MATA 1

993 73 20
                                    

"Natasha... bangun sayang...", kedengaran suatu suara bergema di cuping telinganya. Dia tahu itu pasti suara papanya, dato rashid. Perlahan lahan Natasha bangun dari atas katilnya. "pa... hari dah siang ke ni?", soal Natasha ingin tahu. Sejak dia menjadi buta akibat kemalangan jalanraya tempohari dia sudah tidak tahu membezakan samada hari sudah siang atau pun malam. Baginya siang atau malam sama saja. Semuanya gelap gulita sepanjang masa. "Ya.... sayang, hari dah siang dah ni...", balas dato rashid dengan lembut. Terasa tangannya di genggam erat oleh papanya. "sayang, papa ada berita gembira nak di sampaikan pada awak...", ucap dato rashid. "apa dia pa?", soal Natasha ingin tahu. "papa dapat khabar dari pihak hospital yang mereka telah menerima organ mata yang sesuai untuk awak.... Kata doktor Isma, awak akan menjalani pembedahan pemindahan organ mata yang baru pada pukul 3 petang nanti...", ucap dato rashid dengan lembut. "oh... betul ke ni, papa?", soal Natasha dengan riangnya. "Ya... betul sayang... tak lama lagi awak akan dapat sepasang mata yang baru... dengan ini awak akan dapat melihat alam semesta yang indah ini.... apa apa pun doktor isma sudah bersedia melakukan pembedahan ini ke atas awak... ", kata dato Rashid dengan lembut.

Natasha tersenyum gembira sebaik saja dia mendengar perkataan papanya itu. "Ooh... terima kasih papa kerana papa telah berusaha untuk dapatkan pakar bedah mata yang terbaik untuk saya...", ucap Natasha dengan riangnya. "ya... sama sama, sayang. Papa akan buat apa saja untuk mengembalikan penglihatan awak sebab papalah awak menjadi buta begini. manakala mama awak pula meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya yang tidak di duga itu...", ucap dato Rashid separuh sedih. "oh... jangan cakap macam tu lagi papa... apa yang telah terjadi tu biarkanlah ianya berlalu pergi. kita yang masih hidup ni kena teruskan hidup dengan tabah...", ucap natasha. "oh... pandai sungguh anak papa bagi nasihat pada papa, kan... apa apa pun papa gembira sebab tak lama lagi anak papa akan dapat melihat semula dunia ni...", ucap dato rashid seraya memelul anak gadisnya itu. "yelah pa... apa apa pun saya sayangkan papa...", ucap Natasha. Dia terus memeluk tubuh papanya dengan perasaan gembira sekali. "ya... papa pun sayangkan awak juga....", kata dato rashid sambil memeluk anak gadisnya itu. bertambah lebar senyuman yang terukir di bibir gadis itu. maklumlah tak lama lagi dia akan dapat sepasang mata yang baru untuk melihat dunia ini. Rasanya dia sudah tidak sabar lagi untuk menjalani pembedahan pemindahan organ mata tersebut. Keinginannya untuk melihat dunia semakin menjadi jadi. Sebenarnya sudah lama dia ingin melihat dunia ini.

Sejak dia mengalami kemalangan di jalanraya ketika dia berumur 13 tahun yang lalu dia tidak dapat melihat keindahan alam di sekelilingnya. Ini kerana serpihan cermin kaca depan kereta papanya hancur berderai lalu masuk ke dalam kedua belah matanya ketika mereka di timpa kemalangan di jalanraya beberapa tahun yang lalu. akibatnya dia mengalami kebutaan kerana kedua belah kornea matanya mengalami kecederaan yang serius akibat di masuki kaca cermin kereta papanya. Kata doktor isma yang merawatnya dia masih boleh melihat semula itu pun jikalau ada orang yang sanggup mendermakan mata untuk dirinya. Sudah lama Natasha menunggu panggilan dari doktor tersebut dan akhirnya dia kini di panggil untuk menjalani pembedahan pemindahan organ mata yang baru. Petang itu juga Natasha di beritahu oleh papanya yang dia akan di bawa ke hospital swasta untuk menjalani pembedahan pemindahan organ mata yang baru. Sebaik saja mereka sampai di sana dia pun di suruh berehat seketika di atas katil pesakit. ketika dia sedang berbaring di atas katil pesakit kedengaran sayup sayup perbualan di antara papanya dengan doktor isma. "doktor tolong lakukan pembedahan ni dengan sebaik mungkin. saya mahu anak saya dapat melihat dunia ni semula. gunakan saja organ mata yang baru di ambil tu. tentang kos perbelanjaan pembedahan ni saya akan tanggung sepenuhnya...", kata dato rashid. "baiklah...", balas doktor isma sepatah. dia pun mula melakukan pembedahan tersebut.

Setelah melalui tempoh yang agak lama akhirnya proses pembedahan pemindahan organ mata itu pun selesai. Natasha di suruh berehat di atas katil. Kata doktor isma balutan di mata Natasha akan di buka selepas 1 bulan. Natasha pun terpaksa tinggal di hospital tersebut kerana kesihatannya akan di pantau dari sehari ke sehari. Papanya selalu datang menjenguknya di hospital. Natasha terpaksa menunggu dan terus menunggu dengan sabar. Sedar tak sedar sebulan sudah pun berlalu. kini tiba masanya balutan di mata Natasha di bukakan oleh doktor isma. Perlahan lahan kain putih yang terbalut kemas di matanya di bukakan. "Natasha... cuba awak buka mata awak tu perlahan lahan...", kata doktor isma. Natasha pun mula membuka matanya. Ketika Natasha membuka matanya kelopak matanya terasa perit sedikit. Mungkin di sebabkan kelopak matanya sudah lama tertutup rapat kot sebab itu dia rasa perit ketika membuka matanya. Namun dia cuba menahan rasa perit itu. matanya kini terbuka luas. Pada mulanya dia hanya nampak samar samar wajah seseorang. Lama kelamaan wajah itu semakin lama semakin jelas di ruang matanya dan akhirnya dia dapat melihat wajah orang tersebut.

MATA (P13)Where stories live. Discover now