Jungkook sedang berehat sendirian. Sebuah papan tanda yang terdampar di atas jalan raya ditatap jungkook. Dia sedang menunggu hans membuang air di dalam tandas di sebuah kedai farmasi. Sementara menunggu,jungkook mengeluarkan telefonnya daripada poketnya. Dia hampir terlupa akan kewujudan telefon itu.
'Baik aku telefon V. Aku nak tahu diorang dekat mana'
Telefon itu dibuka. Nombor telefon taehyung ditekan. Masih tiada suara taehyung didengari. Mata jungkook merayap mencari susuk tubuh hans. Hans bergerak mendekatinya. "Call siapa?"suara hans diperlahankan.
Jari aku menunjukkan simbol senyap. "Yeoboseyo?"ucap taehyumg perlahan. "Aku ni jungkook" hans menyepak batu-batu kecil yang berada di tanah. Jungkook melihat dari tepi tergelak kecil. Ada-ada saja. "Kau dekat mana kook? Aku ada dengan suga hyung ni. Dia sakit"balas taehyung perlahan.
"Mworago? Suga hyung sakit? Sakit apa?" Hans segera memandang tepat muka jungkook. Yoongi?
"Sebenarnya..."terasa berat bagi taehyung untuk mengucap perkataan itu. Dia tahu perkara ini menyakitkan hati. Tapi apa perlu dia buat? Suga memegang kepalanya yang masih berdenyut. "Apo"bibirnya diketap perlahan.
"Sebenarnya apa?"
"Dia kena gigit zombie! Kau datang sini cepat. Aku tak tahu nak buat apa dah. Dia asyik panggil hans ja."ujar taehyung lalu mengerling sedikit melihat suga di atas batu. Jungkook terdiam. Tak mungkin..
"Aku datang sekarang"
"Waeyo?"
"Suga,dia kena gigit zombie"Mata hans terbeliak. Dia mengeleng-geleng kepalanya berkali-kali. Dia cuba menafikan kenyataan yang dikatakan jungkook. 'Aku baru jumpa dia. Takkan dia nak pergi lagi?' Air matanya mengalir perlahan-lahan. Dia tidak menyangka yoongi akan meninggalkan dia secepat ini. "Awak,jangan menangis macam ni. Kita pergi jumpa dia" jungkook tersenyum hambar.
'Dia perlukan suga bukan aku'
Motosikal yang ditunggang jungkook berhenti tidak jauh daripada Balai Polis Utama Seoul. Balai polis itu kelihatan sunyi apabila ditatap dari jauh. Jungkook dan hans tidak berani mendekati balai polis itu. Barangkali balai polis itu sudah tumbang di tangan mayat hidup .
"Yoongi ada dekat sinikah? Kenapa sunyi ja?"bisik hans. "Dia ada berdekatan sini. Katanya balai polis berdekatan restoran. Nak masuk ke?"tanya jungkook cuba mendapat kepastian yeoja dihadapannya itu.
"Tak bahaya?" Jungkook terdiam.
"Macam nilah,saya pergi dulu. Awak tunggu sini,kalau ada apa-apa terjadi pada saya,bawa motor ni jauh dari sini. Jangan gatal nak selamatkan saya"
"But"
"Saya takkan biar orang yang saya sayang dan cinta dalam bahaya" hans terus membisu. Dia melihat langkah jungkook yang penuh cekal ke arah bangunan balai polis itu. Apa maksud dia? Takkanlah dia cin--
Taehyung memapah lembut suga di sisi. Dia tidak mampu melihat muka suga yang pucat seperti itu. Dia lebih sanggup menukar tempat dengan suga. Taehyung melilau melihat sekeliling mencari jungkook mahupun hans. Tiba-tiba matanya tertangkap seorang yeoja ditepi motosikal itu. Apabila dia memerhati betul-betul,memang sah itu hans!
"Hans!"suga segera memaling melihat hans di depannya. Taehyung cuba mencari jungkook. Tapi dimana dia?
"Jungkook mana?"tanya taehyung perlahan. Dia takut menjadi perhatian zombie-zombie. Hans hanya menunjuk ke dalam balai polis itu. Mata hans masih tertumpu kepada balutan suga. "Aku cari dia kejab. Hyung restlah. Nanti aku datang"
Suga tersenyum melihat yeoja yang dicintainya tapi pada masa yang sama,dia takut akan kehilangan yeoja itu. Hans segera memeluk erat suga. "Oppa..gwenchanayo?"hans melihat balutan yang masih berdarah itu. Suga mengangguk perlahan. "Jangan risau eo? Jagi tak lukakan?"
"Okay. Oppa tu yang tak ok. Jagi tak nak kehilangan oppa"
Suga mencium bibir mulus hans. Jungkook terpandang saat-saat itu. Dia terkejut namun dia mengawalnya. Taehyung yang disebelah hanya menepuk bahu jungkook. "Kau suka hans?"jungkook memandang taehyung sekilas lalu mengelengkan kepalanya. "Kau tak payah tipu aku kook"
"Kalau aku suka dia pun,dia tak suka aku. Dia hanya suka suga hyung. Siapa aku dibandingkan suga hyung kan?"taehyung tersenyum sedikit. Dia tahu betapa sakitnya hati apabila orang yang kita sayang tak sayangkan kita.
Suga melepaskan ciumannya. Suga terpandang dua tubuh yang tidak berapa jauh daripadanya. "Korang..dah lama ka berdiri dekat situ?" Mereka berjalan ke arah suga dan hans.
"Aniya. Baru saja"
Jungkook mula membuka mulutnya. "Hyung dengan hans dah berapa lama couple?" Dia cuba tersengih untuk menghilangkan rasa sakit itu. "Kami?" Suga memandang hans disebelahnya. Suga tersenyum.
"Kitorang dah kahwin pun. Ada aegyi lagi. Haha" hans memandang tepat mata suga. "Owh,patutlah hyung pandai jaga aegyi! Dah ada anak rupanya. Kenapa tak pernah bagitau?"ujar taehyung sambil mengerling ke arah pasangan itu.
"Lupa"selamba suga jawab. Jungkook terdiam. Dia hanya melihat hans yang masih bersandar di bahu suga. Kau dah berpunya. Aku yang silap.
"Mana aegyi korang?"tersasul taehyung bercakap. Jungkook dapat melihat air mata hans mula bergenang. Kau salah cakap tae! "Hish,apahal tanya macam tu. Tengok hans nak menangis dah tu!"
"Mianhae!"
Suga memandang hans disisinya. Dia mengusap lembut rambut hans. "Tak bukan salah taehyung la. Anak kami dah takde"
Suga terkejut. Dia memandang hans tanda tak mempersetujui apa yang dikatakannya. "Jagi cakap apa ni?" Hans tertunduk. Air matanya mula mengalir. Jungkook hanya mampu melihat. Dia tak mampu dekati hans.
"Dia kena gigit zombie"perlahan sahaja suara hans kedengaran. "Mwo? Jagi tak bergurau kan?" Hans hanya mengeleng.
Bersambung..
Suga.."aku nak kau jaga dia. Aku dah tak mampu. Kau bunuh aku! Aku akan jadi zombie"
Jhope.."lari tinggalkan restoran ni! Jangan kalih belakang!"
Jimin.."bedah? Tap..tapi.."
Jin.."kau bohong aku kan tae?! Dia tak mati kan!"
