Zombie!! Jangan lari!!!!(Part 2)
Hutan tebal,
SeoulPukul 12.30 a.m,jimin sedang dibawa oleh helikopter JN ke bandar di seoul. Suasana begitu gelap di luar. Kesejukan terasa hingga ke tulang hitam.
Jimin kini memakai baju askar. Dia memejamkan mata seketika dan berdoa di dalam hati agar misinya kali ini akan berjalan dengan lancar. Jantungnya entah kenapa sejak menaiki helikopter ini sentiasa berdebar². Dup dap dup dap!
Padahal dia sudah biasa menjalani misi macam ini tapi misi kali ini begitu aneh rasanya. Seolah² inilah kali pertama,dia ditugaskan melaksanakan misi untuk negaranya. Misi kali ini merupakan misi yang paling berat dan paling mencabar untuk jimin. Ada beratus ribu nyawa yang harus diselamatkan jimin.
Tiba²,helikopter JN itu bergegar luar biasa. Jimin terus menoleh ke arah kokpit.
"Apa jadi nih?"tanya jimin. Namun tiada jawapan daripada juruterbang itu. Jimin bingkas bangun dan mendapatkan juruterbang itu. Alangkah terkejutnya jimin bila mendapati juruterbang helikopter itu tidak bernyawa lagi.
Sebutir peluru jenis 5.56 x 45 mm NATO terbenam di kepala juruterbang helikopter itu. Jimin kenal dengan peluru yang digunakan itu. Ia buatan Jerman dengan menggunakan senjata G41. Cermin di hadapan juruterbang helikopter itu berlubang. Ini menguatkan lagi teori Jimin. "Dumm"bunyi tembakan di bahagian ekor helikopter itu. Bergegar lagi helikopter itu. "Habislah!!"
Jimin terus membuka pintu helikopter itu. Sudah bersiap sedia untuk terjun. Beg payung terjun yang tergalas dibelakangnya diperketatkan lagi. Satu lagi peluru terkena pada badan helikopter itu. Mujurlah jimin sudah terjun lebih awal. Dia kini terawang² di udara dengan payung terjun yang sudah kembang. Tiba² serpihan kipas helikopter itu terkena pada payung terjun Jimin. "Shit!"itu sahaja yang keluar dari mulutnya.
--
Siapa pula yang cium rumput dlm hutan mcm nih? Dah gila ka apa? Kau semakin dekat dengan namja tersebut. Huishh,tuh bukan cium rumput laa..ish apa aku nihh.. namja tu pengsan rupanyaaa!! Aduhh..nak buat macam mana nihh?
"Awak..gwenchana?"ujar y/n sambil menepuk pipi jimin lembut. Jimin melihat wajah seorang yeoja yang berambut hitam perang,hidung mancung sedang menjamah pandangan matanya. Cantiknya...Jimin bangkit sambil memegang kepalanya yang masih pening itu.
Jimin kemudian menoleh memandang wajah orang yang menyelamatkannya itu. "Awak siapa?"soal jimin.
"Y/n imnida"ujar kau sambil menghulurkan tangan. Jimin tidak memberitahu namanya ataupun membalas huluran tangan kau. Sebaliknya,dia merenung wajah kau dengan penuh tanda tanya.
Apsal dia nih?! Tarik balik jelah tangan nih buat malu jer.. kenapa dia tengok aku macam tu? "Kau buat apa sorang dalam hutan macam ni?"tanya jimin, dingin sambil melihat sekeliling. "Saya ada kem dalam hutan..tapi dah sesat.."jelas kau dengan sedih. Jimin cuba berdiri tapi terjatuh kembali. Rasa sakit yang amat sangat menyerang kakinya.
"Argghh"jerit Jimin sambil melipat seluar kakinya. Kakinya cedera teruk. Tiba² sahaja rasa sakit itu menular(?). Kau merenung simpati pada namja itu. Jimin cuba berdiri namun sekali lagi dia rebah. "Apa ni?!"tutur Jimin dingin apabila kau tiba² sahaja menghulurkan tangan,menanti jimin menyambut. "Saya papah awak. Kita sama² keluar dari sini"
Jimin terdiam sambil merenung wajah kau sebelum menjawab. "Tak,awak tu perempuan. Saya boleh buat sendiri. Kaki saya ni tak sakit mana pun. Awak lihat nanti"balas jimin lalu berdiri buat kali ketiga. "Arghh""teriak jimin lagi lalu rebah. Kau cepat² memaut tubuh jimin yang agak sado itu(^°^). Tangan kau melingkari lengan jimin membuatkan jimin tergamam. Pandangan korang bersatu. Jantung kau berdegup kencang. Apakah ini???
"Awak,buang ego awak tu boleh tak? Awak tu sakit. Kaki tu tak boleh berdiri tanpa bantuan saya!"
"Tapi--"
"Tak ada tapi²!"celah kau pantas. "Saya tak menyusahkan awak ke?"kau segera menggeleng sambil mengukir senyuman. Senyuman kau begitu menusuk tajam dalam hatinya. "Nama awak apa?"
Rumah bts,
Seoul"Aku tak percaya semua ni!!"jerit rapmon sambil masuk ke dalam rumah. Suga terdiam melihat rapmon yang menjerit itu. "Apa kata,kita buka tv..mungkin kita tahu apa sebenarnya yang berlaku."cadang taehyung sambil mengangkat kening. "Bravo! Aku tak sangka pula yang kau ni ada otak"jentik jhope ke dahi Taehyung. "Kau ingat aku tak de otak? Aku ni lagi pandai dari kau okay"
"Hek eleh pandai la sangat!"
"Dah dah,jom masuk"tv dinyalakan."Berita terkini melaporkan untuk anda. Saya jaesuk melaporkan daripada--"
"Zas!"leher namja itu tiba² sahaja dibaham oleh makhluk yang aneh. Darah merembes membasahi skrin dan kemudian siaran tergendala. Jin pantas menutup menutup tv dihadapannya itu. "Weh,aku takut"Rap mon mengeluh kasar. Dia mengeluarkan pistol yang diberi nama Desert Eagle yang berada di dalam laci. "Daebak!"terpegun mereka melihat senjata tersebut. "Mana kau dapat?"tanya jungkook yang sudah berkerut muka. "Jimin punya"rap mon tersengih. "Kita tiada pilihan! Kita kena jadi hero dan selamatkan seoul!"ucap rapmon sambil memegang kayu hoki. "Prakk"terbelah dua kayu hoki tersebut apabila dipegang rapmon. "Ops"
TIDAKKK!!!
Skip
Jin menghidupkan enjin keretanya manakala rapmon mengisi pistol² yang ada didalam kereta. Yang lain semua sudah memasuki kereta jin. "Jin hyung,aku bawak kereta hari ni boleh?"tanya jungkook sambil menyandar di pintu kereta. "Ikut suka kau la"ujar jin sambil membaling kunci kereta. Dalam kereta jungkook dan suga dihadapan,manakala di tengah terdapat jin,jhope,taehyung dan belakang sekali rapmon.
Jungkook memecut laju meninggalkan perkarangan rumah mereka. Ketika memandu laju di jalan raya,beberapa orang zombie dilanggar tanpa belas kasihan. "Langgar lagi kookie!!langgar lagii"jerit jhope sambil melihat keluar tingkap. "Haha..best dunia sekarang nih..daebakkk!! Macam game zombie jaa.."balas jungkook dengan kuat. Terjaga suga dibuatnya. "Woi,diam ahh..aku nak tido" diaa nii kalau dunia nak musnah pun dia tak sedar habar..ish²..
Semakin ramai zombie berkeliaran di jalan raya. Jungkook memandu pada kelajuan 120 kilometer sejam dan dalam masa sepuluh minit,dia berhenti. Kejutan yang tidak terhingga menjamah mata mereka. Lautan zombie sedang berkumpul di perkarangan sekolah. "Buat apa pergi sekolah pula? Aku bukan nak belajar lagi"rungut taehyung. "Masa untuk bergerak!"kata jungkook sambil membuka pintu. Suga yang masih mamai mengeliat lalu terus menggenggam erat 'shotgun'.
Taehyung dan jhope memegang kemas kayu hoki yang berada ditangan mereka. Suga terus mara lebih jauh ke dalam kawasan sekolah itu sambil melepaskan beberapa das tembakan pada zombie yang berkeliaran di situ.
"Excitednya suga"
Bersambung.. BERMULALAH MISI PENYELAMAT KUMPULAN BTS! Kemanakah perginya jimin? Misi yang dilaksanakan jimin akan berjaya dengan bantuan korang atau tak? Haih..jimin nih nak selamatkan orang ke nak bercinta? Haha..