Suho duduk di kaunter cafe milik Xiumin. Sudah kebiasaannya berbuat begitu. Dia lebih suka duduk di kaunter daripada duduk di meja yang dikhaskan untuk pelanggan.
Suho bermain dengan telefonnya.
"Nah. Kopi yang kamu pesan.",Xiumin meletakkan secawan kopi di depan Suho. Suho senyum tanda terima kasih. Dihirupnya kopi panas itu sedikit.
"Terima kasih. Sedap, macam selalu.",puji Suho. Xiumin senyum lalu mngucapkan terima kasih -walaupun itu hanya kopi.
"Suho. Luhan... macam mana?", Soal Xiumin. Dia memandang wajah Suho. Ada sedikit perubahan dengan air muka Suho.
Suho memandang Xiumin. Ada sedikit senyuman terukir kecil dibibir Suho.
"Masih sama lagi Umin hyung. Tak ada perubahan..", balas Suho sambil tunduk melihat tangannya yang dilipat di atas meja. Kemudian matanya melihat keadaan cafe yang lenggang tanpa pelanggan.
Xiumin turut diam. Hiba hatinya mengenangkan Luhan. Sayang sangatkah Luhan dengan adiknya, si Sehun itu? Soalan bonus apakah ini Xiumin? Kau juga sayangkan Sehun bukan?! Si Maknae yang manja itu? Dan yang sangat baik. Memang betul. Kepergian Sehun lima tahun dulu betul-betul buat hidup mereka semua berubah. Memberi impak yang besar dalam diri mereka. Terutama sekali, Luhan.
"Esok... 21 September... kan.. Suho?",Xiumin memecah kesunyian. Namun matanya tidak memandang Suho, tetapi terpaku ke hadapan. Membayangkan sesuatu.
Suho memandang Xiumin. Hujung mata sepet milik Xiumin kelihatan basah dan matanya berkaca. Jelas sekali. Suho dapat rasa kesedihan Xiumin. Suho tunduk kembali. Cuba menyembunyikan kesedihannya.
"Ya.", jawab Suho pendek. Dia tahu apa maksud Xiumin. 21 September.. siapa yang tidak ingat akan tarikh hari lahir si Kaki Troll, Chen? Tarikh itu akan diingat sampai bila-bila.
"Hyung... Hyung, rindukan dia Suho.",Air mata Xiumin mengalir.
Sangat susah baginya untuk melupakan kejadian lima tahun lalu. Kejadian yang meragut nyawa kelapan-lapan orang sahabat baiknya. Bahkan, sahabat baik yang sudah dianggap sebagai adik beradik. Keluarga!
Suho menyeka air matanya yang mengalir bila dengar kata-kata yang keluar dari mulut Xiumin. Siapa sahaja yang tidak rindukan mereka semua? Suho juga sama.
"Saya, tahu hyung. Saya pun rindukan diorang.", Suho melahirkan rasa rindunya. Xiumin memandang Suho. Dia tersenyum pahit.
"Hyung rindukan diorang. Hyung rindu diorang sangat, Suho.", Xiumin menangis di depan Suho. Dia menutup wajahnya menggunakan tangan.
Suho juga ikut menangis. Dia berdiri dan pergi ke arah Xiumin. Dia menarik Xiumin ke dalam pelukannya. Dipeluk Xiumin erat. Xiumin membalas pelukan Suho
"Saya tahu, hyung. Saya tahu. Saya pun rindukan diorang."
"Hyung tak dapat tahan Suho.. setiap malam hyung menangis. Hyung asyik teringatkan diorang. hyung sakit, Suho. hyung tahu, benda tu dah lama jadi. Dan hyung pun, sepatutnya boleh terima. Tapi, hyung tak mampu. Hyung tak mampu."
Xiumin menggenggam erat baju Suho tanda dia terlalu sakit. Sakit dengan semua yang berlaku.
Suho mengangguk. Dia juga sama. Walaupun perkara tersebut sudah lama terjadi, tetapi penerimaan mereka masih lemah. Mereka masih tidak boleh terima semua itu.
Tengok sahaja keadaan Luhan. Sampaikan dia jadi tidak waras. Nasib baiklah Suho dan Xiumin tidak menjadi seperti Luhan. Kalau tidak?? Siapa yang akan menjaga Luhan? Siapa yang akan tengok-tengokkan dia? TIADA!!
"Tak apa, Umin hyung... tak apa.. semuanya akan jadi baik. Cepat atau lamabat, saya janji hyung.."-Suho.
~*~
Suho memerhati Luhan yang sedang duduk di atas tanah beralaskan rumput. Suho tersenyum nipis melihat tingkah laku Luhan yang kadang-kadang nampak lucu..
Tiba-tiba Luhan berdiri. Dia berjalan ke arah Suho.
"Kenapa Luhan?"
"Nak bubble tea. Dua! Satu untuk saya, dan satu lagi untuk... emm... Sehun!", pinta Luhan dengan suara gembira.
Hilang senyuman di bibir Suho. Kadang-kadang dia kesal dengan Luhan. Nama Sehun tidak pernah lari dari bibirnya. Ada sahaja perkara yang akan Luhan cakap sampai melibatkan nama Sehun. Suho cuba mengukir senyuman.
"Luhan... tak bolehlah asyik minum bubble tea. Nak gula-gula tak?", Luhan membuat muka. Merajuk.
"Kalau tak boleh untuk saya pun, untuk Sehun pun bolehlah."
Sehun lagi?!
Suho diam. Dia tunduk merenung hujung kasutnya yang menguis-nguis tanah. Luhan memandangnya dengan muka pelik.
"Doktor?"
Ya. Itulah panggilan Luhan untuk Suho. Dia tidak pernah panggil Suho, 'hyung' lagi. Dia lupa segala-galanya. Dia lupa siapa Suho. Dia lupa siapa Xiumin. Dia lupa semuanya. Dia hanya ingat siapa Sehun, dan siapa dirinya sahaja.
Kadang-kadang bila Xiumin datang melawat, Luhan hanya buat bodoh. Dia langsung tidak mahu menegur atau bercakap dengan Xiumin. Alasannya, dia tidak kenal Xiumin.
"Doktor.. mana Sehun? Bila dia nak balik?", Soal Luhan tiba-tiba. Dia sudah lupa pasal bubble tea tadi. Kini, moodnya sudah berubah.
Suho memandang Luhan yang sudah seperti kucing hilang anak. Luhan mula menarik-narik dan mengusut-ngusutkan rambutnya sendiri. Matanya mula melilau sekeliling seperti mencari sesuatu.
"Sehun... Sehun...!", Luhan mula berjalan. Suho mengekori Luhan. Setiap orang yang ada di taman hospital itu ditegur Luhan sambil menyebut nama Sehun.
"Luhan.. Luhan! Jangan macam ni.",Suho cuba menenangkan Luhan dengan memegang tangan Luhan tetapi tangannya ditepis.
"Saya nak Sehun! Sehun.. Sehun!"
Suho putus asa. Air matanya hampir mengalir melihat kelakuan Luhan.
Kebetulan Hee Chul sedang berjalan-jalan di taman hospital itu. Luhan ternampak kelibatnya. Disebabkan Hee Chul mempunyai wajah yang sedikit seiras seperti Sehun, Luhan menyangka itu Sehun. Lantas dia berlari mendapatkan Hee Chul.
"Sehun! Sehun!!"
Suho terkejut melihat Luhan yang berlari mendapatkan Hee Chul.
"Hee Chul? Luhan!"
Suho turut berlari. Luhan sudah memeluk Hee Chul yang terpinga-pinga dan tidak faham apa yang sedang berlaku. Luhan melepaskan pelukannya.
"Sehun! Hun pergi mana? Hyung cari tahu tak?"
Hee Chul terpinga-pinga mendengar kata-kata Luhan. Suho yang baru tiba terus menarik Luhan daripada terus membuat Hee Chul bingung.
"Luhan. Berhenti!"
"Sehun!"
"Dia bukan Sehun, Luhan!"
Suho meninggikan suaranya. Hee Chul hanya menjadi pemerhati. Dia masih tidak faham apa yang sedang berlaku.
"Dia Sehun doktor! Sehun..!"
Luhan ingin memeluk Hee Chul kembali tetapi Suho lantas memegang kedua-dua belah tangan Luhan sehingga Luhan menghadapnya.
"Luhan.. dengar hyung, Luhan. Dengar apa hyung nak cakap."
Hee Chul memandang Suho pelik.
"Dia bukan Sehun, Luhan.. dia bukan Sehun.. kamu tak boleh macam ni. Jangan buat hyung susah hati Luhan."
Luhan hanya memandang Suho. Suho memeluk Luhan. Dia mengusap belakang badan Luhan kemudian melepaskan pelukannya.
"Jom. Kita masuk."
Luhan hanya menurut. Mereka mula berjalan meninggalkan Hee Chul. Suho memandang Hee Chul kemudian memandang ke depan semula. Hee Chul semakin pelik.
"Sehun? Siapa Sehun? Kenapa dia fikir aku ni, Sehun? Siapa Luhan tu? Hyung? Kenapa Dr. Suho panggil diri dia, hyung?! Apa kaitan diorang berdua?"- Hee Chul
Hee Chul dihujani dengan tanda tanya. Semua ini betul-betul buat dia bingung. Pening!
...Bersambung...
YOU ARE READING
I'M SORRY [EXO-BTS] (COMPLETED)
Fiksi PenggemarBila dendam, benci, iri hati dan pengaruh jahat menguasai, perasaan cinta dan sayang antara hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil hancur jua. Erti persahabatan hilang begitu sahaja. Kemarahan demi kemarahan. Benci demi benci, dan pergaduh...