Lebuh raya
"Jungkook,kita dekat mana ni?"tanya hans. "Saya tak tahu. Tapi perjalanan dalam 100 kilometer sebelum sampai ke bandar"ujar jungkook. Nada suaranya tercungap².
"Jauhnya.."tutur hans. "Mana awak tahu?"
Jungkook menjuihkan bibirnya ke arah papan tanda yang sedang berdiri di hadapan mereka. Hans tersengih.
Bandar seoul ⬆100 km
Miracle High School ⬆120km"Mianhae. Tak perasan"tutur hans lagi sambil tersengih. Jungkook memegang erat tangan hans apabila telinganya dapat menangkap bunyi sesuatu daripada belakang. "Waeyo?"
"Ada motor datang dari belakang"ujar jungkook. Beberapa saat kemudian,jungkook menolak hans ke tepi. Kedua²nya jatuh tergolek. Mujurlah mereka berdua tidak dilanggar oleh penunggang motosikal itu. Jungkook gagahkan diri untuk bangun. Penunggang motosikal itu yang menyarung helmet hitam berpatah balik dan bersedia untuk melanggar jungkook.
"Kami bukan zombie"beritahu jungkook. Penunggang motosikal itu tidak mengendahkan penjelasan jungkook sebaliknya dia terus memecut ke arah jungkook dan hans. Sekali lagi mereka terpaksa melompat untuk mengelak dilanggar motosikal itu. "Yah!"jerit jungkook lantang. Penunggang motosikal itu terus memecut laju ke arah jungkook yang masih jatuh terbaring. Jungkook hanya mampu memejamkan matanya sambil berharap tidak akan mati.
Tiba² kedengaran bunyi tembakan. Jungkook membuka matanya perlahan². Penunggang motosikal itu terpelanting ke tanah. Mata jungkook terarah kepada hans yang sedang memegang pistol. Tembakan hans tepat mengenai belakang badan penunggang motosikal itu. "Mana awak dapat pistol itu?"tanya jungkook.
"Yoongi bagi"jelas hans. "Kenapa awak panggil nama dia dengan penuh? Kalau kami panggil mesti kena maki"ucap jungkook jujur. Hans tergelak kecil.
"Sebab yoongi yang suruh saya panggil dia macam tu"
Jungkook mengangguk perlahan. Dia segera bangkit lalu melangkah ke arah penunggang motosikal yang terlentang di atas jalan raya itu. Helmetnya dicabut dan.... Hans memalingkan wajahnya. Tidak sanggup untuk menatap wajah penunggang itu yang dipenuhi ulat. "Zombie?"gumam jungkook.
"Macam mana zombie tu tahu bawa motosikal?"tanya hans.
"Maybe diorang bukan calang² zombie"ujar jungkook serious. "Saya akan tunggang motosikal itu sampailah kita dapat bantuan. Jangan risau saya jaga awak"hans seakan teragak² hendak menaiki motosikal bersama jungkook. "Pegang saya kuat²"arah jungkook sambil menghidupkan enjin motosikal itu.
--
Motosikal yang dipandu jungkook berhenti di stesen minyak berdekatan. "Awak ada kad kredit?"soal jungkook. Bukan apa dia terlupa membawanya sekali. Aduhh.. Time² macam nilah,tak bawanya. Hans sekadar menggeleng. "Okay,awak tunggu sini. Saya nak masuk dalam. Saya pernah kerja kat stesen minyak,jadi saya tahu apa yang perlu saya lakukan. Kalau ada apa² yang berlaku,menjerit. Saya akan datang"kata jungkook sambil memegang erat pistol ditangannya.
Ketika jungkook mahu melangkah pergi,pergelangan tangan dicapai hans. "Jangan tinggalkan saya lama². Saya cuma ada awak seorang je"
Langkah jungkook mati sebaik sahaja mendengar pengakuan hans. Hatinya berbunga². Namun dia harus terima hakikat yang sebenarnya hans milik suga bukan dirinya. "Dalam hati awak"tutur jungkook sambil memegang dadanya. "Hanya ada satu nama,iaitu suga hyung"
Jungkook melangkah pergi. Hans hanya menatap jungkook sayu dari belakang.
--
Jungkook sempat minum air Hundred Plus yang diambilnya daripada peti sejuk. Selepas mengaktifkan pam minyak,jungkook menghancurkan mesin wang lalu mengambil beberapa wang yang boleh digunakan untuk tujuan hidup.
