pt. 2

494 72 6
                                    






' jebal . jangan bunuh diri . Semua benda ada jalan penyelesaiannya tapi bukan ini caranya .' secara perlahan-lahan dia menghulurkan tangan ke arah jejaka itu berharap agar jejaka itu membatalkan niatnya untuk terjun dari jambatan .

Jejaka itu hanya berpaut pada jambatan , tidak sedikit pun hatinya tergerak untuk menyambut huluran wanita itu malah dia terus berkata,

'kau siapa ?! kenapa kau nak masuk campur dalam masalah aku ?! pergi ! biar aku mati . Dia dah tinggalkan aku . Hidup aku dah tak bermakna tanpa dia ! '

sejurus itu , wanita itu cepat-cepat memikirkan idea dan ya ! otaknya berfungsi dan memproses dengan cepat , tidak seperti perwatakannya yang sebenar iaitu blur .

wanita itu mula tersenyum dan berdoa dalam hati agar jejaka itu akan menerima cadangannya namun dia tahu bahawa ideanya akan membuatkan reputasi sebagai artis terjejas tapi dia terpaksa , ya terpaksa .

'Sekejap , kau tak bleh buat macam tu , macam mana dengan omma dan appa kau ? kau tak kesiankan mereka ke ? mesti diaorang sedih kalau kau mati dengan cara ni , ya aku tahu kau sedang sedih . Cuba kau cerita kat aku , mana tahu aku boleh tolong kau .'
kata wanita itu .

Lelaki itu membalas , 'macam mana kau nak tolong aku ?'

'kau sambut dulu tangan aku , nanti aku bagitau kau lagi pun aku tau tahu apa masalah kau , jadi kau sambut tangan aku , lepas tu kita bincang , aku janji ,'

'macam mana aku nak tahu kalau kau tak bohong ? macam mana kalau kau tipu ?'

'haish susahnya nak deal dengan kau kan'

si wanita mengeluarkan telefon dari poket dan merekod suaranya ,

' aku ,(secara perlahan-lahan mencabut masknya) , chun seong im aka song ji hyo , akan membantu kau tak kira apa jua pertolongan yang kau minta , dan aku takkan sesekali menolak , ok done , save . macam mana ? percaya ? '

memandangkan lelaki itu tak bersuara , dia bersuara kembali ,

'aku seseorang yang tak pernah mungkir janji , kau boleh ambil record ni , sebarkan kat orang lain kalau aku songjihyo , mungkir janji .'

mendengar dan mengetahui siapa wanita itu , otaknya mula merancang sesuatu dan di sebalik mask yang dipakai , jejaka itu tersenyum sinis . perlahan-lahan dia mula menyambut huluran wanita itu dan naik kembali ke atas .

Song ji hyo mula mengeluh lega melihat jejaka itu terselamat namun di sebalik kelegaaannya itu , tersirat satu kebimbangan mengenai janji yang telah dia katakan .

Manakala jejaka itu mula mendekatinya dan berbisik di tepi telinganya ,

'janji kau , jangan lupa . satu hari aku akan minta kau tunaikan janji kau dan kau harus bersedia dengan apa yang aku inginkan , kau jangan terkejut bila kau tahu siapa aku nanti , hergh'

tangan si jejaka mula meraba poket jihyo dan menjumpai sesuatu yang perlu dijadikan bukti iaitu telefon yang mengandungi record jihyo itu tadi dan dia mula berlalu pergi meninggalkan jihyo sendirian .

Hatinya mula berkata ,

'mian sunbaenim , saya terpaksa . Saya akan lepaskan sunbae selepas pembalasan dendam saya berjaya'

dan dia pun berlalu pergi seperti tiada apa yang berlaku dengan senyuman sinis masih terukir di bibirnya .

Jihyo pula hanya termangu sendiri tanpa mengerti apa yang sedang berlaku dan otaknya mula memproses sesuatu,

'siapa dia ? adakah janji yang aku taburkan ini satu kesalahan yang besar ? kenapa aku rasa tak sedap hati ? kenapa aku , kenapa aku taburkan janji tu ?!'

jihyo mula memukul kepalanya sendiri dan tiba-tiba perlakuannya itu dihentikan oleh seseorang ,

'yah yah yah ! noona buat apa ni ? kalau nak pukul kepala tu , jangan pukul dengan tangan , pukul dengan batu besar lain kali kan senang , biar pecah berterabur .' dan

'pakkkkkkk'

kepala adiknya dipukul dengan sepenuh hati , dahla hati tengah panas , dia pulak tambahkan kepanasan yang sudah sedia ada tu apa hal ?! ,

'dah jom balik'

adiknya ,seongmun hanya menurut perintah noona nya itu .


'if you do care about the others opinions , you never can make up with your love'

;me












Tbh..
Do votes and comments

Toy + bbhWhere stories live. Discover now