"Apa yang awak cuba lakukan ni,"
"Maaf doktor," Kata Eddy perlahan. Dalam hatinya hanya merungut dan memarahi diri sendiri yang membuat keputusan melulu dan hampir membahayakan nyawa pesakit.
"Lagi sekali awak cuba buat keputusan tanpa pandangan orang lain, saya tak akan teragak-agak nak hukum awak,"
"I'm sorry doc, It was my fault,". Kata Eddy mengharapkan kasihan doktor seniornya itu.
"I want you to send the report this evening, on my desk!" Tekan suara Doktor Ryan kepada doktor intern yang baru melaporkan diri pada jabatan ortopedik dua hari lalu itu.
Terlihat Doktor Ryan bergegas masuk ke biliknya. Kot putih yang terletak elok di badan sasa doktor Ryan dengan tinggi 180cm sesekali terbang ke belakang ditolak angin kerana Doktor Ryan berjalan laju. Sesiapa yang melihatnya pasti terasa sedang melihat adegan di dalam filem. Ditambah pula dengan wajah kacak Doktor Ryan yang usianya berada di pertengahan 30an. Gaya rambut undercut nya disikat rapi menunjukkan gaya yang ringkas tetapi amat sofistikated.
Selepas memastikan kelibat Doktor Ryan hilang dari pandangan, Eddy menghembus nafas lega dan terus dikelilingi rakan intern yang lain yang menyampaikan rasa simpati dan sibuk mengambil tahu.
"Woahhh, nasib aku tak kena marah teruk. Cuak jugak aku tadi," kata Eddy kepada rakan-rakannya.
"Tu la engkau, lain kali jangan buat pandai, ni pasal nyawa orang bukan nyawa nyamuk ke tikus albino ke yang boleh dibunuh dan dijadikan eksperimen sesuka hati," balas Doktor Sha.
"Amboih, tau la aku salah tak payah la nak berpidato kat sini, lepasni aku tak buat dah, sorry guys," kata Eddy sambil bergerak ke tempat duduknya untuk menyiapkan report tentang pesakit yang patah tulang rusuk akibat kemalangan.
Setelah menghantar report, Eddy bergegas pulang ke rumah tidak mahu membazirkan masa terluang nya yang bukan mudah untuk datang sebagai seorang intern di Hospital Orkid .
BUBBLE LAUNDRY,
"Eva, lepas dah gosok semua baju ni, masukkan dalam garment cover lepastu terus hantar dekat doktor doktor kat atas. Diorang semua sibuk dan perlu pakaian segera," pesan Puan Lilly.
"Baik bos!" Balas Eva semangat memandangkan hari ini hari pertama dia bekerja di kedai dobi di tingkat bawah Hospital Orkid.
Selepas Puan Lili berlalu pergi, Eva memulakan kerjanya.
"Wow, ni mesti baju-baju mahal ni, baju doktor lah katakan. Sambil dia menggosok sesekali dia memandang jenama di kolar baju baju tersebut. Dolce and Gabbana la Paul Smith la Zara la macam macam lagi jenama yang susah untuk disebut Eva.
"Bila agaknya aku mampu nak beli satu.. haih," Keluh Eva sambil menggosok berhati-hati.
"Ni kalau terbako, tak cukup gaji dua bulan nak bayar. Mintak simpanglah," kata Eva lagi.
Tiba-tiba,
"Kakak!" terdengar jeritan dari luar pintu dobi.
"Eh, Eddy kau nak apa ni," kata Eva
"Kakak tak nak balik ke dah pukul 6 petang ni, Eddy nak balik dah ni,"
"Kau balik lah dulu, kakak sibuk ni ntah pukul berapa baru boleh habis" kata Eva kepada satu-satunya adik lelakinya.
"Ok, Eddy balik dulu. Nah basuh ni sekali, hehe," kata Eddy sambil membaling kot putih nya kepada kakak kesayanganya itu. dan berlalu pergi menuju ke perhentian bas dihadapan hospital.
"Ei budak ni sekali aku lesing sampai rumah terus!" jerit Eva tetapi tangannya masih mengambil kot adiknya itu untuk dicuci.
"Ok dah siap semua," setelah solat maghrib, Eva menyambung kerjanya hingga lah jam hampir menunjukkan pukul 9. "Apalah nasib, first day kerja dah kena buli," rungut Eva dalam hati.
Eva naik ke atas menghantar cucian kepada tuannya mengikut maklumat yang diberikan Puan Lilly.
"Tinggal satu je lagi lepasni boleh balik!" Kata Eva perlahan
"Sebelum tu.... minum kopi dulu lah, acah-acah ambik feel penat kerja," sambil bergerak menuju ke deretan vending machine yang tersusun banyak di dinding hospital.
Jam menunjukkan 9.45 malam, Eva memegang cawan kopinya di tangan kanan dan sehelai baju kemeja di tangan kiri. Suasana seperti terdiam seketika. Terdengar jarum jam berbunyi setiap detik. Angin dingin tiba tiba datang meniup. Suasana kelam di sekeliling Eva, terdengar bunyi cicak, cetcetcetcet. Eva berasa tidak sedap hati, ditoleh ke belakang, Kelihatan tanda 'Bilik Mayat' di pintu betul betul tempat Eva berdiri.
"Makkk hantuuu... "Jerit Eva dan berlari selaju mungkin.
BAMMM!! Bedebuk bunyinya.
"Adoihh sakitnya bontot," Eva terjatuh kerana melanggar sesuatu
"Macam mana boleh langgar, rasanya ni jalan straight aja mana ada dinding, entah entah, aku langgar..." kata Eva sambil tidak berani memandang ke hadapan.
"Cik tak apa apa ke?" terdengar suara garau bertanya. Owh manusia rupanya.
Eva melihat kehadapan.. "Maaf encik, saya, saya.." kata Eva gagap kerana terlalu malu untuk menceritakan perkara yang berlaku tadi.
"Alamak!" Jerit Eva lagi.. dihadapannya, baju kemeja pelanggannya telah disaluti warna coklat pekat kopi tadi.
"Otokaeeeee!"
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
My Doctor Ke My Gangster
RomanceBila seorang pakar ortopedik mempunyai housemate ketua gengster.. Eva sering mengganggu Doktor Ryan dan membuatkan hidup Ryan sentiasa penuh dengan insiden-insiden yang tidak digemarinya. Joe pula, ketua gengster sudah jatuh hati pada Eva sejak pert...