Special Chapter (3)

435 34 2
                                        

Chanyeol keluar dan menutup pintu biliknya. Perutnya dipegang menahan lapar. Tetapi bibirnya mengukir senyuman kerana tidak sabar untuk menikmati makanan yang akan dihidangkan nanti oleh Xiumin.

Baru sahaja dia ingin melangkah, matanya terpaku pada pintu bilik Tao. Senyuman tadi pudar perlahan-lahan.

Chanyeol: Tao..

Gumamnya. Kemudian dia melangkah ke arah bilik itu. Dia memegang tombol pintu. Berfikir samada ingin masuk atau tidak. Lama. Lalu, Chanyeol menarik nafas dalam dan menghembusnya dengan kuat. Cuba mencari kekuatan.

"Sampai bila kau takut dengan semua kisah silam tu, Yeollie? Kau mesti kuat!"-Chanyeol

Chanyeol memulas tombol pintu dan menolaknya perlahan. Dia melihat sekeliling bilik Tao. Dia menapak masuk. Kakinya dapat merasa habuk di atas lantai.

Suram sahaja bilik itu. Langsung tiada cahaya yang masuk. Bau habuk boleh dihidu oleh hidungnya. Sejak kejadian 5 tahun lalu, kelapan-lapan bilik itu sudah tidak diusik. Hanya sesekali ia dijengah. Itupun hanya sebentar.

Chanyeol berjalan ke arah tingkap bilik. Langsir diselak. Habuk mulai berterbangan, lantas sahaja tangannya mengibas-ngibas menghalang habuk masuk ke hidungnya. Dia menghela nafas. Badannya bergetar. Dia mulai sebak. Satu-satu memorinya bersama Tao dulu berlumba-lumba menjengah masuk ke dalam fikirannya. Bibirnya hanya mampu mengukir senyuman pahit.

Dia memasukkan tangannya ke dalam poket seluar. Dia berjalan ke arah katil. Katil itu dipandang. Dia mulai teringatkan Tao yang penakut.

Flashback

Tao: Chanyeol hyung! Nak tidur dengan hyung malam ni?

Chanyeol: Tak nak! Kau kan ada bilik sendiri?

Tao: Alaa.. bolehlah hyung. Malam nii.... je! Hah! Kalau tak boleh kat bilik hyung, kat bilik Tao. Okay?

Chanyeol: Ish kau ni! Dah besar panjang, masih penakut! Hyung kurung jugak kau kat dalam stor nanti. Nak?!

Tao: Err...! Tak nak! Tak nak!

Chanyeol: Tau takut! Dah! Pergi tidur! Jangan lupa gosok gigi pula sebelum tidur tu! Jangan jadi macam Jongdae.....

End Flashback

Chanyeol senyum teringatkan memori itu. Dia menghembus nafas kembali. Punggungnya dilabuhkan di tepi katil. Nampaknya tilam itu juga berhabuk sedikit. Chanyeol memandang meja lampu. Jam lonceng bentuk panda milik Tao sudah mati. Mesti baterinya sudah habis.

Chanyeol terpandangkan laci meja lampu. Hatinya tertarik untuk melihat apa isi di dalamnya. Dia membuka laci pertama. Dia nampak ada telefon bimbit berwarna hitam di situ. Telefon bimbit itu diambil. Dia menekan punat 'ON'. Masih hidup lagi.

Chanyeol bermain dengan telefon itu. Nasib baiklah tiada passwoard. Chanyeol menekan ikon galeri. Banyak gambar-gambar lama di situ. Gambar mereka semua. Rindu di hatinya semakin tebal.

Dia kembali ke 'home'. Tiba-tiba, dia ternampak ikon 'note pad'. Dahinya dikerutkan. Jarinya menekan ikon tersebut. Banyak nota-nota di dalam aplikasi itu. Dia menekan nota pertama.




11 February 2014

Mereka dah kembali! Ya! BTS dah kembali!




14 February 2014

Aku nampak Kai dengan BTS berjumpa. Aku ikut dia. Aku dengar rancangan mereka untuk bunuh Sehun dan balas dendam. Aku nak bagitahu yang lain, tapi Kai dapat tahu yang aku tahu rancangan jahat mereka.

I'M SORRY [EXO-BTS] (COMPLETED)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang