Sowon p.o.v
"Omma~ nak bubble tea~" renget anak perempuan kesayanganku, Oh Seoyun❤
Aku yang ketika itu baru saja selesai memarkirkan kereta memandangnya kejap sebelum mencubit geram pipi gebu miliknya. Dia merenget kecil selepas aku selesai 'mengkerjakan' pipinya itu. Dia memandangku tak puas hati sambil pipinya diusap lembut.
Ya tuhan, kenapa anak aku comel sangat ni?
Sudahlah kulit putih gebu, dipadankan pula dengan gaun merah jambu dan cekak telinga arnab. Ah! Genetik siapalah kamu ikut, sayang?
Siapa sangka, selepas aku disahkan hamil, dan dibuang keluarga, Bogum sanggup menjagaku sehinggalah anakku lahir walaupun kami tidak berkahwin. Bogumlah yang paling gembira sehingga semua pekakas bayi dia yang beli.
Termasuklah pendaftaran kewarganegaraan untuk anakku. Nama Seoyun dia yang pilih. Bila aku tanya kenapa dia tidak menjawab. Aku tak kisah malah bersyukur gila ada dia disisiku selama hampir 7 tahun ini.
Cuma satu saja, aku tak boleh terima dia letakkan nama keluarga anakku 'Oh' sedangkan kami sudah berbincang untuk meletakkan nama keluargaku, iaitu 'Baek' sebagai pengganti.
Sejak kejadian dulu, aku jadi anti dengan sesiapa saja yang surenamenya ialah 'Oh'. Dan aku tak boleh nafikan Seoyun lebih mirip dengan 'dia'.
"Omma! Dengar tak ni?" soal Seoyun kegeraman. Aku senyum melihat anakku. Kini umurnya sudah hampir mencecah 6 tahun. Aww... Dah besar dah dia~
"Dengarlah, sayang~ Seoyunnie turun dulu nanti omma follow, ok?" kataku. Terus Seoyun keluar dari kereta. Aku lihat dia berlari menuju ke kafe yang akan kami pergi sebentar lagi.
Aku mengeluh. Aisy, budak ni! Berapa kalilah nak tegur jangan lari? Nanti jatuh tahu pula nak cari omma dia. Bebelku dalam hati. Setelah mengunci kereta, aku melanglah ke arah kafe tersebut. Melalui dinding kaca kafe tersebut, aku lihat Seoyun menunduk dihadapan seorang lelaki.
Seoyun buat hal ke? Terdetik hatiku.
Seoyun bukan boleh buat main. Budak tu kalau dah datang perangai nakal dia, ya tuhan.... Nakal gila! Ikut perangai siapa pun tak tahulah! Nak kata ikut aku, omma selalu cerita aku ni budak baik je time kecik-kecik dulu.
Urm, rindu pula kat omma... How is she doing now? Is she fine? Hurmm...
"Yah! Seoyunnie! Kan omma dah kata jangan lari?!" kataku tegas.
Sengaja aku menayangkan wajah ala-ala mak tiri sambil mencekak pinggang. Seoyun memandangku lantas berlari mendapatkan aku. Kakiku dipeluknya erat. Aku menjongket kening.
"Mianhae~" meleret dan bersama sengihan dia lemparkan padaku. Aku mencubit perlahan pipinya tanda geram.
"Isy, janganlah buat macam tu lagi, nae? Risau omma~" kataku sambil memuncungkan mulut.
Dia tergelak kecil. Dan ketika itu baru aku perasan ada sepasang kaki di belakang tubuh Seoyun. Aku menundukkan badan untuk meminta maaf.
"Ah, maaf, encik-" saat mataku melihat wajah itu, aku terasa badanku kejung. Mataku terpaku melihat wajahnya. Jantungku tiba-tiba seperti berhenti.
Dia....
"O-Oh Se-Sehun..." dan tanpa sedar aku menyebut namanya.
Dia mengerutkan dahi sambil memerhatikan aku.
"Erm, do I know you?"
Krakk.
Dengar tak?
Hati aku tiba-tiba hancur.
Empat patah ayat yang keluar dari mulutnya berjaya membuatkan hatiku terluka kembali.
Setelah sekian lama menghilangkan diri, kini dia muncul kembali dihadapanku dan mengaku tidak mengenaliku.
Sandiwara apakah ini? Oh, sakitnya hanya tuhan saja yang tahu.
"Aw-awak tak kenal saya?" soalku dengan getaran. Dia menjongketkan kening.
"I'm supposed I'm not, sorry." ucapnya dengan senyuman kecil. Dan jawapannya membuatkan aku lebih terasa hati.
Aku tidak kisah jika dia membenci aku tetapi buat-buat tak kenal aku? Oh, itu sudah melebih.
"Yah! Oh Sehun! What are you taking so long, huh?" satu suara garau menyapa. Dia memanjangkan tengkuk ke belakangku lalu tersenyum. Dia kemudiannya melepasi kami tanpa berkata apa-apa pun.
"Sorry, bro. Something happen but it's okey. I can handle it." ucapnya lalu mereka berdua sama-sama keluar dari kafe itu. Aku sempat memandang lelaki yang bersamanya. Nampaknya lelaki itu juga memandangku.
Tapi Sehun, dia juga memandangku. Tapi, dengan wajah serba salah.
Aku keliru. Memang benarkah dia telah melupakan aku atau itu semua lakonan semata-mata? Aku terasa mataku panas dan dadaku tiba-tiba sempit. Ah, aku nak menangis.
"Omma?" panggil Seoyun. Aku kembali ke dunia nyata lalu menunduk memandangnya.
"Omma waegurae? Gwaenchana? You're crying." soalnya. Aku mencangkung agar sama paras dengannya.
"Aniya, omma tak nangis lah. Gwaenchana. Dah jom, kita makan kat tempat lain." kataku lalu menarik lembut tangannya.
"Omma kenal ke ahjusshi tu?" soalnya. Aku terdiam.
"Eh taklah. Omma silap orang. Tak kenal pun siapa ahjusshi tu." balasku. Tapi hatiku menidakkan apa yang mulutku berkata.
Kenal sangat. Dialah appa Seoyun...
"Tapi..."
"Dahlah, jom. Nak jumpa appa 'bubble gum' tak?" soalku cuba memancingnya. Seoyun tersenyum lebar apabila gelaran itu disebut.
"Nak!! Kaja, omma!" riang dia berkata lalu menarikku keluar dari kafe tersebut ke kereta kami.
Sebelum itu, sempat lagi aku menghantar pesanan ringkas kepada Bogum.
'Let's meet. I've something to tell you'
Send. Beberapa ketika mesejku dibalas.
'I'm coming,'
-----
Well urm yeah. Still pendek. Iknow. Btw selamat posa again~
Vote&comment💕
YOU ARE READING
Devilish Love | OSH (COMPLETE!)
FanfictionApa salah aku sampai dia buat aku macam sampah? Aku benci dia. Benci sangat. Tapi kenapa dia kembali semula ketika aku sudah melupakan dia? Lebih parah lagi, hati aku mulai menerima kehadiran dia! Syaitan apa yang telah merasukku untuk jatuh kepadam...