Sowon p.o.v
Mataku buka perlahan-lahan. Silau cahaya mula menembusi kornea mataku. Aku mengambil masa sedikit menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingku. Setelah dapat melihat dengan baik, aku memerhati segenap ruang putih yang aku duduki. Dahiku berkerut.
'Aku kat mana ni?' soalku dalam hati.
Terus aku melihat keadaanku yang berbalut selimut tebal dan ditangan kiriku terdapat jarum yang menghubungkan wayar air tambahan ke dalam badanku.
'Aku kat hospital ke?' persoalan masih lagi berlegar dikepalaku. Tiba-tiba saja pintu bilik terbuka. Terjengul wajah Bogum yang sedikit terkejut. Mungkin tak sangka aku akan sedar.
"Sowon-ah, kau dah sedar." ucapnya lalu menghampiriku. Dia melabuhkan duduk di sebuah kerusi di sebelah katilku.
"I need to call the doc-" belum sempat dia menghabiskan kata, aku meletakkan jari telunjukku pada bibirnya. Mengisyaratkan supaya dia diam.
"Just shut up. Kepala aku masih pening." ujarku. Dia mengangguk faham.
"Macam mana aku boleh ada kat sini?" soalku padanya setelah beberapa minit mendiamkan diri. Bogum mengetap bibir.
"Erm... Kau pengsan time ambil kau dari sekolah. Sebab risau sangat aku hantarlah ke sini." ucapnya jujur. Aku mengangguk.
"Aku... Sakit apa? Adakah ianya ada kena mengena dengan pening kepala serta rasa mual aku sebelum ni?" soalku. Entah kenapa jantungku berdebar. Bagaimana kalau aku didiagnosis dengan penyakit yang merbahaya?! Oh, tidak!
Bogum mengurut perlahan belakang lehernya. Dia menunduk sebelum mencapai tanganku. Aku ingin menepis tetapi dia memegang dengan kejap. Aku hanya biarkan. Dia mendongak memandangku. Mata tajam menembusi mataku. Mata kami bertatapan sebentar.
"Kau ingat tak aku pernah cakap yang aku akan bertanggungjawab kat kau atas segalanya, kan?" katanya. Aku mengangguk. Jantungku berdegup laju. Penyakit aku teruk sangat ke?
"Ke-kenapa?" soalku gagap. Dia mengeluh berat.
"Kau..." aku menanti ayat seterusnya yang bakal keluar dari mulutnya. Berdebar aku jadinya.
"Kau... Pregnant... Dah sebulan..." katanya perlahan. Aku mengangguk lantas mengeluh lega.
"Ah, pregnant aje ke ingat kan- HUH? WHAT?!!" aku menjerkahnya. Terkejut. Mataku membuntang memandangnya. Spontan tanganku memegang perutku yang kempis. Air mata tiba-tiba bergenang di tubir mata.
"K-kau tipu, Bogum..." nafiku. Duniaku terasa gelap gelita mendengar berita itu. Air mata mula jatuh ke pipi. Hiba pula rasa.
Bogum melihat keadaanku terus berdiri dan memelukku erat. Aku menyembamkan wajahku pada dadanya. Sungguh aku perlukan seseorang sebagai sokongan kepadaku sekarang ini. Bahuku bergelatar melempiaskan rasa sedih. Dia mengusap lembut rambutku bersama bunyi 'shuu' keluar dari bibirnya. Dia cuba menenangkanku.
"Uljima, uljima... Mianhae, mianhae... Please stop.."pujuknya. Setelah reda sedikit aku memeluk lutut diatas katil. Aku mula memikirkan nasibku.
Umurku baru saja 18 tahun dan baru saja selesai ujian akhir tahun beberapa jam yang lepas. Dengan penuh harapan aku ingin ke universiti yang terkenal, tetapi... Sekarang, aku disahkan berbadan dua. Dan aku tahu siapa ayahnya. Duniaku serta merta gelap. Impianku semuanya musnah berkecai. Kerana lelaki pengecut itu aku begini.
Aku benci dia. Sangat benci.
"Kau okey?" soal Bogum. Aku mengangguk lemah.
"Bogum-ah... Macam mana ni? How'll I face my parents when they know about this 'thing' in my wound?" soalku penuh emosi pada Bogum. Bogum menggelengkan kepalanya.
YOU ARE READING
Devilish Love | OSH (COMPLETE!)
FanfictionApa salah aku sampai dia buat aku macam sampah? Aku benci dia. Benci sangat. Tapi kenapa dia kembali semula ketika aku sudah melupakan dia? Lebih parah lagi, hati aku mulai menerima kehadiran dia! Syaitan apa yang telah merasukku untuk jatuh kepadam...