Chapter 10

388 30 10
                                        

Luhan: Kenapa kamu tinggalkan hyung Hun?

Luhan melutut di atas lantai. Tangannya digenggam kuat. Tangisannya kedengaran.

Mayat Sehun sudah dibakar dan abunya disimpan di dalam bekas khas. Semua orang sudah pergi. Hanya dia dan Exo lagi yang ada di situ. Sakit! Sedih! Kehilangan! Itu yang Exo rasakan.

Suho melutut di sebelah Luhan. Disentuhnya bahu lelaki itu.

Suho: Dahlah tu Luhan... benda dah jadi.. 

Luhan hanya menundukkan kepalanya dan menangis.

Kris: Luhan. Tak ada gunanya kamu menangis.. Sehun tak akan hidup balik!

Kris menekan suaranya. Luhan menggeleng.

Luhan: Dia adik saya hyung..

Kris: Kami tahu. Sehun pun adik kami, Luhan. Tipulah, kalau kami kata kami tak sedih!

Luhan diam.

Suho: Betul apa yang Kris kata tu, Luhan.

Suho mengusap bahu Luhan kemudian memandang gambar Sehun. Kenangan bersama Sehun dulu kembali menjengah ke mindanya.

Flashback

Sehun dan Suho berdiri di hadapan kabinet kaca yang disusun dengan pelbagai jenis roti dan manisan seperti kek cawan dan kek.

Suho menyedut air americanonya sambil mata ligat memilih makanan. Sehun sibuk dengan bubble tea. Dia tidak mahu membeli manisan mahupun roti yang disusun kemas di depan matanya. Katanya, tidak terasa mahu makan makanan manis.

Suho: Nak pilih apa ye..

Sehun: Hyung!

Suho menoleh.

Sehun: Nak ni!

Sehun menunding ke arah roti sosej bersos dan bermayonis. Kelihatan sedap sahaja.

Suho: Tadi kata tak nak?

Sehun tersengih.

Sehun: Nampak sedap..

Suho menggeleng.

Suho: Ambillah. Nah.

Suho memberikan kad kreaditnya pada Sehun. Bersinar mata Sehun melihatnya, lalu dengan pantas disambut.

Sehun: Yeah! Boleh beli bubble tea!

Sehun terus berlari keluar dari kafe tersebut dan menuju ke arah kafe yang menjual minuman kegemarannya itu.

Suho: Hey! Kata nak beli.. eish! Tunggu!

Suho mengejar Sehun.

End flashback

Suho mengukir senyuman pahit. Air matanya jatuh ke pipi. Kenapa mereka harus berpisah dengan Sehun dengan cara begini? Siapa manusia kejam yang tiada belas kasihan yang sanggup membunuh Sehun?

"Semoga kamu aman kat sana Hun. Hyung janji akan cari siapa orang yang bunuh kamu. Hyung sayangkan kamu, Hun.. Tanpa kamu selama ni, hyung bukan siapa-siapa. Maafkan hyung andai hyung, tak jaga kamu baik-baik.. saranghae, Oh Sehun."-Suho

Guruh di langit berdentum. Awan mulai kelihatan hitam. Angin bertiup lebih kuat daripada biasa. Setitik demi setitik air dari langit menitis ke bumi. Semakin lama, hujan turun semakin lebat, mengiringi tangisan mereka.

Air mata mereka turun bersama dengan air hujan. Namun segaris senyuman sinis terbit dari bibir seseorang. Di saat semua sedang berduka, dia gembira. Air mata yang turun di pipinya, hanyalah lakonan semata-mata. Dusta!

"Huh! Seronok jugak tengok orang berduka ni. Sekarang, baru korang rasa apa yang aku rasa selama ni. Tapi, ni tak cukup lagi. Hahaha. Korang tunggu babak seterusnya. Oh Sehun.. Oh Sehun... dah tak ada lagi maknae dalam kumpulan ni.. hanya aku! Tinggal aku! Selain dia.. Dan sekarang.. Kau dah mati, Oh Sehun! Hahaha! Bye, bye!"-Si Misteri

~bersambung~



•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

I'M SORRY [EXO-BTS] (COMPLETED)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang