sambungan....
'Tit..tit..tit..' , telefon Baekhyun berdering menandakan ada pesanan masuk . Baekhyun terus membuka lalu membaca pesanan tersebut dan senyuman sinis mula terukir .
Nampaknya untuk berjumpa dengan Song ji hyo tidaklah terlalu susah kerana managernya telah menghantar pesanan bahawa dia akan menjadi tetamu di running man pada minggu hadapan .
Lalu dia terus memindahkan record suara perjanjian yang dilakukan oleh song ji hyo ke telefonnya untuk dijadikan sebagai bukti .
Terus dia menyimpan telefon song ji hyo di dalam laci meja di bilik apabila dia terdengar seperti ada seseorang memulas tombol pintu biliknya .
Dan sangkaannya betul apabila orang itu ialah Chanyeol .
' Kau nak apa ?,' tanya Baekhyun kepada Chanyeol .
' Nak kau boleh tak Baek?' ,
dengan nada suara yang gatal , Chanyeol bertanya kepada Baekhyun .
Mendengarkan itu , Baekhyun terus melemparkan bantal ke arah Chanyeol lalu membuat muka toya namun Chanyeol lebih cekap membuatkan bantal tersebut tidak sempat mendarat di atas wajah kacaknya .
Chanyeol secara perlahan-lahan mendekati Baekhyun sambil menggigit bibir bawahnya membuatkan Baekhyun menjerit ketakutan dan terus berlari keluar dari bilik , tidak menghiraukan Chanyeol yang sudah jatuh kerana dilanggar olehnya .
Dengan kelajuan yang maksima , dia terus berlari ke ruang tamu dan melihat Sehun dan Do sedang asyik menonton tv .
Dia pun duduk di antara Sehun dan Do sambil meletakkan kepalanya di bawah ketiak Sehun .
Do dan Sehun yang tidak tahu apa-apa terus bertanya,
'Baekhyun-hyung , waeyo ? kena kejar dengan hantu ke ?' soal Sehun .
'Nae ! Park Chanyeol pabo yang kejar hyung ! .'
ujar Baekhyun sambil mengarahkan jari telunjuknya ke arah Chanyeol yang sudah selamat tiba di ruang tamu dengan senyuman sinis di bibir dan Chanyeol seperti memberi isyarat kepada Sehun dan Do lalu mulutnya berkata tanpa suara ,
'satu , dua , tiga !' ,
chanyeol terus melancarkan dirinya ke arah Baekhyun dan mereka bertiga sama-sama menggeletek Baekhyun menyebabkan Baekhyun terus-terusan menjerit ketawa sehingga keluar air matanya .
Gelak-ketawa mereka berempat mengundang rasa ingin tahu semua orang didalam dorm itu dan mereka semua terus ke ruang tamu lalu melihat adegan di mana Baekhyun digeletek oleh Sehun , Do dan Chanyeol dengan begitu kejam .
Suho ,Chen, Xiumin , Lay tidak termasuk Kai , hanya tersenyum apabila melihat Baekhyun kembali ketawa tidak seperti semalam , Baekhyun hanya mempamerkan perangainya yang dingin .
' Sometimes , friends are the one who will make us happy . that's why friends are our requirement '
;meTbh
Do votes and comments
YOU ARE READING
Toy + bbh
FanfictionKerana mulut , badan binasa. Kerana mulut , termeterai sebuah janji. Kerana sebuah janji , semuanya mula berubah. Apabila semua mula berubah , keadaan mula menjadi huru-hara. Dan di situ lah rasa cinta mula terbit. cast byun baekhyun and others