BAB 3

3.1K 50 0
                                    

Welcome home.

Ayat itu tanpa henti bermain dalam benaknya sejak petang semalam. Berulang-ulang kali sehingga dirasakan kalau otak ini seperti pemain cakera, pasti sudah meletup kepanasan.

Satu ayat yang menyambut kepulangannya setelah sekian lama menyembunyikan diri daripada kenangan lampau. Sepatutnya dia berasa gembira tapi rasa yang wujud adalah sebaliknya. Namun bukan dua patah perkataan itu yang melumpuhkan ketenteraman hati tetapi nada sebaris ayat itu diucapkan.

Penuh kesakitan, kedinginan seolah-olah ia satu versi baru bagi 'selamat tinggal'.

Jay mengeluh. Jari-jemarinya memicit-micit pangkal leher yang keletihan. Matanya dipejamkan dalam usaha mencari walau sedikit ketenangan yang seakan-akan tak wujud sejak dia pulang dari rumah Lily Nadira. Sepatutnya dia sudah dapat mengagak, segala yang berkaitan dengan wanita itu pasti takkan menjadi mudah.

Kuzer Harmy tak lemah dan dia tentunya takkan menangis patah hati hanya kerana kekasih lamanya kini sudah menjadi tunangan orang. Jadi kenapa perasaannya sekarang tak tenang? Dia pulang kembali ke sini kerana nak memulakan hidup baru, tapi sekarang sepertinya dia masih lagi tersekat dalam sebuah kisah lampau.

Lily masih lagi mempunyai kesan ke atasnya, membuatkan dia terasa seperti kanak-kanak hingusan yang tak berdaya dan bodoh. Ugh, kombinasi yang langsung tak sesuai untuk orang sepertinya!

Bagaimana setelah begitu lama tetap juga Lily yang mampu membuatkan dia berasa begini? Argh!

Telefon bimbitnya yang berdering telah mengganggu konsentrasi dan dengan mata yang masih tertutup, tangannya mencapai objek tersebut dari meja sisi katil.

"So, how did it go?" Suara ceria di hujung talian menyapa.

Jay tersenyum nipis.

"My dear, Ems. Let's just say that hearing your voice is the best thing that ever happened to me since I came back."

Kedengaran Ermeelia ketawa, diselangi bunyi kenderaan tak henti yang menunjukkan wanita itu berada di luar dan dalam perjalanan menuju ke suatu tempat.

Jam tangannya dikerling sekali lalu.

Hampir ke pukul 3 petang, bermakna pukul 7 malam di sana.

"Seteruk tu? Come on, Kuzer Harmy tak pernah menyerah kalah. Apa dah jadi?" Ermeelia menyoal.

Jay mengeluh. Sakit kepalanya sekali lagi menyerang, tambah membuatkan dia lelah.

"Going somewhere, Ems?" Dia memilih untuk tidak menjawab sebaliknya menggantikannya dengan soalan yang lain. Berharap agar Ermeelia akan memahami keengganannya untuk membuka cerita.

"On my way to meet dad for dinner. Just checking up on you. Jadi, jangan nak cuba ubah topik. Cerita semuanya, cepat!"

Dan ya, Ermeelia memang takkan menyerah kalah dengan mudah. Sifat yang mengingatkannya terus kepada... Lily. Aduh, parah begini!

"Sesuatu yang aku dah jangka akan berlaku. Sekarang, boleh tak aku tempah tiket dan balik ke sana?"

"I want you here with me too. I miss you." Ermeelia membalas lembut.

"Tapi, selagi kau tak selesaikan apa saja yang masih tak selesai, kau takkan ke mana-mana. Hmmm aku rasa keluarga kau tak tahu pun lagi yang kau dah balik, kan?"

Bangun dari katil, Jay berjalan ke tingkap lalu menyelak langsir. Membenarkan bilah-bilah cahaya menerangi bilik yang tadinya suram dengan kegelapan. Pandangannya dilemparkan jauh ke celahan bangunan konkrit yang tersergam tinggi.

Memang benar tekaan Ermeelia. Selain Lily, tak ada siapa lagi yang tahu tentang kepulangannya. Selepas petang semalam, baru dia sedar betapa serius kekalutan yang tercipta kesan daripada keputusan 'terbaiknya'.

ONCE UPON A TIMEWhere stories live. Discover now