Part 22

1.2K 91 5
                                    

[Sehun p.o.v]

"awak okey tak?" soal Sowon. Tangannya rajin menggosok belakangku. Almaklumlah aku tengah mengeluarkan segala isi perut melalui mulut.

Aku kerling Sowon dari hujung mata. Seriously? Boleh dia tanya aku okey ke tak? Buta ke apa?

"Tak, aku OKEY sangat" ujarku dengan perlian. Serius aku benci naik permainan macam tu. Apa-apa je permainan yang laju dan bergerak dalam bulatan memang aku paling tak suka. Kalau boleh, aku nak je sama pencipta permainan bahaya macam tu.

Ok aku mengaku.

Aku takut.

Sikit jelah..

Yeke?

No comment..

Aku berdiri tegak selepas selesai urusanku. Tapi aku tahu wajah aku still pucat lagi. Sowon aku pandang sekejap kemudian aku berlalu pergi mencari bench untuk duduk. Langkahku lemah. Tunggu masa nak buat drama sebabak jatuh terkulai je.

Tiba-tiba terasa lenganku dipegang seseorang. Siapa lagi kalau bukan Sowon? Aku hanya biarkan. Sekarang ni aku hanya fikir nak duduk berehat je. Lantaklah kat dia, malas nak ambil tahu.

Sowon bawa aku ke sebuah bench yang tidak jauh dari situ. Aku melabuhkan duduk. Kepalaku disandarkan pada bench itu. Mataku dipejam rapat, menghilangkan rasa pening yang masih berbaki. Kemudian aku rasa seperti dahiku diurut lembut oleh sepasang jari. Mataku dibuka sikit.

Urm, Sowon?

Jelas di wajahnya ada riak kerisauan. Risau juga dia kat aku. Entah kenapa perbuatan dia buat jantung aku berdegup laju. Aisy, hati! Kawal!!

"awak dah okey ke? Nak apa² tak?" soalnya prihatin. Aku mengangguk kecil. Dahaga pula.

"Nak air," ucapku lemah. Sowon mengangguk. Terasa beban di ruang sebelahku ringan. Rasanya dia dah pergi.

Baru je mataku nak tutup sekejap, dia dah datang bersama sebotol air mineral dan sebatang straw. Penutup botol itu dibukanya lalu straw tadi disumbat kedalam botol itu. Botol air itu disuakan kepadaku. Aku mengambil lalu menghisap air itu sepuasnya.

Puas minum, aku suakan kembali botol itu kepada Sowon. Sowon mencapai tanpa bantahan. Dia pandang aku lagi.

"Awak, kita balik ajelah. Muka awak pucat lagi tu." ucapnya. Sejujurnya aku taknak balik lagi sebab aku bersusah payah cari alasan untuk keluar daripada appa semata-mata nak jumpa dia. Aku tak boleh sia-siakan aje peluang ni. Aku geleng perlahan.

"Tak, aku tak nak balik lagi. Dah, jom main lagi." kataku. Aku gagahkan diri untuk bangun. Sowon capai pergelangan tanganku. Aku pandangnya dengan kerutan di dahi.

"Tak payahlah paksa diri, awak tak sihat ni." aku tersenyum sinis. Aku menyentak tanganku dari dipegangnya.

"Setakat dua tiga game lagi takkan jadi masalah buat aku. Dah la, jom!" kataku dengan lagak. Aku berjalan menjauhinya.

Dia mengeluh. Kemudian dengan pantas dia mendekati aku. Kami teruskan bermain di situ tanpa kesahkan keadaan aku. Aku tak kesah korbankan diri aku kerana dia.

Wait, lain macam je tu...

--------

Lepas je aku hantar Sowon pulang, aku memecut kereta Mercedezku ke rumah omma. Dah menjadi satu kewajiban untuk aku pulang ke rumah omma dan appa bila hujung minggu. Lagi-lagi sejak hyung aku si Luhan tu balik sini. Dapat cuti sebulan lebih la kan.

Keretaku selamat terpakir di garaj rumah. Aku menapak masuk. Terdengar alunan piano dan gitar bersatu dengan perlahan dari tingkat atas. Tanpa membuang masa ku mengdaki tangga ke arah bunyi tersebut.

Sesampainya di tingkat dua, aku nampak sebuah bilik di hujung koridor tengah menyala terang. Aku mempercepatkan langkah lagi bila dengar alunan muzik itu semakin kuat. Kepalaku dijengulkan kedalam bilik itu. Terlihat ommaku sedang bermain piano manakala Luhan hyung tengah menyanyi sambil main gitar.

Tanpa memberi salam, aku masuk kedalam dengan wajah poker sambil menyeluk saku. Jujurlah, suara hyung aku ni sedap jugak. Tu yang ramai perempuan cair dengan dia. Selesai je Luhan hyung menyanyi, aku terus memberikan tepukan gemuruh. Bangga siot.

Luhan hyung dan omma macam terkejut dengan kehadiranku. Mereka memandangku dengan pandangan tak percaya. Aku hanya tersengih kambing. Segera aku duduk di sebuah sofa yang terdapat di dalam bilik itu menghadap Luhan hyung.

"Hunnie bila balik?" soal Luhan hyung. Aku hanya mengangkat kening  tanda aku baru je balik. Luhan hyung mengagguk faham.

"Hyung nyanyi lagu apa tadi? Tak pernah dengar pun." soalku. Luhan hyung hanya tersenyum.

"Owh, memanglah Hun tak pernah dengar, tu lagu cina. Lagu ciptaan hyung sendiri. Tajuknya 'Our Tomorrow'." ucapnya. Aku angguk perlahan.

"Pandai pulak hyung gubah lagu eh? Siap tulis sendiri lagu." pujiku. Aku nampak Luhan hyung dah kembang kempis hidung dia bila dipuji.

"Hahaha. I'm major in Music, remember?" katanya. Aku mencebik kecil. Pandanganku dikalih memandang ommaku yang setia mendengar perbualan kami di kerusi piano tu.

"Omma~" panggilku dengan meleret. Hehe, mood nak bermanja dah on.

"Ni buat gaya macam tu mesti nak mintak something la tu." sampuk Luhan. Aku menjeling hyung aku yang sorang tu. Aih, sibuklah dia!

"Nak apa sayang?" soal omma dengan lembut.

"Can you sing me a lullaby?" soalku dengan penuh manja. Siap kerdip-kerdipkan lagi mata aku yang gojes ni. Comel apa? Tak eh? Abaikan.

"Hoi, besar galah dah nak omma nyanyikan lullaby. Kalau baby lagi tak pelah. Ni tak," kritik Luhan. Sejurus itu aku baling bantal kusyen ke wajah tampan Luhan hyung. Ei, annoying betul dapat abang macam ni. Luhan rela je kena baling bantal tu dengan aku. Hek eleh, bajet patient konon.

"Just shut the fish up, hyung." kataku dengan suara mendatar. I am really pissed off right now. Aku dengar omma gelak kecil. Bahagia latu tengok anak-anak dia gaduh² manja.

"Aigoo... Uri adeul-ya... Macam² lah korang berdua ni. Dah, duduk elok² atas couch tu. Omma akan nyanyikan lullaby." sebaik je omma kata macam tu, Luhan hyung terus lompat atas sofa tu dan duduk disebelah aku. Rapat gila kut. Siap peluk lengan aku lagi. Pehal doe?

"Omma, omma! Omma nyanyi twinkle twinkle little star tau?" pinta Luhan. Siap dengan muka suci dia bagi kat omma.

Aku jeling je Luhan hyung dengan hujung mataku. Bajet manly lah. Sekarang siapa yang budak² ni? Aku mintak omma nyanyikan lullaby je ni dia sampai request lagu terus. Teruk punya perangai.

Luhan hyung pandang aku dengan muka innocent dia. Aku gulingkan mata ke atas. Erh, malas layan.

Omma menekan kekunci piano itu mengikut irama yang betul. Alunan lembut dari piano itu membuatkan aku terbuai, aku suka. Luhab hyung dah lentokkan kepalanya kat bahu aku, aku pula lentokkan kepalaku pada kepalanya. Macam sweet kapel gitu.

Perlahan-lahan mataku terkatup. Aku tidur, dengan senyuman kecil. Kenapa aku tersenyum? Sebab aku nampak Sowon dalam mimpi aku. Aku pun tak tahu kenapa aku termimpinkan dia. Tapi aku suka, sebab aku boleh tatap wajah innocentnya...

----

Wuuhh!! 1052 words😅 part terpanjang stkat ni 😂 enjoy~ sptutnya author ud awal lgi tpi skrg bru ada data tenet. Sorry~~

Thanks for 1.6k👏

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Where stories live. Discover now