Part 40

1K 77 2
                                    

Fast forward

Sowon p.o.v

Sebulan sudah berlalu, kini aku sedang menghadapi peperiksaan akhir tahun yang bakal menentukan aku layak atau tidak menjejakkan kakiku ke universiti. Peperiksaan ini agak lama. Sampai tiga minggu lamanya. Mana taknya kalau sehari satu atau dua subjek sahaja. Hmm...

Hari ni hari berakhirnya peperiksaan akhir tahun. Ada lagi satu subjek yang perlu aku hadap lepas tu aku horay sakan. Aku menelaah buku teks Matematik Tambahan di pondok yang tersedia di taman botani sekolah. Dahiku berkerut seribu. Mana taknya, aku tak faham satu apa pun!

'Aisy! Tak fahamlah persamaan kuadratik tak guna ni!' bebelku di dalam hati. Mahu saja aku lempar bulu teks tersebut ke dalam longkang. Aku dengan matematik sudah la tidak sebulu. Inikan pula addmath! Memang taklah nak fahamnya!

"Macam mana la aku boleh ambil subjek ni masa mula-mula masuk menengah atas, huh?" ngomelku sendirian.

Segala kertas yang diconteng dengan pengiraan matematik yang berselerakan di atas lantai kayu pondok itu aku kutip lalu ronyokkan menjadi bola. Lantas aku melemparkannya ke dalam tong sampah di sebelah pondok tersebut. Tak nak tengok dah. Buat sakit hati dan kepala je.

"Kalaulah dia ada..." sebutku perlahan.

Kepalaku didongakkan memandang langit. Entah mengapa bayangan wajah seseorang yang sudah lama inginku padam muncul di dada langit. Serta-merta dadaku menjadi sempit dan air mata bergenang di tubir mata. Mengapa aku begitu emotional?

"Sowon-sshi!" satu suara memanggilku.

Aku kenal suara itu. Lantas aku kalihkan kepala memandang si pemilik suara tersebut. Aku tersenyum sedikit. Dia menghampiriku.

"Kai sunbaenim," panggilku.

Kai melabuhkan duduk disebelahku. Senyuman seksinya dilemparkan kepadaku. Aku lihat di tangannya terdapat beberapa buku berkaitan addmath serta kalkulator. Aku agak dia mahu studi di sini.

"Apa sunbae buat kat sini?" soalku. Dia tersenyum lagi.

"Ah, nantikan subjek addmath. Last paper pulak tu. Saya nak studilah. Nak masuk universiti juga. Takkan la nak repeat again. Cukuplah saya dah repeat tahun ni. Nanti tak pasal-pasal omma saya bising kalau exam tahun ni pun gagal." balasnya. Aku mengangguk.

Sejak hari aku tahu Sehun tiada disekolah ini, Kai dan aku menjadi rapat. Nak kata aku ada perasaan padanya, sudah tentulah tidak. Dia? Entahlah.

"Jadi sunbae nak studi kat sini ke?" soalku.

"Yela. Studi kat sini. Sekali dengan awak." balasnya.

Aku hanya memerhati. Dia membuka semua buku rujukan berkaitan addmath dan mula menulis soalan yang berkaitan. Sesekali dia menekan-nekan kalkulatornya. Kagum sebentar aku melihatnya bersungguh-sungguh mencari jawapan.

"Yes!!" dia terjerit keriangan. Siap angkat tangan ke udara lagi. Pasti jawapannya betul ni.

"Wow!" terkejut aku melihat deretan pengiraan yang ditulis olehnya pada kertas ranjang.

"Aigoo~ ni yang semangat nak studi ni!" ujarnya lagi dengan sengihan melebar. Aku turut tersenyum.

"Kai sunbaenim, ajar saya jusaeyeo~" pintaku. Dia mengangguk laju. Kami sama-sama tertawa senang.

----

4.35 petang. Ada masa lagi 5 minit sebelum masa menjawab tamat. Aku menumpukan pada soalan terakhir. Entah kenapa sejak sepuluh minit yang lepas lagi kepalaku pusing dan aku terasa ingin muntah? Nasib baik sajala aku mampu lagi bertahan.

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Where stories live. Discover now