Seorang lelaki berbadan kecil, berambut blonde, berbaju dan berseluar berwarna hijau tua, sedang duduk di kepala katil yang menghadap tingkap.
Lelaki itu menyandarkan kepalanya pada gril tingkap. Kedua belah tangannya memeluk erat kedua belah lututnya. Renungannya lari entah ke mana.
Sesekali dia tersenyum sambil mulutnya terkumat-kamit menyebut perkataan yang tidak jelas. Wajahnya yang persis wajah perempuan - walhal dia seorang lelaki - itu kadangkala berubah sedih dan kemudian ceria semula. Sesekali dia ketawa dan bercakap sendiri. Lagi tanpa disangka-sangka dia menangis, meraung sesuka hati.
Ketawa, bercakap sendirian, tersenyum dan tersengih sendiri, menangis tiba-tiba dan kemudian ketawa kembali.
Itulah kehidupannya sejak tiga tahun yang lalu sehinggalah ke hari ini. Tinggal di hospital sakit jiwa. Dia menjadi gila kerana satu perkara yang berlaku. Yang telah meragut nyawa orang yang dia sayang. Orang-orang yang dia sayang.
Dia menangis lagi. Mulutnya yang kecil itu menyebut nama seseorang.
"Sehun... Sehun... hyung rindukan Hun... Hun pergi mana? Hun pergi mana..?".
Dia menyebut ayat itu berulang kali.
Dari luar biliknya, seorang lelaki sedang berdiri dan memandangnya. Lelaki berkot putih sedang memerhatinya dengan wajah sedih. Air mata lelaki itu jatuh ke pipinya yang putih mulus seperti salju.
"Kenapa? Kenapa kamu jadi macam ni Luhan? Dah lima tahun berlalu.. kenapa kamu masih tak boleh terima yang Sehun dah tak ada? Hyung susah hati tengok kamu macam ni.".
Rintih lelaki itu. Sakit hatinya melihat adiknya itu menjadi begitu. Sedih. Dia menyeka air matanya. Sudah banyak cara yang dia buat supaya Luhan kembali seperti sediakala. Tapi... ah.. tidak dapat berbuat apa-apa. Luhan masih lagi seperti itu.
"Dr. Jun Myeon.".
Lelaki itu menoleh. Seorang jururawat dan seorang lelaki yang tinggi berdiri tidak jauh darinya.
"Oh, ya. Ada apa nurse?", soalnya.
"Doktor. Ini doktor pelatih baru tu.", kata jururawat itu.
Baru dia teringat. Seminggu yang lalu dia telah diberitahu bahawa ada seorang doktor pelatih akan dihantar di hospital itu.
Dia mendongak sedikit melihat wajah doktor pelatih itu. Dia agak terkesima. Wajah lelaki itu....
Dia terus teringatkan seseorang. Seseorang yang telah pergi. Dia menjadi sebak. Tapi perasaannya ditahan.
"Saya Kim Jun Myeon. Panggil Suho.", katanya memperkenalkan diri kepada pelatih itu. Senyuman, sedaya-upaya diukir dibibirnya. Tapi, senyumannya pahit. Kelat.
"Saya, Kang Hee Chul.", kata doktor pelatih tersebut. Suho senyum nipis.
Tiba-tiba telefon di kocek kot putih milik Suho berbunyi dan menghasilkan getaran tanda ada panggilan masuk. Suho mengeluarkan telefonnya. Tertera nama Xiumin pada skrin telefonnya.
Suho: Maafkan saya. Ada panggilan.
Suho meminta diri.
Hee Chul memerhati Suho yang sudah jauh meninggalkan mereka berdua. Dia hairan, semasa menuju ke arah Suho tadi, dia nampak seperti Suho menyeka matanya. Menangiskah dia? Matanya juga merah sebentar tadi.
Hee Chul tersedar sesuatu. Dia nampak Suho menangis sambil melihat ke dalam bilik pesakit.
Hee Chul melangkah ke arah bilik Luhan. baru sahaja dia ingin mengintai, jururawat tadi telah memanggilnya.
"Dr. Hee Chul. Mari, saya tunjukkan pejabat doktor dan juga kawasan hospital ni.", kata jururawat itu.
Hee Chul senyum kemudian mengangguk sedikit. Dia tertanya-tanya siapa yang Suho lihat di dalam bilik itu? Kenapa dia menangis?
Hee Chul ingin melihat tetapi dibatalkan niatnya kerana jururawat tadi sudah memanggilnya semula.
...Bersambung...
YOU ARE READING
I'M SORRY [EXO-BTS] (COMPLETED)
FanficBila dendam, benci, iri hati dan pengaruh jahat menguasai, perasaan cinta dan sayang antara hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil hancur jua. Erti persahabatan hilang begitu sahaja. Kemarahan demi kemarahan. Benci demi benci, dan pergaduh...