8 tahun kemudian....Tao: Kris hyung!! Pulangkan patung panda Tao!
Kris yang duduk di sofa sedang menonton televisyen, terdengar jeritan Tao dari tingkat atas. Dia ketawa mengekek. Tao muncul dan berdiri bercekak pinggang di depannya, memghalang pandangannya pada televisyen.
Kris memandang wajah Tao yang masam mencuka. Hampir terhambur tawa Kris.
Tao: Mana patung panda?
Kris membuat muka blur. Berpura-pura tidak faham apa yang Tao katakan.
Kris: Apa kamu cakap ni Tao? Hyung tak faham.
Tao mendengus.
Tao: Patung panda Taolah! Hyung sembunyikan kan?
Kris: Tak ada maknanya hyung nak ambil patung kamu tu. Dah, tepi! Hyung nak tengok tv ni. Kacau!
Tao: Hyung!! Tao tau, hyung yang ambil. Pulangkan...
Tao merengek seperti budak-budak. Kakinya dihentak-hentakkan di atas lantai. Kris tidak tahan mendengar suara rengekan Tao.
Kris: Okay, okay! Hyung mengaku hyung ambil. Puas?! Dah, tepi.. tepi!
Tao: Hah! Kan dah kata! Dah, pulangkan!
Kris: Tak nak!
Tao: Hyung ni!
Kris: Tak boleh! Patung tu, hyung bagi masa cuti sekolah nanti! Hyung rimas tengok kamu asyik berkepit dengan patung tu je. Belajar tak. Tapi, main dengan anak patung. Tak malu ke? Dah tua macam ni, masih main dengan patung! Tak apalah kalau kamu tu perempuan.
Tao: Tao tak tua lagilah hyung!
Kris: Ah... tak ada! Dah, tepi.. tepi!
Tao: Apaaaa ni hyung????!
Suho: Apa, bising-bising ni, Tao? Dari dapur hyung dengar.
Bebel Suho. Dia meletakkan mug yang berisi coklat panas di atas meja kopi di depan sofa dan duduk di sebelah Kris.
Tao: Kris hyung ni, hah! Dia curi patung panda saya!
Kris: Eh, eh! Hyung tak curi, okay?! Hyung sembunyikan!
Suho: Apasal pulak?
Kris: Aku rimas tengok budak ni. 24 jam berkepit dengan patung tu je! Aku ni? Tak pernah pun nak berkepit dengan hyung dia ni.
Tao: huh! Hyung tu besar! Tak boleh peluk! Keras! Tak lembut macam patung panda Tao.
Suho: Eish! Dah, dah! Jangan gaduh! Tao, meh sini. Duduk sebelah hyung.
Tao memuncungkan bibirnya kemudian duduk di sebelah Suho.
Kris: Manjakanlah sangat budak tu...
Sehun: Luhan hyung! Luhan hyung!
Sehun yang berada di luar rumah masuk dan menjerit memanggil Luhan.
Suho: Hah, Sehun. Baru ingat nak masuk? Umin hyung mana?
Sehun tersengih.
Sehun: Hehehe.. masih dekat luar. Suho hyung, Luhan hyung mana?
Suho: Ada je, kat dapur tu dengan Dyo..
Sehun lantas melangkah ke arah dapur sambil memanggil Luhan.
Sehun: LUHAN HYUNG!!!
Luhan: Apa?! Hyung kat dapur ni!
Suho hanya menggelengkan kepalanya. Pening dia. Hari-hari begini boleh buat dia migrain!
Sehun: Cepat, hyung! Diorang dah tunggu tu!
YOU ARE READING
I'M SORRY [EXO-BTS] (COMPLETED)
FanfictionBila dendam, benci, iri hati dan pengaruh jahat menguasai, perasaan cinta dan sayang antara hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil hancur jua. Erti persahabatan hilang begitu sahaja. Kemarahan demi kemarahan. Benci demi benci, dan pergaduh...