Tao's POV
Hari sudah hampir malam, tapi Chen masih belum balik. Kai juga begitu. Aku rasa tidak sedap hati bila memikirkan Kai.
Suho: Macam mana ni, Umin hyung. Chen tak balik-balik lagi.
Suara Suho hyung kedengaran risau. Aku toleh Kris hyung di sebelah ku. Dia diam menggigit jari. Dia boleh sahaja berlagak tenang di saat kami semua rasa risau, tapi dia tetap kelihatan risau.
Xiumin: Tak apa, Suho. Hyung yakin dia tak apa-apa. Mana tahu, Mr. Seo Jin ada suruh dia buat apa-apa ke dekat sekolah.
Xiumin hyung cuba untuk menenangkan Suho hyung.
Suho: Tapi, takkanlah sampai nak dekat malam dia masih tak balik lagi? Saya risaulah.. Kai pun, sama tak balik lagi. Mana sajalah diorang berdua ni.
Luhan:
Aku hanya diam sambil mata memandang ke arah televisyen yang terpasang. Rancangannya langsung tidak menarik perhatianku. Baekhyun dan Chanyeol masing-masing berebut remote televisyen.
Lay hyung yang duduk di antara mereka menjadi mangsa. Mungkin kerana geram, dia merampas remote itu. Chanyeol dan Baekhyun berpeluk tubuh.
Aku lihat Lay hyung menekan-nekan butang pada remote itu. Siaran pada televisyen juga berubah-ubah.
"... seorang remaja lelaki berumur 18 tahun dijumpai mati di lorong berdekatan dengan sekolah tinggi Haidul..."-pemberita
Kini siaran berubah kembali.
"Lay hyung! Balik pada channel tadi."
Lay: Yang ni?
"Bukan! Berita tadi."
"... masa saya lalu sini tadi, saya dah nampak dia terbaring. Saya cuba bangunkan dia tapi.. dia dah meninggal." - saksi
Chanyeol: Tu.. pelajar sekolah kita kan?
Baekhyun: Kalau tak silap aku, nama dia... Seungri!
Lay: Siapa pulak yang meninggal ni?
Tao: Aku tak sedap hatilah..
"Saya kenal dia ni. Pelajar sekolah ni juga."-saksi
"Dipercayai remaja ini ada lah pelajar sekolah tinggi Haidul, berumur 18 tahun, dan dikenali sebagai Kim Jongdae." - pemberita
Aku dah agak!
End pov
Telefon bimbit di tangan Suho jatuh ke atas lantai. Mereka semua terkejut. Terkejut mendengar berita tersebut.
Xiumin: Dd..dia.. nn..nii.. tt..tipu.. kan? Bagitahu hyung, yang semua ni tak betul..
D.O: Maaf.. Umin hyung. Saya dah cuba sedaya upaya.. berusaha untuk pastikan saya salah dengar. Tapi...
D.O menggeleng.
D.O: Kita semua tak salah dengar..
Xiumin berundur setapak demi setapak ke belakang.
Suho: Umin hyung..
Xiumin: Tak.. tak..! Semua ni tipu!!!
Selepas sahaja Xiumin bercakap, kedengaran bunyi tapak kaki berlari keluar dari rumah. Kelibat Xiumin sudah hilang.
Suho: Umin hyung!
Luhan yang tadi diam terus melangkah naik ke biliknya. Pintu seperti ditutup kuat.
Suho terduduk di atas lantai. Dia meramas rambutnya kasar. Jeritannya bergema. Yang lain hanya diam. Tidak tahu apa mereka perlu buat tika itu. Menangis? Marah? Tapi dalam hati masing-masing mereka menangis. Sakit!
Tao mengepalkan tangannya.
''Chen dah tahu agaknya... sebab tu dia bunuh Chen. Kau dah melampau Kai. Lepas ni, kau akan bunuh aku pulak.. heh! Binatang!"-Tao
~*~
Xiumin duduk di buaian besi(?) di luar rumah mereka sambil memeluk lutut. Dia memandang kosong di hadapannya.
Sudah tiga hari berlalu, tetapi kes kematian Chen masih belum selesai. Rumah pula semakin sunyi. Tiada lagi kedengaran riuh rendahnya suara Chen.
Flashback
Xiumin berlari sekuat hati ke tempat mayat Chen dijumpai. Tiba di sana dia lihat banyak orang berkerumun. Dia menyisip di celah-celah mereka.
Baru sahaja dia ingin melintasi warning tape yang dipasang oleh pihak polis, dia ditahan oleh dua orang pegawai polis yang mengawal di situ.
Xiumin: Saya nak masuk!
"Maaf encik. Kami tak dibenarkan untuk memberi sesiapa pun melintasi kawasan ini."
Xiumin: Tapi, dia tu adik saya!
"Maaf, encik tetap tidak dibenarkan."
Xiumin: Saya tetap nak masuk!
Xiumin berkeras. Badannya di tahan oleh mereka. Rontaan Xiumin tidak berhasil untuk melepaskan diri.
Xiumin: Bagi saya masuk. Saya nak jumpa dengan adik saya... Chen!
Suho: Umin hyung!
Xiumin menoleh. Dia lihat Suho dan yang lain datang mendekatinya. Xiumin terus mencapai lengan Suho.
Xiumin: Suho! Tolong bagitahu diorang Suho. Hyung nak jumpa Chen.
Suho: Maaf hyung.. ni dah memang prosedur diorang, hyung. Kita tak dibenarkan---
Xiumin: AKU NAK JUMPA CHEN!! KORANG FAHAM TAK?! AKU NAK JUMPA DIA!! Tolong... bagi saya.. masuk...
Air mata Xiumin jatuh. Orang ramai yang ada di situ bersimpati dengan mereka. Dua orang pegawai tadi rasa simpati. Tetapi, peraturan tetap peraturan.
Suho memeluk Xiumin. Diusap belakang kepalanya.
Suho: Kita akan jumpa dia nanti hyung. Tolong jangan macam ni.
Xiumin: Chen...!
End flashback
Air mata Xiumin mengalir. Dia menangis dalam diam.
"Kenapa kamu tinggalkan hyung, Chen? Kenapa?"- Xiumin
~bersambung~
ANDA SEDANG MEMBACA
I'M SORRY [EXO-BTS] (COMPLETED)
FanficBila dendam, benci, iri hati dan pengaruh jahat menguasai, perasaan cinta dan sayang antara hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil hancur jua. Erti persahabatan hilang begitu sahaja. Kemarahan demi kemarahan. Benci demi benci, dan pergaduh...
![I'M SORRY [EXO-BTS] (COMPLETED)](https://img.wattpad.com/cover/93102500-64-k411995.jpg)