BAB 15

2.2K 51 4
                                    

JAY menggunakan kain tuala yang sudah dilembapkan dengan degreaser. Tangannya penuh berhati-hati mengelap ekzos motosikal kesayangannya itu.

Seorang diri di rumah besar yang kosong itu, apa lagi aktiviti yang boleh dilakukannya?

Semalam, seharian dia menghabiskan masa bersama teman-temannya di litar walaupun sekadar menjadi pemerhati. Rasa sedikit canggung, seolah-olah kehilangan rentak yang suatu ketika dulu cukup sebati dengan dirinya.

Bukan satu pilihan profesion, tak lebih kepada hobi untuk mengisi masa lapang. Lebih banyak waktu yang terbuang di litar, semakin kurang masa yang perlu dihabiskan di rumah. Dia benci dengan kesunyian yang menginap di segenap penjuru rumah besar itu. Menyedarkan Jay betapa kosong hidupnya.

Sekarang, dia masih mengatur rancangan untuk menyusun kembali hidupnya yang tak teratur. Sesuatu yang sebelum ni tak pernah dibiarkan membebani kepala otaknya.

Jikalau orang tuanya bekerja keras untuk memberikan kesenangan kepadanya sehingga mengabaikan tanggungjawab penting mereka sebagai ibu bapa, sekurang-kurangnya yang dia boleh lakukan bagi 'menghargai' usaha tersebut adalah menggunakan sepenuhnya kesenangan tersebut. Atau itulah yang difikirkan oleh akal tak matangnya dulu.

Tapi dia sedar kini yang Kuzer Harmy bukan sesiapa sehinggalah dia mampu membuktikan kepada dunia di luar sana yang dia boleh hidup sendiri tanpa bergantung kepada nama bapanya yang gah itu. Ah!

Dia juga perlu membuktikan bahagian gelapnya sudah terkubur bersama Kuzer Harmy yang dulu. Kalau dia mahu hidup bersama jutaan manusia lain di dunia luar sana, dia perlu hidup dengan baik. Tanpa sebarang muslihat menjatuhkan mahupun helah untuk mengelirukan.

Kecuali pada masa-masa kecemasan atau bilamana keadaan memaksa, hah!

"Mak Teha kata ni dah kali ketiga dalam minggu ni Jay basuh motor. Should I be worried about this level of obsession?" Suara itu membuatkan bibir Jay membentuk satu senyuman.

Dia berpaling.

"Kak ngah, lama tak jumpa. Seronok bercuti di Sydney?"

Maira Athira menanggalkan kaca mata hitamnya, kelihatan langsung tak teruja. Wajahnya merupakan satu ekspresi kepenatan.

"Kerja, Jay, kerja. Tak ada istilah bercuti dalam kamus hidup kak ngah. Well, at least not this year." Selamba saja dia menjawab.

"Balik sini tak reti nak beritahu, kan?" tambahnya, berpura-pura kecil hati.

Sepanjang adiknya menetap di Auckland, hampir setiap tahun dia berkunjung ke sana. Satu aktiviti rutin yang tak diberitahu kepada sesiapa pun sama ada mamanya, papanya atau pun kak longnya.

Itu pun setelah dia berjanji dengan Jay untuk tidak membawa sebarang berita dari Malaysia ke sana. Lucu tapi itulah salah satu cara yang diaplikasikan oleh adiknya itu dalam usaha memperbaiki diri.

Yang mana nampaknya membuahkan hasil.

Athira perasan apabila dia menerima laporan daripada Mak Teha mengenai rutin baru Kuzer Harmy sejak seminggu yang lepas.

Daripada membuang rasa susah hatinya dengan menelan pil-pil tak ketahuan atau pun berpesta di kelab sehingga esok subuh, Jay sebaliknya cuba mengalihkan tumpuan dengan membasuh motosikal tersebut berulang kali.

Pelik pada pandangan, tapi satu perubahan yang sangat baik.

"Nanti jumpa juga kat sini. Tu yang tak beritahu tu," balas Jay, kini leka mengelap badan motosikal tersebut.

"Girlfriend Jay tak ikut balik sekali ke?" usik Athira.

Berkali-kali sudah Jay menerangkan tentang hubungan sebenar dirinya bersama wanita comel kacukan Melayu-Cina bernama Ermeelia itu, namun tetap juga dia mahu menyakat. Sengaja dia mahu memberi kekuatan kepada adik lelakinya itu untuk memulakan kehidupan baru, jika masih ada ketakutan yang menghalang Jay daripada mengambil sebarang langkah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 05, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ONCE UPON A TIMEWhere stories live. Discover now