Part 45

1K 74 18
                                    

Author p.o.v

Sehun memandang ke arah pintu rumah. Wajahnya serta merta bertukar ceria. Senyumannya melebar saat tubuh seseorang yang dikenalinya menghampiri. Lantas dia mengangkat punggung dari sofa. Meraih orang itu dalam pelukannya.

"Eunnie~" panggilnya dengan manja seraya memeluk gadis itu. Daeun tersenyum lantas membalas pelukan lelaki itu.

"Hello Mr. Fiance. How are you?" soal Daeun selepas selesai berpelukan dengan Sehun. Sehun hanya tersenyum kecil lalu menarik Daeun ke set sofa disebelahnya.

"Fine like always. Lagi-lagi bila you ada dengan I." ucap Sehun. Satu ciuman ringkas diberikan di pipi Daeun. Daeun senyum suka.

"Apalah you ni." dengan manja Daeun memukul lengan Sehun.

"Pabila anak muda bercinta. Euu.. Geli siot." sampuk Luhan yang berada dibelakang mereka. Sehun yang mendengar kritikan abangnya lantas memberikan jelingan maut kepadanya. Luhan hanya menjongket kening. Huh, ingat dia takut ke?

"Suka hati oranglah. Jeles bagitau. Tula, umur macam hyung ni dah sepatutnya ada bini jaga. Takdelah tak tentu arah macam ni. Sikit-sikit kacau life orang." balas Sehun pedas. Luhan mengetap bibir. Geram.

Bukan dia tidak mahu berkahwin tapi masih belum menjumpai yang sesuai. Walaupun umurnya sudah menjangkau 30-an, dia lebih suka menghabiskan masa dengan kerjanya berbanding mencari suri hati.

"Halah kau. Kepoh ah. Daripada hyung kahwin guna omma appa baik hyung guna duit sendiri time kahwin nanti." balas Luhan lalu melangkah ke dapur. Sehun? Sentap dalam diam.

"Ah, Daeun-ssi. Nak minum apa-apa tak?" soal Luhan. Daeun menggeleng.

"Aniyo, oppa. Takpe, Daeun datang kejap je." balas Daeun. Luhan hanya mengangguk.

"Lulu hyung~!! Nak expresso~" pinta Sehun. Luhan memandang bosan pada adiknya.

"Kau baru je telan ubat. Jangan berangan hyung nak bancuh kopi kat kau. Dah la tak reti minum kopi ada hati nak jugak." balas Luhan. Lebih kepada mengutuk sebenarnya.

Sehun mendengus. Ingin saja dia bangun dan mendapatkan abangnya yang bermulut longkang itu. Harap muka je macam angel tapi mulut? Puih! Puaka habis!

"Dah la you. Luhan oppa tu gurau aje." Daeun menenangkan Sehun. Sehub lantas melihat wajah Daeun. Dia tersenyum.

"Nasib baik ada you, kalau tak maybe dah mendiang kut hyung I tu." balas Sehun lalu mencuit lembut hidung Daeun. Daeun hanya tergelak kecil.

"You, esok free tak?" soal Sehun. Daeun menjongket kening.

"Free. Kenapa?"

"Date jom?" Daeun ketawa senang. Lembut bahu Sehun ditamparnya.

"Hmm, boleh. Tapi lepas I habis photoshoots la. You nak pergi mana?" soalnya. Sehun terdiam sebentar.

"I... Nak ingat balik macam mana kita first time jumpa. How 'bout, kita pergi sekolah lama kita?" cadang Sehun. Giliran Daeun pula terdiam. Agak lama sehingga membuatkan Sehun berkerut.

"Sayang?" panggil Sehun. Daeun tersentak.

"Hah? Sekolah lama? Erm, okeylah. You ambilkan I okey?" kata Daeun lalu bangun.

"You, I nak kena balik. You tahulah macam mana omma I tu. Selagi I tak balik awal she'll bebel sampai ke pagi." ucap Daeun sambil berlalu ke arah pintu utama. Sehun mengikuti jejak tunangnya. Dia berdiri sambil bersandar pada pintu. Tangannya memeluk tubuh.

Devilish Love | OSH (COMPLETE!) Where stories live. Discover now