Chapter 27

409 26 6
                                    

Hee Chul diam memikirkan sesuatu. Fail-fail pesakit di atas meja kerjanya hanya dipandang sepi.

Suho: Saya hanya nak Luhan macam dulu, Hee Chul. Itu je. Sebab tulah, saya jadi doktor sakit jiwa. Saya nak sembuhkan dia.

Hee Chul terfikirkan sesuatu. Dia memetik jarinya. Dengan pantas dia mengeluarkan komputer ribanya dari dalam beg. Jari-jarinya ligat mengetuk-ngetuk papan kekunci.  Kemudian anak matanya bergerak ke kanan ke kiri membaca sesuatu dalam komputer riba itu.

Tidak lama kemudian bibirnya mengukir senyuman lebar. Dia terus berdiri dari kerusi kerjanya dan keluar dari biliknya bersama dengan komputer riba di tangan.

~*~

Suho membaca artikel di dalam komputer riba milik Hee Chul. Dia memandang Hee Chul.

Suho: Awak yakin, cara ni akan berhasil?

Soal Suho kurang yakin. Hee Chul mengangguk.

Hee Chul: Saya yakin doktor. Kita perlu bermain dengan perasaan dan fikiran sekali gus. Saya tahu ini akan menyakitkan tetapi, mungkin inilah yang terbaik.

Suho diam berfikir. Matanya tertumpu kembali pada skrin laptop.

Hee Chul: Macam mana?

Suho diam. Dia memandang Hee Chul. Kepalanya diangguk perlahan.

~*~

-Dua hari kemudian-

Xiumin: Kamu yakin ke benda ni akan berjaya?

Suho mengangguk.

Suho: Saya yakin, Umin hyung. Mungkin dia tak akan sembuh 100%. Tapi, kita hanya perlu bersyukur. Sekurang-kurangnya Luhan akan sembuh sedikit.

Xiumin: Baiklah kalau macam tu.

Suho senyum. Dipandang Chanyeol yang hanya berdiam diri dari mereka sampai di hospital tadi.

Suho: Yeol?

Chanyeol memandang Suho. Dia senyum hambar.

Suho: Yeol, okay?

Chanyeol mengangguk. Suho mengeluh kecil. Xiumin hanya memandang mereka berdua. Dia perasan sejak semenjak dua menjak ni, Chanyeol kurang bercakap dengan Suho. Dia pasti mereka berdua ada masalah yang dia tidak tahu.

Suho: Maafkan hyung, Yeol. Hyung tak berniat pun nak marah Yeol. Hyung.. hyung cuma----

Chanyeol: Tak apalah, hyung. Yeol tahu. Yeol tak sepatutnya ungkit pasal tu semua. Salah Yeol juga.

Chanyeol senyum. Diusap tangan Suho lembut tanda dia tidak marah. Suho senyum lega.

Xiumin: Hmm.. baguslah kalau dah baik.. dah. Jangan gaduh lagi. Tapi, kamu berdua gaduh pasal apa?

Suho senyum pahit.

Suho: Tak ada apalah, hyung. Kisah lama..

Chanyeol senyum. Xiumin hanya menganggukkan kepalanya.

Suho: Jom. Kita pergi bilik rawatan.

~*~

Suho, Xiumin, Chanyeol, Hee Chul dan tiga orang jururawat berada di dalam bilik rawatan. Luhan duduk di atas kerusi dan dia berhadapan dengan sebuah televisyen.

Luhan: Hah! TV!! Tengok kartun! Tengok kartun!

Luhan bertepuk tangan kerana teruja. Suho mencangkung di hadapan Luhan. Dia mengusap lutut Luhan.

Suho: Luhan... hyung tahu benda ni akan buat kamu sakit. Tapi, ini untuk kebaikan kamu juga.. bertahan ya.. sekejap je.

Luhan terpinga-pinga mendengar kata-kata Suho. Suho bangun tetapi maaih berdiri di sisi Luhan.

I'M SORRY [EXO-BTS] (COMPLETED)Where stories live. Discover now