Chapter 20

373 29 2
                                        


Jin's pov

Aku sedang duduk menonton televisyen. Bantal kuisyen aku peluk erat untuk menghilangkan rasa sejuk, disebabkan cuaca malam yang tiba-tiba hujan ditambah pula dengan penghawa dingin.

Sedang aku ralit menonton, telinga aku menangkap satu bunyi.

"Perasaan aku agaknya. Ish! Mana ada hantu!"

Aku berusaha menenangkan diri. Pelukan pada bantal semakin erat.

Tokk!! Tokk! Tokk!

Aku memandang pintu rumah. Aku yakin pintu rumah aku diketuk. Tapi, siapa yang datang malam-malam ni?

Aku berdiri dan berjalan ke arah pintu. Aku teragak-agak untuk membuka. Bermacam-macam perkara yang bermain di fikiran aku. Hantu? Perompak? Pembunuh bersiri?

TOKK!! TOKK! TOKK!!

Aku tersentak bila ketukan pada pintu semakin kuat. Aku menarik nafas dalam. Aku membuka pintu rumah, dan...

"Kai?!"

Aku terkejut melihat Kai berdiri di depan pintu rumahku dengan keadaan basah kuyup. Hoodie yang menutupi kepalanya, dibuka.

"Apa jadi sampai kau basah kuyup ni? Mari masuk! Hujan kat luar."

Aku menarik lengannya agar masuk.

"Duduklah. Aku ambil baju salin."

Aku naik ke bilik. Sehelai baju lengan panjang dan seluar track-suit aku keluarkan dari dalam almari. Tidak lupa juga sehelai tuala. Aku turun semula ke bawah.

Penghawa dingin aku kurankan suhunya. Pakaian dan tuala aku serahkan pada Kai. Dia menyambut dengan lemah.

"Kau mandilah dulu. Bilik yang ni, ada bilik air. Kau gunalah. Tak boleh kau pakai baju kau ni. Nanti kau demam pulak."

Aku lihat Kai mengangguk lemah. Dia bangun perlahan dan bergerak ke arah bilik yang aku maksudkan.

Aku menggeleng kemudian masuk ke dapur. Aku bancuh coklat malt panas untuk diberikan pada Kai. Cukuplah untuk memanaskan badannya.

Bila aku pergi semula ke ruang tamu dia sudah keluar dari bilik. Dia duduk di atas sofa. Televisyen yang terpasang direnung kosong. Aku duduk di sebelahnya dan meletakkan mug berisi coklat malt panas tadi di hadapannya.

"Minumlah. Boleh panaskan badan kau sikit."

Kai mengangguk tetapi langsung tidak disentuhnya mug itu.

"Kau kenapa sebenarnya? Tiba-tiba datang rumah aku?"

Kai tidak menjawab. Tetapi, esakan kecil keluar daripadanya.
"Kai?"

Kai: Suho hyung dah tak nak tengok muka aku lagi, Jin. Dia dah buang aku!

Aku tersentak.

Sampai begitu sekali Suho marahkan dia?

Aku hanya diam memandang Kai. Tangisannya kuat.

Kai: Apa yang aku buat selama ni, betul-betul teruk ke Jin?

Aku memeluk tubuh kemudian tersenyum senget.

"Buat apa kau tanya aku, kalau kau sendiri tahu jawapannya?"

Kai diam. Dia tundukkan kepalanya. Aku lihat air matanya laju turun ke pipi.

Aku berdiri dan pergi ke dapur. Kabinet dapur aku buka dan aku mencapai satu daripada botol soju yang tersusun berderet-deret di dalamnya. Aku bawa ke ruang tamu dengan dua biji gelas kaca. Aku letak di hadapan Kai. Aku buka penutupnya dan tuang ke dalam gelas.

Kai membuat perkara yang sama. Dengan air mata yang masih mengalir dia minum berkali-kali. Dia tuang ke dalam gelas dan sekali teguk sahaja habis. Aku hanya memandangnya dengan perasaan simpati.

Maafkan aku Kai. Kalaulah dari dulu aku berusaha dan sedaya-upaya aku untuk halang Rapmon terima tawaran kau untuk balas dendam kat EXO, semua ni takkan jadi.

Dan kau.. ego kau sangat tinggi. Kau tak pernah nak ambil kisah dengan nasihat Tao dan Chen. Aku tahu sebelum Chen mati, kau terdetik nak berhenti. Tapi kau ego! Ego kau sangat tinggi.

D.O dah mati, baru kau nak berhenti. Apa gunanya lagi. Kau dah bunuh tiga nyawa, Kai. Suho buang kau. Tao koma. Kau mintak maaf, tapi tak ada gunanya! Diorang tak akan hidup balik.

Tak akan!

Sampai bila-bila!

End pov

~*~

Jin mencelikkan matanya. Dia memisat beberapa kali. Di pandang Kai yang masih terlena di atas sofa.

Dia bangun dan dikejutkannya Kai.

Jin: Kai! Bangunlah! Dah pagi ni.

Kai menggumam kecil sebelum mencelikkan matanya. Dia hanya memandang Jin. Dia duduk. Tangannya mula mencapai sebotol arak yang masih berisi di atas meja. Kelihatan banyak botol kaca di situ.

Jin yang sudah duduk melihat Kai yang sedang meneguk arak. Dia menggeleng.

Jin: Kai!

Jin cuba merampas botol di tangan Kai, tetapi Kai pantas mengelak. Ji berang.

Jin: Kai!! Sudahlah!

Sepantas kilat dirampas botol itu. Kai menjerit geram.

Kai: Kau apahal?!!

Jin: Kau yang apahal?!! Kau ingat dengan minum banyak-banyak arak macam ni, masalah kau boleh selesai ke?! Hah?!  Semua ni buang masalah!!

Kai meramas rambutnya kasar. Dia menjerit. Jin menggeleng melihat dia.

Kai: Kau tak faham perasaan aku, Jin. Kau tak faham!! Aku rasa bersalah kau tahu tak?!! Suho hyung buang aku!! Dia bencikan aku!! Tao koma! Dyo hyung mati! Semua salah aku Jin! Salah aku! Aku nak sangat bunuh Sehun, sampai yang lain terlibat. Semua salah aku!!

Jin: Memang salah kau, Kai! Memang patut pun Suho buang dan bencikan kau! Tao koma. Bukan kau gembira ke?! Hah?! Sekarang baru kau nak sedar?! Kau ingat, kau seorang je ke rasa semua tu?! Aku pun sama Kai! Aku lagi rasa bersalah dari kau! Kau ingat, aku nak ke buat semua ni?! Ikutkan hati aku, aku tak nak, Kai!! Aku, tak nak!!

Kai tergamam. Dia memandang Jin lama. Beberapa ketika kemudian dia capai telefon dan hoodienya lalu berdiri. Dia keluar dari rumah Jin dan pergi dari situ.

Jin diam. Dia meramas rambutnya kasar. Dia menjerit. Di jatuhkan botol-botol kaca di atas meja sehingga pecah. Meja diterbalikkan. Air matanya tiba-tiba jatuh.

"Aku memang tak guna!!! Aarrghh!!!"-Jin

....bersambung....

I'M SORRY [EXO-BTS] (COMPLETED)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang