Chef Hisyam

260 3 0
                                    

Helmi masih memarahi Ayda kerana kejadian Ayda terpegang tangan Hisyam di taman pada hari yang lalu.Ayda berasa sangat bersalah dan sangat takut jika perpisahan akan melanda hubungan mereka seperti Hisyam dan Suraya.Ayda tidak mahu semua itu berlaku sehinggakan dia demam memikirkannya.Ayda tidak hadir kuliah hari ini dan membuatkan Helmi risau.Helmi terus menelefon Ayda dan meminta maaf serta menanyakan keadaannya.Dalam masa yang sama Ayda memberitahu Hisyam bahawa dia tidak sihat.Hisyam dan Helmi menjadi risau tetapi Helmi kelihatan lebih risau.Maka Helmi pulang ke rumah dengan segera untuk membuatkan sup ayam bagi meredakan demam Ayda.Sampai sahaja Helmi di rumah Ayda kelihatan Hisyam juga datang membawa bekas tupperware bersamanya.

"Eh Syam kau buat apa kat sini?" tegur Helmi
"Mira...eh Ayda ni demam jadi aku datang nak tengok keadaan dia" balas Hisyam tanpa mengesyaki kecemburuan Helmi
"Perlu ke?"
"Kenapa tak perlu? Dia dah banyak tolong aku jadi aku kiranya nak balas budi baik dia"

Helmi dan Hisyam terdiam sahaja di hadapan rumah Ayda.Kelihatan kawan Ayda,Tasha keluar daripada rumah Ayda untuk menjemput Hisyam dan Helmi masuk ke dalam.

"Eh Syam kau pun ada?" kata Tasha
"Tengok member sakit" jawab Hisyam

Hisyam dan Helmi pun memasuki rumah Ayda dan Hisyam meletakkan bekas tupperwarenya di atas meja makan manakala Helmi pula terus ke bilik Ayda membawa sup yang dimasakknya

"You okay ke?" Helmi kelihatan risau
"I okay baby.Don't worry" jawab Ayda
"Sorry I layan you tak okay semalam"
"Takpe I okay je"

Hisyam baru memasuki bilik Ayda dan juga bertanyakan soalan yang sama kepada Ayda

"Syafakillah Mira" kata Hisyam
"Syukran Syam" balas Ayda

Helmi hendak mengelakkan Hisyam terus berbual dengan Ayda terus bersuara

"You ni I ada buatkan sup untuk you makan ni" kata Helmi
"Ouh thank you baby" Ayda tersenyum dan menghirup sup Helmi itu

Sup ayam itu melegakan sedikit tekaknya dan kelihatan pulih.Hisyam melihat Helmi dan Ayda bermanja membuatkan hatinya rindu pada Suraya.

"Okayla Mira aku kena gerak ni.Aku ada tinggalkan buah tangan atas meja makan tu" kata Hisyam sambil keluar dari bilik Ayda
"Okay Syam,thanks sebab datang" balas Ayda
"No problem" kedengaran dari jauh diikuti bunyi motor yang dihidupkan

Helmi menunggu Ayda untuk menghabiskan supnya itu tetapi Ayda berhenti di pertengahan

"You tolong ambilkan buah tangan Syam tu.I nak tengok" kata Ayda

Jika diikutkan Helmi tidak mahu tetapi hendak menjaga hati Ayda yang sedang sakit itu Helmi menurut sahaja kehendaknya.Helmi mengambil bekas tupperware berwarna biru muda itu dan memberinya kepada Ayda.Siapa sangka rupanya kandungan bekas itu juga sup ayam yang dimasak oleh Hisyam sendiri.

"Eh bila masa Hisyam pandai masak?" Ayda berasa kagum
"Alah dia beli kat kedai ni" Helmi bersangka buruk terhadap Hisyam

Hisyam memang tahu memasak jika ada resepi bersamanya tetapi dia lebih suka masakan Suraya dan jarang memasak.Apabila mula renggang dengan Suraya,Hisyam hanya makan di kedai mamak sama ada dibelanja atau membelanja.

"You ni tak baiklah buruk sangka macam tu" tegur Ayda
"Habistu takkan dia masak.Mustahil!" kata Helmi
"Everybody can cook my dear"
"Yeah but..."

Belum sempat menghabiskan kata katanya Ayda sudah pun merasa sup ayam tersebut dan ternyata sup ayam yang dibawa Hisyam lebih sedap berbanding Helmi punya.

"Baby you must try this" kata Ayda

Helmi merasa dan tidak dinafikan ternyata sedapnya mengalahkan supnya.Ini membuatkan Helmi bertambah cemburu.

"Tapi you punya lagi sedap bagi I sebab you masak dengan kasih sayang kan?" Ayda menyedapkan hati Helmi

Helmi tersenyum mendengar kata kata Ayda.Seketika itu Suraya di rumah sedang memasak untuk kawan serumahnya memandangkan hanya dia sahaja yang reti memasak.Setelah itu Suraya menghidangkan masakannya itu dan mereka makan bersama.Terdapat sedikit baki makanan yang dimasakknya itu tetapi semua sudah kenyang dan sayang untuk menbuangnya lalu Suraya bertindak memberikan baki makanan itu kepada Hisyam.

"Assalamualaikum!" Suraya memberi salam di rumah Hisyam

Hisyam tiada di rumah ketika itu tetapi disambut oleh kawannya

"Waalaikumussalam,eh Suraya ha ya nak apa?" jawab Haziq
"Hisyam ada kat rumah?" tanya Suraya
"Dia keluar pergi rumah Ayda tadi" jawab Haziq dengan jujur

Suraya terdiam dan dalam hatinya kecewa mendengarnya walaupun Suraya tidak tahu pun apa niat Hisyam ke sana lalu beredar dari situ bersama makanan tersebut.Hisyam baru sampai dan sempat melihat Suraya berlalu pergi.Hisyam kali ini mengejar Suraya dan menahannya dari hadapan.

"Kenapa ni?!" marah Suraya
"Awak nak pergi mana ni?" kata Hisyam
"Suka hatilah nak pergi mana,kau pergilah dengan Ayda tu"
"Eh saya pergi rumah sebab dia sakit jela"
"Yela tu.Sebenarnya kau dah sukakan Ayda kan?!" tengking Suraya

Hisyam terdiam tapi lidahnya masih tidak kelu untuk berkata

"Apa awak ni? Macam mana saya nak buka hati untuk perempuan lain selain awak?" kata Hisyam

Suraya terdiam dan menundukkan dirinya

"Awak satu satunya wanita di hati saya selepas mak saya.Takde perempuan lain yang sempurna di mata saya macam awak"

Suraya terdiam sekali lagi dan kali ini dia memandang Hisyam

"If I say I love you...I really mean it"

Suraya tetap marah dengan Hisyam tetapi hatinya masih lembut dia memberikan makanan itu kepada Hisyam dan berlalu pergi.Hisyam melihatnya pergi dan memandang makanan yang dimasak Suraya itu lalu masuk ke dalam rumah.

Kawanku Mira Filzah Tak OriWhere stories live. Discover now