Hari itu, Suho balik awal daripada hospital. Xiumin juga menutup kedainya lebih awal. Lebih kurang, jam 4 petang.
Mereka berdua sudah berjanji untuk pergi ke tempat penyimpanan abu - kota Seoul selalunya - untuk melihat Chen sempena hari kelahirannya. Mereka pergi terus dari tempat kerja dengan kereta sendiri.
Suho meletakkan sejambak bunga kekwa berwarna merah di hadapan gambar dan tempayan kecil -tempat abu mayat Chen dimasukkan - yang tertulis nama Chen dan tarikh kematian padanya. Kemudian diikuti oleh Xiumin. Bunga yang sama seperti bunga Suho. Setelah itu, masing-masing diam tidak berkutik.
"Dah lima tahun, kamu pergi Chen. Sama macam hyung kamu yang lain.. hyung... mintak maaf... sebab tak dapat nak lindungi kamu dan yang lain.. hyung.. betul-betul... mintak maaf.. hyung memang... memang tak guna!"-Suho.
Air mata Suho mengalir. Menyesal dengan diri sendiri. Kesal dengan apa yang berlaku.
"Chen.. hyung datang ni.. hyung nak ucap.. Selamat hari jadi. Hyung mintak maaf, kalau selama kamu hidup, hyung bukan abang yang baik. Hyung tahu, hyung bukan abang kandung kamu semua. Tapi, kita dah macam keluarga, kan? Hyung bukan siapa-siapa, Chen. Hyung cuma manusia lemah, yang tak boleh nak jadi pelindung kamu semua. Hyung minta maaf.. Hyung sayangkan kamu.. hyung.. hyung rindukan kamu semua, Chen... sangat-sangat... semoga kamu semua aman di sana."-Xiumin
"Selamat hari jadi, Chen."
Ucap Suho dengan suara serak. Dia melihat Xiumin yang sudah menyeka matanya. Dia tahu Xiumin menangis. Suho menyentuh bahu Xiumin. Xiumin memandang Suho. Suho senyum.
"Sudahlah hyung. Semua dah pun berlaku."
"Tapi, semua ni tak akan berlaku kalau hyung tak cuba sedaya upaya untuk lindungi dia, Suho."
"Jangan asyik nak salahkan diri sendiri hyung.. ni bukan salah hyung. Bukan salah kita. Sudahlah hyung. Semua dah berlaku."
Xiumin diam. Dia turut memandang bahagian yang diletakkan abu adik-adiknya yang lain -semestinya tidak jauh diletakkan dari tempat Chen-. Gambar mereka dipandang satu persatu.
"Dah, kita balik."
Ajak Suho dengan suara lembut. Xiumin mengangguk sambil tersenyum nipis. Mereka mula meninggalkan tempat itu dan menuju ke kereta masing-masing.
"Kamu baliklah dulu, Suho. Hyung nak pergi kedai sekejap. Banyak lagi benda tak kemas tu."
"Nak saya tolong?"
Xiumin menggeleng.
"Tak payahlah."
"Okay. Jangan balik lewat sangat ya, hyung."
Xiumin mengangguk. Dia mula membuka pintu kenderaannya.
"Hyung pergi dulu."
Suho senyum. Xiumin membalas senyuman Suho sebelum masuk ke dalam kereta. Kereta Xiumin mula bergerak perlahan meninggalkan lot parking. Suho memandang kereta Xiumin yang sudah jauh meninggalkannya.
"Dr. Suho?".
Suho mengerutkan dahinya bila ada seseorang yang menegurnya. Suho menoleh. Bulat matanya bila ternampak Hee Chul sedang berdiri lima langkah darinya.
"Kang Hee Chul?"
Hee Chul tersenyum nipis.
~*~
"Jadi, doktor datang lawat mendiang adik doktorlah?"
Soal Hee Chul pada Suho. Suho senyum nipis. Selepas terserempak tadi, mereka berdua berjalan-jalan di taman.
"Awak pula?"
"Ziarah, eomma saya."
Suho mengangguk faham.
"Lelaki tadi tu, siapa?"
"Hyung saya."
"Ahh.. doktor tiga orang adik beradik aje ke?"
Suho menggeleng.
"Bukan tiga sahaja, Hee Chul."
Kata Suho sambil memandang lelaki muda di depannya itu. Lelaki itu betul-betul mengingatkan dia pada mendiang Sehun.
"Hyung rindukan kamu, Sehun.."-Suho
"Oh. Ada ramai lagi. Tapi, kenapa hanya doktor dan hyung doktor saja yang datang?"
"ak datang macam mana kalau, diorang dah memang 'tinggal' di tempat tu."
Jawab Suho, kemudian ketawa kecil. Namun, wajahnya berubah sedih. Teringat kembali kelapan-lapan adiknya yang sudah tinggalkan mereka bertiga.
"Saya tak faham."
"Mereka dah tak ada Hee Chul. Mereka dah meninggal lima tahun dulu."
Suho melangkah ke arah sebuah bangku panjang di taman itu, diikuti Hee Chul.
"Lima tahun dulu? Meninggal sebab apa?"
"Panjang ceritanya."
Hee Chul diam. Seperti Suho tidak mahu bercerita sahaja. Masing-masing diam, melayan perasaan sendiri.
Hee Chul's pov..
"Kejadian lima tahun lepas, betul-betul buat saya merana. Nyawa adik-adik saya melayang. Adik saya jadi gila. Hyung saya, masih lagi tak dapat terima kenyataan. Separuh daripada jiwa kami hilang. Hidup kami jadi gelap. Kadang-kadang, saya putus asa. Rasa macam nak mati. Ahah."
Tiba-tiba dia bersuara. Ada ketawa kecil di hujung percakapannya. Aku pandang dia yang sedang tunduk. Tangan kanannya mengesat hujung matanya.
Tahulah aku yang dia menangis. Tapi, siapa yang gila?
"Gila?", soalku.
"Awak ingat lelaki yang peluk awak pagi tadi?"
Luhan tu ke? Yang ingat aku ni Sehun?
Aku tidak mengangguk, mahupun menggeleng.
"Adik saya. Dia gila, sebab tak dapat terima, adik dia dah meninggal."
Hah? Aku menjadi semakin bingung.
Adik Luhan? Bukankah meteka adik beradik? Sudah tentulah adik Luhan, adik dia juga.
"Adik dia? Bukankah, adik dia, adik doktor sendiri juga?", kataku.
Dia tersenyum senget.
"Kami bukan adik beradik kandung Hee Chul. Kami cuma rakan sekelas. Tapi, kami sudah macam sebuah keluarga. Kami tinggal serumah."
Aku diam mendengar penjelasannya.
"Habis, macam mana semua ni boleh berlaku?"
Dia diam merenung aku.
"Betul awak nak dengar?"
Aku mengangguk. Dia melarikan matanya daripada aku. Aku lihat dia menarik nafas dalam.
Aku diam, menanti dia mula bercerita. Aku yakin, ceritanya ini panjang...
"Dulu kami hanya bersepuluh, tapi 8 tahun sebelum kejadian 5 tahun lalu berlaku, kami berjumpa dengan Luhan dan Sehun."
Flashback...
"Tendang dia! Hyah!! Hahaha! Matilah kau!!"
"Akh! Sakit! Tolong... jangan..! Hyung."
...bersambung...
YOU ARE READING
I'M SORRY [EXO-BTS] (COMPLETED)
FanficBila dendam, benci, iri hati dan pengaruh jahat menguasai, perasaan cinta dan sayang antara hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil hancur jua. Erti persahabatan hilang begitu sahaja. Kemarahan demi kemarahan. Benci demi benci, dan pergaduh...