Hello ! Dah sampai 1k reads ❤️ Terima kasih . Syukran . Arigato . Xie xie . Danke . Ni sebagai hadiah sebab dah capai 1000reads💕 teruskan ya 🙊'Tit tit tit', deringan telefon yang minta diangkat membuatkan song ji hyo tidak lagi menumpukan perhatian pada tv .
' Siapa ni ? , tanyanya pada diri sendiri apabila melihat nombor yang menelefonnya ialah nombor yang tidak dikenali
' Annyeonghaseyo . Siapa ni ? ', tanyanya dengan hati-hati
*****
' Saya Ceo sm entertainment . Lee Soo man . Saya nak jumpa dengan kamu sekarang juga . Jika tidak keberatan , sila datang ke sm company . ', sekali nafas ceo menyatakan hasratnya dan tanpa menunggu jawapan daripada Ji hyo , dia terlebih dahulu menamatkan panggilan .
' Ige mwoya ? Sesuai lah tu ceo cenggitu , anak buah cenggini . Memang sesuai sangat huh ', bebelnya sendiri lalu ke bilik untuk menyiapkan diri .
Kali ni dia memilih untuk memandu kereta sendiri ke sm entertainment
' Biarlah kali ni . ' dia berkata dan memandu ke sm entertainment seorang diri
Di hadapan sm company
' Fuh -', ji hyo melepaskan nafasnya apabila melihat himpunan manusia di entrance
' Macam mana aku nak masuk ni ? Tapi mesti diaorang tak kenal aku kan ? okay ji hyo ! Hwaiting ! ', katanya lalu melangkah keluar dari kereta dengan mask pada wajahnya .
Oleh kerana penampilannya agak simple , himpunan manusia tersebut langsung tidak menghiraukan ji hyo yang sedang berusaha untuk masuk ke dalam company dan akhirnya dia berjaya .
Namun malang tidak berbau apabila baru setapak dia melangkah ke dalam syarikat tersebut , dia telah ditahan oleh 2 orang lelaki berbadan tegap yang memakai kot .
' Kamu siapa ? ', tanya salah seorang lelaki tersebut
' Aku ada temu janji dengan encik Lee soo man . Kalau tak percaya , kau boleh pergi tanya dia . Aku tunggu kat sini ', balas Ji hyo selamba .
Lelaki tersebut menggunakan walkie talkie untuk berhubung dengan setiausaha lee soo man .
Setelah mendapat keizinan , dia mula mengiringi song ji hyo ke pejabat Ceo
' Tuan . Dia dah sampai .', lelaki itu berkata lalu memberi laluan kepada Ji hyo untuk masuk ke dalam pejabat
' Annyeonghaseyo ', Ji hyo menyapa
' Silakan duduk ', balas ceo
' Kamu tahu sebab saya panggil kamu kan ? Jadi saya takkan berbasa basi . '
Kata-kata ceo membuatkan ji hyo tidak senang duduk namun dia tetap tabahkan hati
' Kamu keluar dengan Baekhyun ? ', tanya ceo straight to the point .
Sekali lagi , dia meneruskan kata-katanya tanpa mendengar jawapan ji hyo terlebih dahulu
' Sejak bila ? Kamu tahu kan yang Baekhyun baru je putus hubungan dengan Kim Taeyeon ? Macam mana kamu berdua boleh kenal ? Lagipun jarak umur kamu memang terlampau jauh . Boleh saya tahu apa sebab awak "bercinta" dengan Baekhyun ? ', katanya dengan menekan perkataan bercinta
Soalan ceo membuatkan Ji hyo sedikit berang . Macam ni ye rupanya perangai Ceo SM ni . Baru dia tahu kenapa ramai orang tak suka ceo sm . Haih ! Ingin sahaja dia memberitahu perkara sebenar namun apakan daya .
Lalu dia menghembuskan nafas dan berkata ,
' Saya rasa Tuan tak perlu tahu pun sejak bila . Pasal Baekhyun dan Taeyeon , ya saya tahu . Umur ? Tuan pun tahu kan yang CINTA tak mengenal usia ? Jadi apa salahnya kan ? ' ,
Ji hyo menekan perkataan Cinta namun dalam hatinya berbagai sumpah seranah dihadiahkan untuk dirinya sendiri kerana berani mengeluarkan ayat yang begitu 'cliche' .
' Hmmmm '
' Kalau macam tu , teruskan dengan hubungan kamu . Saya akan tengok berapa lama hubungan kamu bertahan . Kamu tahu kan yang Baekhyun tu idol ? Dan kamu ialah artis . Agak-agaknya fans akan restui tak ? '
' Oleh kerana cinta tak mengenal usia , saya akan umumkan lusa bahawa Song ji hyo dan Byun Baekhyun bercinta secara rasmi . Kamu tak perlu risau ', kata ceo dengan nada yang sukar ditafsir
Kata-kata Ceo kali ni telah berjaya membuatkan dia merinding ketakutan
' Aku menyesal ! ', hatinya meronta
' Nae . Terima kasih . Saya minta diri dulu . ', Ji hyo bangun dari duduknya dan melangkah pergi
Manakala Ceo mula memanggil setiausahanya bagi mengatur persidangan bagi mengumumkan berita ni .
Di dorm snsd--
' Unnie ! Unnie tahu tak yang Baekhyun keluar dengan seseorang ? ' , tanya Seohyun kepada Taeyeon yang sedang membungkus badannya di dalam selimut di atas sofa
' Apa ? '
soalan Seohyun sedikit sebanyak menyentakkan hatinya
' Dia dah ada pengganti aku ke ? '
' Mudah betul kau lupakan aku '
' Baguslah '
' Tapi kenapa hati aku rasa sakit sangat ? '
Hatinya berkata-kata . Tanpa dia sedari , air matanya berlinangan di pipi .
Membuatkan Seohyun terkejut .
' Un-un-unnie . Jangan nangis . Kwenchana . Jangan nangis ', pujuknya
Namun pujukan tersebut membuatkan tangisan Taeyeon lebih kuat . Tanpa ragu-ragu , Seohyun memeluk Taeyeon dan menepuk belakang Taeyeon bagi menenangkannya .
Tbc
Votes and comments 🎈Hai ! First time saya 'bertegursapa' (acewah) dengan readers sekalian . Saya nak cakap terima kasih bebanyak sebab sudi baca story ni . Ya saya tahu story ni membosankan . Cliche kan ? Saya pun setuju . Tapi dengan izinNya saya akan cuba untuk buat yang terbaik . Jadi , teruskan membaca . Comment anda semua amatlah dihargai .
YOU ARE READING
Toy + bbh
FanfictionKerana mulut , badan binasa. Kerana mulut , termeterai sebuah janji. Kerana sebuah janji , semuanya mula berubah. Apabila semua mula berubah , keadaan mula menjadi huru-hara. Dan di situ lah rasa cinta mula terbit. cast byun baekhyun and others