Markas chanyeol,
Seoul"Ingat balik ilmu yang kita belajar di akademi. Bagaimana mahu berdepan dengan penempak tepat"ujar jimin. Sementara itu,jauh dari tempat jimin dan chanyeol berselindung,kelihatan seorang lelaki yang sedang meniarap sambil mendakap senjata Barret M82A1. "Jimin,chanyeol..Makmal ini ialah kubur kamu berdua. Jangan cari pasal dengan aku. Luhan,lagenda Perang Amerika dahulu kembali bernyawa"ujar luhan sambil menarik picu senapangnya.
Luhan tidak pernah tewas dalam pertarungan sniper.
"Jimin..aku rasa baik kita menyerah saja. Aku tak rasa..."
"Cepat kau ubah fikiran kau?"perli jimin memintas kata² chanyeol. "Aku takkan letak maruah aku serendah tu. Selagi aku punyla tulang empat kerat ini. Aku akan lawan hingga titisan darah yang terakhir. Apa yang terjadi pada y/n memerlukan pembelaan"kata jimin lagi.
"Kalau macam tu,apa yang kita nak buat sekarang?"tanya chanyeol.
"Berdasarkan arah tembakan,kelajuan dan kekuatan bunyi yang dilepaskan,aku dapat agak kedudukan si penembak itu di tingkat atas. Dari atas sana,dia dapat melihat keadaan kita."terang jimin.
"Hebat"gumam chanyeol. "Kita akan lari ke lif or tangga yang berdekatan. Jangan lari posisi yang lurus,tapi bengkang bengkok"jelas jimin sambil menarik picu Crossbow. "Kau biar betul?"
"Aku tak rasa cadangan ni berhasil.Menyerah kalah jelah. Aku bukan kamikaze."kolar baju chanyeol tiba² digenggam jimin. "Kau nak biarkan diri kau mati ditangan dia? Kau nak mati tanpa melawan? Mana maruah kau? Negara kirim kau kesini sebab negara percayakan kau untuk berkhidmat padanya. Tapi,apa kau berikan pabo!"bentak jimin tiba². Chanyeol tergamam.
"Maafkan aku."tutur chanyeol sambil menundukkan wajahnya. "Tak apa. Sekarang bukannya masa untuk kau bersedih. Kita ada misi yang tergalas di bahu kita."kata jimin yang kini sedang mengira busur² panah yang kemudian diletakkan ke dalam seluar hitamnya. "Bila aku kira satu sampai tiga,kita berdua lari macam yang aku arahkan"ucapan itu dibalas angguk.
"Satu"
Chanyeol menarik nafas panjang."Dua"
Nafas itu dihembus perlahan²."Tiga"teriak jimin sekuatnya. Kedua-dua orang sahabat baik itu dibangkit lalu membuka langkah seribu ke arah bertentangan. Kedengaran bunyi tembakan dilepaskan Luhan dari tingkat atas,namun tersasar apabila jimin berlindung di sebalik dinding. Chanyeol masih berlari apabila tidak lagi kedengaran bunyi tembakan,mungkin luhan sedang mengisi peluru ke dalam senjatanya. Pang! Tembakan dilepaskan tetapi seperti jimin,dia berjaya bersembunyi di sebalik dinding.
Pusingan pertama pertempuran dengan menembak tepat lagenda yang kononnya telah menembak ratusan nyawa di Peperangan Amerika puluhan tahun dahulu telah dimenangi jimin.
Luhan sekadar tersenyum apabila dirinya dipermainkan kedua-dua anak muda itu. "Chimchim,gwenchana?"teriak chanyeol. "Kaki aku sakit sikit. Kesan tembakan namja itu"jimin mengeratkan pegangan Crossbownya. Pusingan kedua pertarungan dengan menembak tepat itu bakal bermula.
Jimin memulakan lariannya ke arah tangga kecemasan berdekatan. Tembakan dilepaskan luhan dari atas tersasar hanya seinci sahaja daripada tubuh jimin. "Mana kehebatan kau?!"teriak jimin sambil membuat provoksi.
"Tak guna!"luhan mengumam geram. Tangannya mencari sesuatu di dalam poket seluar askarnya. "Korang takkan terlepas"tutur luhan lagi. Sebuah bom asap dilemparkan dari atas,mendarat hanya beberapa meter sahaja daripada tempat chanyeol berlari. Kemudian,sebuah lagi bom asap dilontarkan luhan. Nasib baik jimin sempat masuk ke tempat tangga kecemasan.
"Shit!"teriak chanyeol apabila bom asap membuatkan langkah kakinya terhenti. "Jimin,kau dekat mana?! Aku tak nampak apa-apa!"laung Chanyeol. Pang! Tembakan dilepaskan.
"Kau! Siapa?!"jerit jimin apabila sudah sampai ke tingkat atas. Luhan tersenyum sinis memandang jimin yang berada dihadapannya. Terbeliak jimin melihat susuk tubuh yang pernah dikenalinya suatu hari dulu. "Park Jimin. Kita berjumpa lagi.Aku ingat dah mati kena baham zombie."luhan ketawa. "Aku tak ganggu kau la han! Kau jangan ganggu misi aku"balas jimin serius. "Kau tahu apa mereka panggil aku?"
"Aku ada banyak nama tapi nama paling popular ketika perang amerika dahulu ialah The Second"
"Maksud kau?"tanya jimin. "Apabila aku mengetahui di mana lokasi kau,kau cuma ada sesaat untuk hidup"provok luhan. Jimin tidak mahu tewas dalam perang psikologi itu. Dia tiba-tiba ketawa besar. "Aku dah bertarung dengan kau dua puluh minit wahai The Second. Aku tak nampak pun kenapa.."
Tiba-tiba luhan menembak belakang jimin. Terus jimin mengalih pandangannya. Peluru tepat menembusi kepala chanyeol yang baru sahaja memasuki kawasan itu. Keadaan ini membuatkan jimin terkesima. Kata-katanya terus hilang di kerongkong apabila melihat chanyeol perlahan-lahan rebah di sebelahnya. "Channie!"teriak jimin sekuatnya. Tubuh chanyeol dipeluk erat. Tembakan sekali lagi dilepaskan dan hampir sahaja mengena jimin,tetapi chanyeol yang nyawa-nyawa ikan itu menjadikan dirinya sebagai perisau terakhir. Tembakan itu menembusi belakang tubuh chanyeol.
Mata jimin merah menahan marah. Luhan,lagenda penembak tepat dunia. Mulut chanyeol kumat kamit mengatakan sesuatu. Suaranya bagaikan tersekat. Dada semakin berombak kuat mengatakan kematian semakin menghampiri. "Luhan! Bersedia untuk mati."tutur jimin sambil berdiri tegak.
Jimin kelihatan sangat tenang. Dia tahu. Sikap kemarahan akan memburukkan lagi keadaan. "Kau nak buat apa? Bunuh aku? Haha. Mampukah kau lawan syaitan yang bermaharajalela ini?"
Jimin melepaskan tembakan serentak dengan tembakan peluru luhan. Jimin seperti sudah bersedia untuk menerima kehadiran maut dalam hidupnya. Tiba-tiba seseorang telah menolak dirinya. Peluru itu tersasar dan peluru jimin menembusi kepala luhan. Jimin terbaring dan orang yang menolaknya itu jatuh di atas tubuhnya.
"Y/n?"tutur jimin tidak percaya.