Part 54

1K 71 16
                                    

Erm, miss me? 😂

---

Sowon p.o.v

Aku mundar-mandir dihadapan pagar tadika. Hatiku resah. Sehingga sekarang Seoyun masih belum ditemui. Aku kerling jam tangan dipergelangan tanganku. Pukul 7 malam. Aku ketap bibir. Mataku turut melilau disekitar kawasan, manalah tahu Seoyun pulang berjalan kaki ke tadikanya semula.

Telefon dikeluarkan. Aku menaip mesej lalu dihantar kepada Bogum. Dua jam yang lepas, dia ada menelefoniku. Katanya mahu mencari Seoyun disekitar kawasan berdekatan dengan tadika dan juga Seoul. Sehingga sekarang berita daripadanya tidak sampai kepadaku. Aku berharap sangat yang Bogum dapat menemui satu-satunya puteri kesayanganku.

"Puan Baek..." panggil seseorang. Aku mengalihkan pandangan kepada orang itu. Dia cikgu yang mengajar di tadika Seoyun. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Cikgu Won.

"Saya minta maaf atas kecuaian saya dalam menjaga anak puan," ucapnya sambil menunduk. Aku hanya berikan dia senyuman tipis.

"Gwe—gwenchana. Masih belum 24 jam dia menghilang. Saya yakin dia tak jauh..." suaraku perlahankan. Aku... Tak yakin. Aku takut. Aku takut anak aku diapa-apakan.

Ikutkan hati aku nak je mengamuk maki semua dekat cikgu Won ni. Tapi lepas dengar penjelasannya, aku mula berfikir rasional. Salah aku juga sebenarnya. Aku yang tidak jujur pada mulanya.

"Sowon-ah!" satu suara garau memanggilku. Aku memandang hadapan. Bogum berlari anak kearahku. Wajahnya menunjukkan riak hampa. Aku cuba melihat belakangnya. Mana tahu anakku mengikutnya dari belakang namun sayang, tiada langsung bayang kanak-kanak dibelakangnya. Aku mula berubah riak.

"Mana Seoyun?" soalku. Aku tahu jawapannya nanti pasti akan membuatkan aku sakit hati tapi aku tetap menyoalnya. Dia menggeleng.

"Mianhae. Aku dah cari merata tempat tapi tetap tak jumpa jejak dia." balasnya. Aku terduduk. Air mata mula bergenang. Dia memegang bahuku. Cuba membuatkanku berdiri semula.

"Bogum-ah, jebal... Seoyun... Cari dia... She's alone out there. Aku tak tahu apa akan jadi dengan hidup aku kalau dia takde." ucapku lirih. Hatiku bagai disiat-siat dengan pisau. Sakit sangat.

Seoyunnie, neo eodiya? Omma musoweo...

"Let's not lose hope now. I know she's out there somewhere. Just pray for her safety." pujuk Bogum. Aku dah pun mengalirkan air mata.

Seketika kemudian, sebuah kereta ferrari kuning memarkir elok dihadapan tadika itu. Aku mula berdiri. Waris pelajarkah? Aku pandang cikgu Won.

"Ada lagi ke pelajar tadika yang belum pulang?" soalku. Cikgu Won pantas menggeleng.

"Eh, mana ada, puan. Semua pelajar dah balik sejak pukul 2 petang lagi. Mana ada pelajar yang stayback sampai waktu sekarang." balasnya. Aku kerutkan dahi.

"Dah tu, itu kereta waris siapa?"

"Entahlah, puan. Ni first time saya nampak kereta itu. Saya yang selalu jaga gate bila pelajar balik, jadi saya tahu kereta waris kepada siapa. Tapi... Kereta ni belum pernah lagi saya tengok..." ujarnya. Aku angguk.

Seketika kemudian, lampu kereta yang menyala mula terpadam. Seorang lelaki keluar. Mataku dikecilkan. Macam pernah nampak je tubuh tu. Orang itu ke seat sebelah lalu membuka pintu. Aku hanya memerhati. Lelaki itu mula mengangkat sekujur tubuh kecil yang sedar tidur. Mereka mula berjalan menghampiriku. Aku terkejut.

'Oh Sehun?!'

Dan baru aku perasan, dalam dukungannya ialah Seoyun! Anakku! Aku terus berlaru menerpanya dan terus mengambil Seoyun dalam dukungannya. Aku memeluk erat tubuh Seoyun. Seoyun ketika itu sudah sedar. Aku menangis kesyukuran. Aku pandang Sehun didepanku. Mataku membulat. Aku terjerit kecil. Satu situasi yang tidak aku sukai berlaku didepan mataku.

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Where stories live. Discover now