Apartment,
Seoul"Mana budak jhope ni hilang?"gerutu rapmon sambil sambil melihat dari atas rooftop.
Kelihatan jalan raya di bawah mereka dibanjiri ratusan zombie yang bergelentangan tanpa tujuan. Mereka langsung tidak berganjak dari situ walaupun sudah sejam masa berlalu. Rapmon kemudian kembali merenung rakan²nya yang lain.
Jin sudah terlena manakalaa taehyung sedang sibuk bermain dengan Yoori. Suga pula termenung mungkin teringat kepada jongkook dan hans. Rapmon kembali memerhati keadaan jalan di bawah. Keadaan agak basah dan licin memandangkan langit baru sahaja berhenti memuntahkan air matanya (hiperbola kejab..haha)
Jin mulai tersedar dari lenanya. Terasa sedikit segar didalam hati. "Kau buat apa tu?"tanya jin ketika melihat rapmon yang masih memerhati jalan raya. "Aku syak yang jhope tak bersama kita. Maksud aku,dia tak ada dalam apartmen ni"
"Maksud kau?"
"Cuba kau fikir,kita dah terokai hampir satu apartmen ni. Batang hidung dia pun tak nampak. Mungkin dia dah keluar dari sini"ujar rapmon. Jin mengangguk memahami pendapat rapmon. Dia tidak mempunyai sebarang teori lain.
Tiba².. Telefon jin berdering dan tentera nama jhope diskrin"Yeoboseyo,Jin! Tolong selamatkan aku!" Suara itu cemas kedengaran. Sesuatu sedang berlaku pada jhope. Suga yang masih termenung turut melihat jin.
"Kau dekat mana?!"
"Restoran Mc.Donald di tepi traffic light! Dekat dengan aparmen. Ada yeoja perlukan bantuan kita"kata jhope lagi. Yeoja? Siapa? Serentak itu,kedengaran bunyi kaca pecah dan telefon milik jhope tercapak jauh. "Seseorang harus ke restoran.."
Pap! Pergelangan tangan rapmon dicapai taehyung. "Nak buat macam mana ni? Kita pergi sana?"
"Kita keluar ikut pintu belakang. Dari situ,kita ke Mc.Donald yang jhope kata tu"kata rapmon. Yang lain hanya mengangguk setuju.
Suasana di belakang apartmen itu agak lengang berbanding di hadapan yang penuh dengan ratusan Zombie. Mereka hanya perlu menembak jika situasi memaksa sahaja. Takut juga kalau didengari zombie lain.
Kepala suga terasa sedikit pening. Mungkin sebab gigitan zombie agaknya. "Waeyo?"tanya taehyung. Suga hanya menggeleng. Sakitnya menyerang begitu dalam. "Suga hyung,waeyo?"tanya taehyung buat kedua kali. "Hans.."tutur suga yang kini sudah terlutut di atas lantai.
"Hans.."panggil suga yang kini terbaring lemah di atas lantai. Taehyung semakin resah melihat keadaan suga. Dahlah tertinggal dibelakang. Jin dan rapmon sudah lama berjalan mendahului mereka. "Hyung,jangan macam ni. V nak buat apa sekarang?"otak taehyung mula tidak aktif. "Aduh time nilah otak nak rosak pulaa.. Macam mana ni?"gerutu taehyung seorang diri.
Taehyung menarik kuat lengan suga lalu dipapahnya. Suga hanya menunjukkan muka yang tiada perasaan. Hanya diam membisu. "Hyung,jangan macam ni. Takut V dibuatnya!" Masih tiada sebarang respon daripada suga. Nak tak nak taehyung terpaksa papah suga sampailah ke restoran.
Jin dan rapmon tergamam dengan apa yang dilihat mereka. Musuh yang sedang menyerang jhope ialah seorang zombie yang sangat besar saiz tubuhnya. Perut zombie itu seperti belon manakala lidahnya terjelir sehingga ke pusat. Bau yang busuk datang daripada zombie itu.
"Tolong aku!"teriak jhope yang sedang dipijak zombie obesiti itu.
Zombie obesiti itu menoleh ke arah jin dan rapmon yang sedang berdiri di muka pintu restoran Mc.Donald itu. "Na..na..na.."ujar yoori tiba² membuatkan jin tersengih.
Bersambung,
"Y/n,bertahan.. Jangan tinggalkan saya. I need you"-jimin
"Aku tak kuat..dia mati depan aku kot.."-Jin
"Biarkan aku. Aku akan jadi zombie juga nanti. Aku pasti menyusahkan korang"-suga
"Kita berjumpa lagi. Aku ingat dah mati kena baham zombie."-luhan
"Balai polis tu nampak macam tak kena serang zombie lagi. Kita pergi sana"-jungkook