Part 67

1.2K 76 7
                                    

Sehun p.o.v



Hari ni merupakan hari kedua aku dah sedar dari koma. Aku dah semakin sihat. Doktor pun ada kata mungkin aku akan discharge awal. Aku tak sabar menunggu hari itu. Bolehlah aku luangkan masa lebih lama dengan Sowon, dan anak kami.

"Appa!" satu suara menerjah septor pendengaranku. Aku tersenyum melihat seorang kanak-kanak perempuan yang tersenyum riang berlari kearah katil yang menempatkan aku. Aku mendepakan tangan dan kanak-kanak itu terus memelukku erat.

"Aigoo, baby girl appa dah balik, ya? How school?" soalku kepada Seoyun, anakku dan Sowon.

Dia memuncungkan mulut. Ah, ada something wrong lah ni? Tak best ke sekolah? Eh, soalan mengarut apa yang kau tanya ni Oh Sehun? Kalau tanya orang lain pun mestilah jawapan dia tak.

"Dia kena denda hari ni sebab gaduh dengan kawan. Tu yang memuncung habis mulut tu." satu suara menyampuk. Aku dan Seoyun masing-masing memandang pintu wad aku. Sowon masuk bersama seplastik buah. Aku tersenyum melihat kelibat Sowon.

Ah~ rindu aku terubat~

"Eomma! Seoyun tak gaduh pun lah! Diorang yang start dulu." Seoyun mempertahankan diri. Aku tergelak kecil.

"Yelah tu. Omma dengar kamu curi anak patung kawan kamu tu lepastu tak nak pulangkan balik." balas Sowon sambil mencekak pinggang. Matanya terjegil melihat Seoyun. Aku menahan tawa.

"Appa~" renget Seoyun. Aku memeluk Seoyun erat.

"Okey, okey. Stop it. Sini main dengan appa. Tak payah main dengan omma." kataku lalu menyuakan Ipadku kepadanya. Seoyun sudahpun mengulum senyum. Sukalah tu—

"Sukalah tu appa dia back up." ucap Sowon. Eh? Aku baru aje nak sebut ayat tu. Dia ada kuasa psikik ke apa?

"She's my baby. Of course la saya kena back up." balasku. Sowon dan ketap bibir. Geramlah tu.

"Manjakan sangat anak tu." katanya. Aku senyum. Merajuk ke? Aku panggilnya kemari. Dia mulanya tak mahu tetapi setelah aku beri isyarat mata, dia akhirnya mengalah dan menghampiriku.

"Hey, senyumlah sikit." pujukku. Tangannya aku capai llu digenggam lembut. Dia tersenyum kecil. Aku turut tersenyum.

"Macam ni lah my girl." ucapku. Dia tersengih lebar lalu melabuhkan duduk di atas kerusi yang disediakan. Dia membuka plastik dan mengambil sebiji epal lalu dikupas kulitnya.

"Appa~ game ni susahlah~" renget Seoyun. Aku mengalihkan perhatian kepada Seoyun. Lah, patutlah budak ni macam frust aje dari tadi. Dia main Mobile Legend memanglah susah. Alahai.

"Apa main game orang tua ni? Memanglah susah. Sini appa ajarkan." aku mengajar Seoyun bermain game tempur itu. Sedang ralit bermain, aku tidak sedar pintu ward aku dibuka dari luar.

"Nae adeul," aku macam kenal suara tu. Aku angkat kepala. Mataku membulat. Eom—eomma?!

"Eomma?!" panggilku. Sowon turut memandang pintu. Melihat kelibat ibuku, dia terus bangun dari duduk.

"Adeu— who is she?" soal omma pada Sowon. Aku ketap bibir. Aku nak jawab apa?

"A—anneyeonghasaeyeo, Baek Sowon imnida." ucap Sowon bersama tunduk hormat. Omma angguk kemudian matanya memanah kearahku. Eh, bukan. Pada Seoyun yang duduk diatasku.

"And that ki—"

"Appa! Seoyun dah berjaya! Look!" jerit Seoyun gembira. Aku hanya senyum kekok. Omma sudahpun mempamerkan riak terkejut. Kemudian matanya mencerlung tajam kearahku.

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Where stories live. Discover now