flashback .
di sungai han , kelihatan satu pasangan sedang bertengkar .
' waeyo noona ? kenapa noona sanggup buat saya macam ni ? noona dah janji nak kekal dengan saya ! waeyo kim taeyeon , wae ?! ' jerit seorang jejaka yang sedang berlinangan air mata kepada seorang gadis yang sedang menunduk kepala .
Dengan perasaan yang serba salah , si gadis mengangkat mukanya dan mula berkata ,
'mian . ini satu-satunya jalan penyelesaian . Noona dah tak sanggup hadapi semua ni . Berjuta-juta kata-kata cacian , makian dan hinaan noona dapat . Mianhae Baekhyun-ah , mianhae .'
Selepas mengucapkan kata-kata itu , si gadis mula berjalan pergi meninggalkan jejaka yang yang terduduk dengan air mata yang masih berlinangan .
Tanpa si jejaka sedari , dari jauh ada sepasang mata sedang memerhatikannya dengan hati tertanya-tanya ,
'siapa lelaki tu ? kenapa dengan dia ?' dengan rasa ingin tahu , perlahan-lahan pemilik si mata itu mula mengorak langkah ke arah si jejaka .
Namun belum sempat dia mendekati jejaka itu , si jejaka kembali berdiri menyebabkannya membantutkan langkah . Si jejaka mula berjalan dengan terhuyung-hayang seperti orang yang mabuk ke satu arah . Si pemilik mata itu mula berfikir ,
'Dia nak ke mana ? seolma....' . Dek kerana terbitnya perasaan tidak sedap hati dalam diri si pemilik mata itu , dia bertekad untuk mengekori jejaka tersebut .
Tepat seperti sangkaannya , jejaka itu mula berdiri di tepi jambatan sungai han manakala si pemilik mata itu berdiri hanya beberapa meter dari si jejaka sambil memerhati .
Dengan perlahan-lahan , tangannya mula meraba poket jaketnya untuk mengambil telefon dan mendail nombor seseorang dengan resah ,
'seongmun-ya , kalau noona tak balik dalam masa 10 minit , tolong datang dekat taman sungai han ya ?'
tanpa sempat si penjawab telefon membalas , dia telahpun meletakkan panggilan . Pandangannya mula terarah kepada seseorang yang sememangnya menjadi tujuannya datang ke sini .
Dari jauh dia hanya memerhati . Tiba-tiba dia mendengar jejaka itu berkata-kata dengan suara serak basah ,
'omma , appa , halmeoni , harabeoji , uri chingu ,maafkan saya '
kata-kata itu dia ucapkan sebelum dia memanjat di atas jambatan tersebut dan cuba untuk terjun namun terjunan nya terhenti apabila ....
'berhenti ! jangan terjun ! ' kedengaran seseorang yang memakai jaket berwarna hitam menjerit kearahnya .
Suaranya seperti wanita . siapa dia , itu yang menjadi persoalan dalam fikiran si jejaka . Niatnya untuk membunuh diri terhenti begitu saja .
-Tbh
YOU ARE READING
Toy + bbh
FanfictionKerana mulut , badan binasa. Kerana mulut , termeterai sebuah janji. Kerana sebuah janji , semuanya mula berubah. Apabila semua mula berubah , keadaan mula menjadi huru-hara. Dan di situ lah rasa cinta mula terbit. cast byun baekhyun and others