kepenatan
"Wei Syam esok aku ada jemputan kahwin kat Melaka" kata Rashdan
"Ha kenapa?" Hisyam memandang Rashdan
"Aku nak pinjam kamera kau boleh tak?" tanya Rashdan
"Ha amikla tapi sebelum kasi aku balik caskan" kata Hisyam sambil baring semulaHisyam pun tertidur di atas sofa dan Haziq terus menonton TV manakala Rashdan dan Syahmi sudah pun masuk tidur.Walaupun Helmi satu team dengan mereka tetapi ibu bapa Helmi menyewakan sebuah rumah khas untuk dirinya sahaja.Helmi dengan Ayda sama sama kaya asal dari Kuala Lumpur dengan ayah diberi title Dato' tetapi mereka tidak pernah sombong.Keesokannya Hisyam bangun pagi dan terus bersiap untuk keluar berjoging seperti biasa.Itulah rahsia Hisyam memiliki susuk tubuh yang sihat dan sasa.Dia juga tersenarai antara lelaki paling seksi di universitinya.Setelah selesai dua pusingan larian,Hisyam ternampak Suraya sedang membaca buku di bangku seorang diri.Jarak antara Hisyam dan Suraya ketika itu kira kira 3 meter sahaja.Hisyam memandang Suraya dengan lama kerana terlalu rindu.Suraya tidak menyedari akan Hisyam.Hisyam hendak pergi ke arah Suraya dan menegurnya tapi tiba tiba Ayda dan Helmi muncul dari belakang.
"Eh hai Syam" tegur Ayda lalu berhenti berjoging begitu juga Helmi
"Hai Mira" tegur Hisyam pulaHelmi mencekak pinggannya dan bersiul sambil memandang ke arah lain untuk cover perasaan cemburunya.Suraya pula sedar akan kehadiran Hisyam terus melarikan diri dari situ.Hisyam hanya memandang Suraya berlalu pergi dan tidak berani untuk mengejarnya
"Syam tu Suraya tu pergilah" kata Ayda lagi
"Erm takpelah Mira dia memang dah taknak aku rasanya" Hisyam cuba untuk beredar dari situ kerana sedih
"Eh Syam jap" Ayda terus memegang tangan Hisyam untuk menghentikannya.Hisyam terus menarik tangannya.Helmi pula seakan terkejut melihat Ayda memegang tangan Hisyam yang berurat hijau dan keras itu.
"Eh kenapa ni Mira?" kata Hisyam yang juga terkejut
"Eh sorry sorry Syam aku tak sengaja" Ayda pun sebenarnya tidak menyangka
"Eh takpe takpe tapi kenapa kau suruh aku berhenti ni?"
"Aku sebenarnya taknak kau biarkan je Suraya pergi macam tu"
"Tapi Mira aku taknak terlalu rendahkan maruah aku semata mata wanita yang belum pasti milik aku"Ayda terdiam.Helmi terus menarik tangan Ayda dan meneruskan larian mereka.Hisyam memandang mereka berlalu pergi dan mengagak Helmi akan memarahi Ayda kerana peristiwa tadi
"Eh you ni dah kenapa ha?" kata Helmi
"I'm so sorry baby.I'm doesn't mean to do that" kata Ayda
"Ah you ni memang dah tak suka I kan?" Helmi sudah mula naik darahnya
"Apa you ni! You satu satunya di hati I"
"Habistu tadi tu apa?"
"I tak sengajala"
"Mentang mentang badan I tak sado macam dia"
"No not like that"Helmi hanya berdiam diri manakala Ayda pula tertunduk.Adakah Hisyam telah merosakkan satu lagi hubungan selepas merosakkan hubungannya sendiri?
YOU ARE READING
Kawanku Mira Filzah Tak Ori
Não Ficção11 November 2016,Hisyam kecewa atas kesilapannya sendiri dan mula berasa 'lonely'.Mujur ada kawannya yang cuba menggembirakannya semula dan mengaku bahawa dirinya mirip Mira Filzah.Siapakah kawannya yang mirip Mira Filzah artis Malaysia terkenal itu?