Jimin memandang Taehyung pelik. Dari tadi dia hanya main nasi menggunakan sudu nya. Jimin pandang Jin. Jin sedang menjamu selera. This kid. Kalau makan memang tak ingat dunia. Rasanya kalau jadi peperangan pun mungkin dia tak kn sedar.
"Hoi!" Terjah Jimin dekat Jin membuatkan Jin hampir tercekik. Jin memandang Jimin. "Apa!" Kesal Jin. "Kau tengok la Taehyung tu. Dari tadi duk main nasi tu." Kata nya dengan nada perlahan. Jin beralih pandangan kepada Taehyung. Jin menegur.
"Taehyung-ah," panggil Jin. Taehyung mengangkat muka nya memandang Jin.
"Hmm?"
"Gwenchana. Sejak kes budak sekolah 7 bulan lepas, kau tak macam ceria. Sedih memanjang. Apa kes?" Tanya Jin sambil menyuapkan makanan nya ke mulut nya. Taehyung mengeluh.
"Hmm tak ada apa la. K la. Aku nak balik office."kata nya dan meninggal kan dua makhluk yang terkebil-kebil memandang nya.
"Dah aku nak sambung makan." Kata Jin. Jimin hanya berdiam dan menerus kan hasrat nya tadi. Iaitu makan. Hoho.
Taehyung POV.
Aku berjalan menuju ke office. Cafe tadi bukan nya jauh. Dekat nya. Hmm. Aku rindu dia. Dia dah buat aku merasakan kasih sayang seorang adik. Jeon Jungkook. Ya namja tu la yang aku nampak selepas 7 bulan semasa aku berjalan turun tangga. (Alahai ingat part last Kes Hantu Comel). Sampai 20 minit, aku sampai di office aku di seberang jalan sana. Aku tak menoleh kiri dan kanan. Dalam otak aku sekarang ialah budak Jungkook tu. Huhu. Aku rindu senyuman pucat dia. Gurauan dia. Terjahan dia. Huhu. Tiba-tiba, aku terdengar sebuah suara yang aku kenali. Aku memandang nya.
"TAEHYUNG! LARI DARI SITU!!"Jerit Jimin. Aku plik dan aku memandang ke depan. Sebuah traller sedang meluncur laju ke arah ku. Aku terkaku. Entah kenapa aku rasa kaki aku x boleh bergerak. Adakah aku akan mati. Aku diam. Dan tiba-tiba ada seseorang menolak badan ku ke tepi dan kepala ku terhantuk di batu jalan. Aku berasa pening. Aku melihat orang yang menyelamat kan ku tadi. Baju putih, muka pucat. Aku kenal dia.
"Jungkook" hanya itu yang meluncur dari mulutku. Dia tersenyum. Mata ku berpinar-pinar. Rasa macam nak pengsan pun ada. Aku melihat dua orang namja berlari kearah ku.
"Taehyung! Kau okey!" Kata Jimin dengan cemas. Tapi hanya itu yang aku nampak. Selepas itu dunia menjadi gelap.
B
T
S
----------
Aku membuka perlahan mata ku. Melihat sekeliling, and now I know. Hospital. Aku bangun sambil memegang kepala ku yang sakit. Dapat rasa ada kain yang melekat kat kepala aku ni. Aku melihat sekeliling. Tiada siapa. Huh. Aku mengeluh. Tiba-tiba otak ku teringat kejadian tadi.
Jungkook. Ye. Aku nampak dia. Dia selamatkan aku tadi. Tak salah lagi memang dia. Aku memandang sekeliling lagi. Tak ada. Tiba-tiba pintu wad terbuka dan masuk la dua orang manusia iaitu Jimin dan Jin. Mereka terkejut melihatku dah sedar.
"Taehyung! Kau dah sedar. Syukur la" kata Jimin. Aku tersenyum singkat. "Mana Jungkook?" Tanyaku. Mereka memandang satu sama lain. Pelik.
"Siapa Jungkook?" Tanya Jin pelik. "Jungkook. Budak yang selamatkan aku tadi" balasku. Jin dan Jimin bertambah pelik. "Mana ada orang selamatkan kau tadi. Kau yang lari. Lepastu mungkin kau tersandung kat mana2. Pastu kau jatuh." Jelas Jin. Aku memandang nya dengan tidak percaya. Tak mungkin la. Aku nampak dia. Dia yang tolak aku. Aku rasa tangan nya tadi.
"Jin, aku rasa la kan. Mungkin kepala dia terlalu kuat hantuk nya kut. Tu sebab pemikiran dia tak waras lagi." Kata Jimin. Aku memandang nya tajam. This kid kalau aku bunuh. Aman sikit dunia. Nasib aku pikir kawan. Haih.
"Ish kau ni. Tak baik la. Taehyung kan tengah sakit."marah Jin. Aku membuang pandangan ke luar tingkat. Aku menutup mata. Membayangkan Jungkook berada di hadapanku
"Hyung!"
Aku membuka mataku. Suara tu. Suara Jungkook. Mesti dia ada kat sini. Dan aku rasa mesti ada something dia nak bagitahu aku. Tapi apa. Aku mengetap bibir.
"Taehyung. Doktor kata esok baru kau boleh keluar. So malam ni kau tidur kat hospital la ye" kata Jin. Aku mengeluh dan mngangguk perlahan. Mereka berdua meninggal kan ku. Rasa ngantuk pula. Jadi aku pon merebahkan kepala ku untuk tidur.
Tbc.
So macam mana? Okey x? Komen tau huhu
YOU ARE READING
Hyung! Be Carefull. (Complete )
FanfictionSinopsis. Setelah 7 bulan Rapmon,Suga dan J-hope di sekolah juvana, mereka pon telah kluar dri tempat itu. Dan sikap mereka pon telah berubah dri jahat kepada baik. Syukur la. Mereka dah serik. Hoho. Tetapi satu perkara yang sering berlaku kepada Ta...