part 6

76 11 1
                                        

Lorong berdekatan sekolah,
Seoul

"Susahlah macam ni! Baby ni asyik menangis ja."rungut jhope apabila masih mendengar tangisan bayi itu. Nasib bukan jhope yang pegang kalau tak mahunya dia lempar bayi itu. Suga mengambil bayi yang berada di tangan jin lalu mengendongnya."Syy..."tutur suga sebaik sahaja menepuk perlahan bahu bayi yang masih berada di dalam dakapannya. Pantas jhope memandang taehyung.

"V! Kau perasan tak?"

Taehyung melihat jalan yang masih lengang itu. Sepi sahaja jalan itu. Tiada zombie? "Perasan apa?"tanya taehyung.

"Suga pelik."jawapannya dibalas renungan tajam daripada suga. Geram.   "Kita tak boleh biar dia menangis."

"Kalau macam tu,bagi dia minum susu"arah taehyung direct. Mereka hanya memandang sesama sendiri. "Mana nak cari susu?" Tanya rapmon. Mukanya sedikit blur. Bingung mereka dibuatnya. Tetiba jhope menjerit.

Uishh terkejut doo.. "Kau apahal?!"jerkah suga sedikit kuat. Takut jugak nanti bayi itu semakin kuat menangis. "Guna susu kau la suga"

Berkerut dahi suga mendengar cadangan jhope. Cuba menangkap maksud jhope. Selepas beberapa ketika,cubitan keras hinggap di perut namja itu. Baru faham maksud yang tersirat. Ternaik kening jhope menahan sakit. Malah jhope sempat ketawa. Ceh. Kurang ajar kau! Boleh perli lagi! Memang cari nahas.. Hesytek kecam jhope!!

"Dah la.. Baby bangun nanti"ujar jin untuk meleraikan pergaduhan itu. Dia takut jugak kalau zombie mengetahui tempat mereka bergerak ni. Mahunya lari lagi. "Kereta laa! Jom masuk!" Jin melihat ke arah yang ditunjukkan jungkook. Kereta itu nasib nampak moden. Itulah siapa suruh si jungkook ni tinggal kereta. Mereka mula menghampiri kereta itu.

"Daebak! Kereta perisai!"jerit rapmon. "Woi,kawal jerit kau monster! Kang zombie datang.."Marah jin pula. Haishh! Mereka mula memasuki kereta itu.

Beberapa zombie mula berkeliaran. Tapi yang peliknya tiada zombie langsung menghampiri kereta mereka. "Korang tak perasankah zombie² itu tak datang ke arah kita"ujar jungkook sedikit hairan. "Ha'ah. Aku perasan jugak. Waeyo?"tanya rapmon. Jin lantas mengeluarkan sesuatu dari poket. Walkie talkie yang sudah rosak sedang erat berada di dalam genggaman tangannya.

"Kau nak buat apa?"soal taehyung.

Jin menyepi. Matanya melilau melihat sekeliling sebelum melontarkan walkie talkie jauh ke tengah. Zombie² itu berkeliaran tanpa tujuan. Mereka meraung² dan terhuyung-hayang. Ada di antara mereka memandang langit seperti menunggu makanan jatuh. Nasib mereka berenam berada di dalam kereta. Kalau tak mahunya jadi makanan zombie.

"Eh,kenapa kau lempar walkie talkie itu"kali ini jungkook pula menyoal. Pelik juga perangai jin kali ini. Jin hanya membuat isyarat supaya diam dan perhatikan sahaja.

Anehnya,zombie² itu berjalan ke arah walkie talkie. Jin hanya tersenyum memerhatikan apa yang berlaku. Benda itulah yang berlaku pada tahun 1998 di Perancis dahulu. "Woah! Macam mana boleh berlaku?"soal rapmon,tidak percaya melihat apa yang berlaku. Sementara itu,jhope menghidupkan enjin kereta itu.

Hisyh,kenapa susah nak hidup ni? Getus jhope di dalam hati. Banyak kali dia cuba tapi tak boleh hidup. Kedengaran dia mengeluh lagi. Jin mengelamun seketika. Tidak dihiraukan pertanyaan rapmon. "Weh jin!"panggil rapmon.

Jin tersentak. Lamunannya terhenti. "Macam mana kau tahu yang diorang tertarik pada bunyi?"tanya rapmon,ingin tahu. Semua mata berkalih ke arah jin kecuali jhope yang masih menghidupkan enjin. Jin terdiam. Jawapan itu ada pada 14 tahun yang lalu ketika dia berusia 7 tahun. Masih mentah untuk mengenalu dunia. Dia pernah terperangkap dalam situasi yang sama seperti itu,di Perancis,sebuah negara yang cukup dikenali.

zombie!! jangan larii!!!!Where stories live. Discover now