Ryan dan Joe menikmati makan tengah hari mereka sambil berborak-borak. Begitulah cara dua orang lelaki bujang menghabiskan hujung minggu mereka. Tiada perempuan untuk di ajak keluar.
Tiba-tiba Joe menanyakan satu soalan sensitif tanpa dia sedari itu soalan sensitif.
"Your parents ada kat mana sekarang?" tanya Joe hanya untuk mengenali lebih lanjut lelaki di hadapnnya.
Ryan membisu seketika. Diam. Kemudian dia mula bercerita. "I was left at my Pak Long house since I was ten maybe i think." Kata Ryan perlahan. "Since then, i never saw them anymore,"
"Owh.. sorry about that," Joe mula serba salah.
"Nevermind, since that, I moved to Ireland with my Pak Long's family and we lived there. Lepas aku jadi doktor baru aku mintak balik Malaysia, dengan harapan maybe aku boleh jumpa my parents. What ever it is, aku sure diorang mesti ada solid reason untuk tinggalkan aku macam tu," terang Ryan tabah.
Setelah suasana menjadi kekok seketika, Doktor Ryan berkata lagi, "Enough about me, what about you? Sampai harini aku tak tau kau kerja apa,"
"Hahahaha.. hmm adalah, aku tolong ayah aku punya bisnes sikit-sikit. Kalau tak aku lepak-lepak ja,"
"Untunglah anak orang kaya. Bukan bisnes sikit-sikit kot,"
"Hahaha, sebenarnya kan... tak apa lah lain kalilah aku cerita,"
Pada ketika mereka sedang seronok mengenali diri masing-masing, Joe mendapat panggilan telefon. Riak mukanya terlihat sedikit marah. Ada kerutan di wajahnya. Pantas dia menghabiskan makanan dan terus mengambil kunci kereta. "Aku nak keluar dulu, ada hal,"
"Ya," Doktor Ryan membiarkan sahaja. Tidak mahu sibuk hal orang. "Balik kau basuh pinggan ok, aku dah masak!" jerit Ryan kuat supaya Joe yang sudah berada di pintu mendengarnya.
Gelagat dua anak bujang tua itu tidak ubah seperti suami isteri.
Doktor Ryan kemudian melihat telefon bimbit Joe yang terletak elok atas meja makan. "Itulah, kalut sangat,"
Tiba-tiba, telefon itu berbunyi. Bukan niat Ryan hendak sibuk tetapi tertera nama Eva pada skrin telefon.
"Eva?" Ryan tertanya-tanya adakah Eva yang dia kenal. Tidak dapat menahan rasa ingin tahu, dia menjawab panggilan itu.
"Hello," suara perempuan di hujung telefon
"Hello,"
"Encik Joe, kalau Encik Joe free, esok petang saya boleh hantarkan makanan untuk Encik Joe, special made by me, hehehe,"
Ryan sudah tidak keruan. Macam mana Joe boleh kenal Eva. Memanglah tak salahkan, tapi...
"Eva? Awak ke tu?"
"Eh," Eva yang hairan melihat nama yang tertera di telefonnya, betul lah dia menelefon Encik Joe.
"Ya saya Eva, Encik Joe dah tak kenal saya ka, baru tadi kita jumpa?"
"What?" terdengar Ryan seperti sedikit marah, jumpa? Kemudian Joe berlari laju menghempas pintu dengan kuat. Dia meluru ke biliknya, kemudian berlari ke arah Ryan yang masih tidak bergenjak dari meja makan. Gelagatnya sepertibtidak keruan mencari sesuatu. Sesuatu yang penting. Telefon bimbitnya.
Ryan pula hanya melihat sahaja Joe dari tadi. "Nah," Ryan terus menyerahkan telefon tadi kepada Joe berpura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku. Seperti tidak pernah menjawab panggilan Eva. Joe terus menyambar telefon dengan laju berlari keluar semula. Entah apa yang dia kejar atau dia yang dikejar. Laju semacam.
SEMENTARA ITU,
Eva yang hairan dengan Joe yang tiba-tiba tidak ingat akan janjinya untuk memasak untuknya. Bukan itu sahaja, panggilan juga tiba-tiba terputus. "Pelik-pelik betul lelaki ni," Eva terus menyambung drama koreanya di televisyen. Episode terakhir Reply 1988 itu lebih menarik minatnya.
YOU ARE READING
My Doctor Ke My Gangster
RomanceBila seorang pakar ortopedik mempunyai housemate ketua gengster.. Eva sering mengganggu Doktor Ryan dan membuatkan hidup Ryan sentiasa penuh dengan insiden-insiden yang tidak digemarinya. Joe pula, ketua gengster sudah jatuh hati pada Eva sejak pert...