Part 39

1K 80 11
                                    

[Sowon p.o.v]

Aku melangkah lemah melepasi pagar sekolah. Dah tiga hari aku tak jejak sekolah setelah kejadian hitam di Itaewon berlaku. Balik dari Itaewon dengan Bogum haritu, teruk aku kena marah dengan appa. Tapi lepas tengok aku macam tak sihat, dia tak bebel panjang sangat. Bersyukur juga aku dapat seorang appa yang memahami walaupun garang.

"Wonnie!" satu suara memanggilku. Aku mendongak memandang hadapan. Seorang gadis berambut tocang dua bersama dendanan serta bertopi melambaikan tangannya kearahku. Dia berlari kecil menghampiriku lalu badanku didakapnya.

"Omaigad, bestie! Aku rindu kau bagai nak rak! Kau pergi mana tiga hari tak datang?" soalnya. Aku hanya tersenyum nipis.

"Jennie, aku tak pergi mana-mana pun. Just tak sihat sikit, tu je." balasku. Jennie hanya mengangguk faham.

"Kau dengan penyakit memang takleh berpisah, beb." ujarnya. Mataku mencerlungnya tajam apabila dia mengutarakan ayat itu. Geram.

"Kau ni! Kang aku ada penyakit teruk jangan nak menyesal simpati bagai kat aku pulak!" balasku kegeraman. Lantas lengannya yang terdedah aku cubit perlahan. Dia mengaduh sakit sambil menggosok tempat cubitanku mendarat.

"Alah, spoil la kau. Aku saje je. Janganlah ambil hati eh? Kita kan bestie..." aku hanya menahan senyum melihat kesungguhan Jennie dalam memujukku. Seganas-ganas dia pun, bab memujuk dia memang pandai! Untunglah siapa jadi bf dia nanti.

Aku berjalan beriringan sekali dengannya. Dah memang kami satu kelas, takkan masing-masing nak ambil jalan lain kan? Sengaja kami melambatkan perjalanan ke kelas memandangkan Jennie tidak sabar untuk berceritakan gosip-gosip terkini selama tiga hari aku tak datang. Aku hanya melayan saja.

"Banyaknya gosip kau," ujarku setelah dia selesai bercerita akan gosip mengenai Cikgu Yoongi ada affair dengan makcik kantin. Jangan tanya kenapa makcik kantin, sebab aku pun tak tahu.

"Aisy, mestilah! Walaupun aku boyish sikit but bab gosip ni aku suka! Kau tau kan cita-cita aku nak jadi wartawan majalah hiburan, kan?" balas Jennie. Aku mengangguk.

"Ah! Lupa nak bagitahu. Selama tiga hari kau takde, sekali pun aku nampak batang hidung Sehun sunbae. Kalau tak dialah orang first yang terpacak kat kelas kita tanya pasal kau. And, kalau dia datang pun mesti dah lama aku tanya dia kenapa kau tak datang sekolah." kata Jennie.

Aku terkedu sebentar sehingga kakiku turut sama berhenti. Jennie yang terlajak sikit dari aku terus mengalih ke belakang memandangku. Dahinya berkerut.

"Kau apesal?" soalnya. Aku memandang bawah. Bergetar bibir aku untuk bersuara.

"D-dia... Tak datang...?" soalku gugup. Dalam kepala aku terfikir. Kenapa dia tak datang? Sebab aku ke?

Aii... Celah mana dia tak datang sebab aku. Memang taklah.

Jennie mengangguk sejenak sebelum kening kirinya terangkat. Dia memeluk tubuh. Cap dikepalanya diterbalikkan.

"Kenapa terkejut? Kau bukan dah tau ke? Tapi kan, bila difikirkan balik, korang ni sweet la. Sama-sama ambil cuti. Eii... Teringinnya~" komennya. Aku rasa macam nak pelekung je kepala minah ni. Ada ke patut kata sweet? Kat celah mana sweetnya pun aku tak tahu.

"Dah memang aku tak tahu, nak buat macam mana?" Jennie hanya menayangkan wajah annoyingnya. Hurm, kesah pulak aku.

"Ah, dah la. Kelas dah nak mula ni. Baik kita cepat." ujarku sebelum mengheret Jennie ke kelas dengan segera.

-----

Sekarang waktu rehat. Jennie dah lama blah selepas tolong Cikgu Kim hantar buku-buku nota budak kelas aku ke bilik guru. Aku disini, dalam kelas. Aku sebenarnya takde selera pun nak makan. Jadi aku malas nak menemannya ke kantin.

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Where stories live. Discover now