D.O: TAO!!!!
Tao memejam matanya. D.O meluru ke arah Tao lalu memeluk Tao dengan posisi membelakangi kereta itu.
D.O: Hyung sayang kamu semua Tao.. kalau hyung mati, tolong bagitahu Kai.. hyung sayang di----
Kedebumm!!!
Sherttt!!!
Tao dan D.O terlambung jauh. Darah mengalir dari kepala dan anggota badan masing-masing. Tao rasa badannya sakit-sakit. Dipandang D.O yang berada jauh darinya.
Mata D.O masih terbuka. Mereka berpandangan buat seketika. Tao menghulur tangannya ke arah D.O. Dia cuba mencapai tangan D.O tetapi masih ada jarak beberapa sentimeter lagi. Air mata Tao mengalir laju. Dia menangis bukan kerana luka. Tetapi, kerana tidak dapat mencapai tangan D.O.
Tao: Hy..hyu..hyung..
Bibir D.O bergerak mengucap perkataan 'saranghae'. Perlahan-lahan mata D.O terpejam rapat. Tao menangis. Matanya juga mula hendak terpejam. Pandangannya mulai kabur. Semakin kabur dan pandangannya gelap.
Perkara terakhir yang dia nampak. Seorang lelaki menerpa ke arah D.O sambil menangis. Dia memangku D.O dan dipeluknya lelaki genit itu.
Dan.. semuanya berakhir... di situ.
Atau mungkin....
Tidak...!
~*~
Kris menggenggam tangan Tao. Keadaan Tao semakin teruk. Badannya susut. Wajahnya cengkung. Bawah matanya kelihatan gelap. Sudah dua minggu dia koma semenjak kemalangan tempoh hari. Dikucupnya belakang tangan Tao.
Kris: Bangun cepat, ya Tao.. hyung rindukan kamu..
Air mata Kris mengalir. Dipejam matanya rapat.
Flashback
Kai: Hyung!
Kai merempuh pintu rumah. Exo(kecuali Xiumin dan Luhan) terkejut melihat Kai yang sedang mengangkat D.O dengan keadaan berlumuran darah. Kai meletakkan D.O di atas lantai. Mereka menerpa ke arah D.O.
Suho: Kk..kenapa ni.. Kai?
Chanyeol: Dyo hyung.. bangun. Dyo hyung!
Air mata Chanyeol mengalir.
Kris: Apa dah berlaku Kai....?
Kai menggeleng. Perlahan-lahan tangannya diangkat dan menunding ke luar rumah.
Kai: Kk.. kereta.. Tt.. Tao...
Suara Kai tersekat-sekat. Dia risau. Dia takut. Air matanya mengalir laju.
Terdengar sahaja nama Tao, Kris terus memandang Kai dan berdiri lalu keluar dari rumah. Dia menuju ke arah kereta.
Baekhyun: Apa kau dah buat, Kai?!
Kai: Bbu.. bu.. bukan.. bu.. bukan Kai...
Dia cuba berbohong.
Lay menyeka air matanya. Dia mencapai pergelangan tangan D.O. Sejuk! Dia memejam mata sebelum dicelikkan semula. Dia meraba pergelangan tangan D.O untuk mencari nadi. Dia melepaskan tangan itu perlahan. Dipandang satu persatu rakan-rakan baiknya.
Lay: Suho hyung... Dyo..
Lay menggeleng kecil. Ada cecair jernih mengalir di tubir matanya. Mereka terpempan.
Kai terus memeluk tubuh kaku dan sejuk D.O. Dia menangis kuat.
Kai: Tak.. tak! Bangun hyung.. bangun! Jangan tinggal Kai!
YOU ARE READING
I'M SORRY [EXO-BTS] (COMPLETED)
FanfictionBila dendam, benci, iri hati dan pengaruh jahat menguasai, perasaan cinta dan sayang antara hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil hancur jua. Erti persahabatan hilang begitu sahaja. Kemarahan demi kemarahan. Benci demi benci, dan pergaduh...