Miss me?
----
Author P.O.V
Sebulan sudah berlalu sejak kejadian dia dijaga oleh Sehun. Sebulan juga dia tidak lagi bertemu dengan Sehun. Tentang khabarnya apatah lagi. Seoyun juga tidak habis-habis merungut kepadanya kerana tidak dapat menghubungi langsung ayahnya itu. Dia seperti biasa, abaikan selagi mampu. Namun jauh disudut hatinya dia tertanya, kemana hilangnya lelaki itu?
"Omma~" panggil Seoyun dengan meleret. Masuk kali ini sudah kali ke sepuluh si kecil itu memanggil ibunya yang bagaikan tidak endah langsung dengan panggilannya. Sowon buat pekak. Malas mahu layan si anak sebenarnya.
"Omma!"
"Nak apa, Oh Seoyun? Tak nampak ke omma tengah buat kerja ni?" tegurnya. Kepalanya menoleh memandang anaknya yang berdiri tidak jauh dengan tempatnya melakukan kerja. Seoyun menunduk menekur lantai saat dirinya ditegur si ibu dengan tegas.
"Kerja apanya kalau asyik menghadap laptop aje dari tadi." balas Seoyun perlahan. Walaupun perlahan, telingan Sowon dapat menangkapnya. Sowon memandang tajam anaknya.
"Apa Seoyun cakap?" soalnya pinta kepastian. Seoyun yang terkejut dengan pertanyaan ibu lantas meletakkan tangan dibelakang badan.
"Ma—mana ada." ucapnya gagap.
"Oh Seoyun. Omma tak ajar anak omma menipu. Now talk to me."
"Alah, omma kan kerja kafe uncle Jin aje kenapa nak buat kerja pakai laptop pula." ucap Seoyun. Sowon senyum.
"Memanglah. Omma ingat nak cari kerja baru. Kerja yang dapat banyak income daripada kerja yang omma ada sekarang." terangnya.
Ya, dia bercadang untuk mencari kerja baru. Bukannya kerjanya di kafe itu tidak mendatangkan income yang baik, malah Boss Jin membayarnya lebih dari kebiasaan bagi cashier di luar sana, tetapi dia ingin menukar angin. Dia mahu mencari pengalaman baru. Pengalaman bekerja yang boleh mematangkannya lagi.
"Urm, okay. Seoyun masuk bilik dulu. Main Ipad lagi best." ujar Seoyun lalu terus masuk kedalam bilik Sowon. Sowon hanya gelemg kecil lalu kembali dengan laptop miliknya.
"Kau tak payah kerjalah. Aku bukannya tak boleh tanggung kau." satu suara garau mencelah. Sowon memandang ke arah seorang lelaki yang baru keluar dari bilik tetamu. Dia menjeling lelaki itu.
"Aku tahu kau kaya. Tapi cukuplah selama ni kau dah tolong tanggung makan minum kami dan juga rumah ni. Aku dah banyak berhutang budi dengan kau selama tujuh tahun ni. Sekarang ni pula masanya untuk aku balas jasa kau." balas Sowon kepada Bogum. Bogum menarik kerusi bersebelahan Sowon. Kepalanya menyenget sedikit memandang skrin laptop milik Sowon. Matanya mengecil.
"Our Paradise Company? Kau nak kerja kat situ ke?" soalnya. Sowon angguk.
"Ada kerja kosong sebagai accountant kat situ. Kau tahu aku ada ijazah jurusan perakaunan kan? So, aku nak hantar resume aku dulu. Kalau ada rezeki, nanti mereka akan panggil untuk temu duga." kata Sowon. Bogum hanya jongket kening.
"Huh. Accountant aje pun. Banyak manalah sangat incomenya."
Sowon menjeling Bogum. Satu cubitan diberikan di perut lelaki itu. Bogum menyeringai sakit. Dia memandang tidak puas hati kepada Sowon. Sowon buat tidak endah.
"At least gaji kerja ni lagi tinggi dari gaji kerja aku yang sekarang."
"Suka hati kau lah. Aku tak nak masuk campur." balas Bogum. Tiba-tiba telefonnya bergetaran. Dia mengeluarkan Iphone dari kocek seluarnya. Saat terpandang skrin telefon, senyumannya melebar. Sowon yang dari tadi memerhati Bogum mula mengerutkan dahi. Wajahnya dijengulkan sedikit ke arah skrin telefon Bogum.
YOU ARE READING
Devilish Love | OSH (COMPLETE!)
FanfictionApa salah aku sampai dia buat aku macam sampah? Aku benci dia. Benci sangat. Tapi kenapa dia kembali semula ketika aku sudah melupakan dia? Lebih parah lagi, hati aku mulai menerima kehadiran dia! Syaitan apa yang telah merasukku untuk jatuh kepadam...