Author excited nk update awal😂 enjoy ehhh...
-----[Sehun p.o.v]
Hari ni aku pergi sekolah macam biasa. Sejak akhir-akhir ni aku dah jarang jemput Sowon pergi sekolah sekali kecuali waktu balik ajelah. Itupun lepas aku yang paksa.
Aku menuju ke kelasku. Dalam perjalanan ramai juga student-student junior tegur aku. Aku apa lagi, senyum jelah. Diorang tak tahu lagi aku tengah kapel dengan Sowon. Lagipula Sowon tu tak halang aku nak flirt dengan sesiapa pun sebab aku yang berkuasa atas dia.
K, poyo.
"Sehun oppa hensemlah,"
"oppa ambillah cookie yang saya buat ni,"
"notice me senpai!"
Banyak lagilah suara-suara yang aku dengar. Aku hanya tersenyum dan melangkah terus ke kelas. Aku nampak Kai lalu melambaikan tangan ke arahnya.
"Yo bro!" ucapku lalu shake hand dengannya. Dia membalas lepastu boleh pula 'bangkai' ni tampar bontot aku. terasa maruah aku begitu murah kat situ. Aku hanya menjeling geram. Kai pula tak habis-habis sengihnya.
"Kau pehal hah, bangkai?! Dah lama hidup?" soalku geram. Kai hanya bantai gelak. Mereng laki ni.
"Senior year kita dah nak habis wei. Lagi 3 bulan lebih je kita kat sekolah ni lepastu kita buat hal masing-masing." ujar Kai. Aku hanya mencebik.
"bulan depan pula kita ada end-year exam! erh!! aku benci exam." ucap Kai kembali. Aku pandang dia dengan bosan.
"Lah... lek ah, exam je kut. Kalau kau gagal pun kau still boleh kerja kat syarikat bapak kau." ujarku malas. Kai menjeling aku.
"kau cakap senanglah, bro. Aku tau la kau ni pelajar top sekolah walaupun perangai tak mengkhabarkan kebenarannya." balas Kai. Aku tersenyum sinis.
"Sehunnie!" panggil satu suara. Aku menepuk dahi.
Shit, perempuan tu lagi.
Aku terasa lenganku dipeluk erat oleh seseorang. Segera mataku memandang Daeun. Ya tuhan, kalau tak berdepek dengan aku satu hari memang tak sah kot hidup minah ni! Aku sedaya upaya menolak dia tetapi pegangan Daeun pada lenganku begitu kuat macam letak gam gajah.
"Yah! Lepaslah!" bentakku. Daeun menggeleng lepastu mengukirkan senyuman. Creepy pulak aku tengok dia senyum macam tu.
"Sehunnie, morning~" ucapnya lepastu blink-blinkan matanya.
Pikiaq comel ke apa?
My Sowon is more cuter(?) than you bij.
Rindu pula kat dia :3
"ya ya, morning. Dah boleh lepas?" soalku geram. Daeun melepaskan tangannya. Pergh, rasa tak bernyawa pula lengan aku ni.
"Kau ni perempuan. Memang tak makan saman betul dengan apa yang aku dah cakap sebelum ni." kata Kai tetiba. Aku pandang dia dengan wajah bingung. uh? Kai ada cakap dengan dia ka?
Daeun menjeling tajam ke arah Kai. Dia kemudiannya melayangkan senyumannya kepadaku. Aku mengangkat kening memandangnya dengan tangan yang dipeluk rapat ke dada.
YOU ARE READING
Devilish Love | OSH (COMPLETE!)
FanfictionApa salah aku sampai dia buat aku macam sampah? Aku benci dia. Benci sangat. Tapi kenapa dia kembali semula ketika aku sudah melupakan dia? Lebih parah lagi, hati aku mulai menerima kehadiran dia! Syaitan apa yang telah merasukku untuk jatuh kepadam...