14. Satay

2.7K 79 6
                                    

**part mimpi tu ad org lain yg gatal tangan nak tolong tuliskan

Dua orang lelaki yang berpakaian formal dengan kot dan seluar hitam sedang berdiri di sebelah sebuah kereta BMW hitam. Dua lelaki itu seperti menunggu sesorang di hadapan pintu masuk utama Hospital Orkid.

Joe yang baru keluar dari hospital turun ke tingkat bawah menunggu One, rakannya untuk mengambilnya. Namun begitu, dua orang lelaki yang berpakaian serba hitam tadi segera meluru mendapatkan Joe. Mereka memegang kedua-dua lengan Joe dan memaksa Joe masuk ke dalam kereta dengan segera.Dengan perasaan terkejut joe,joe melatah dan tersebut perkataan B*** opsss ,lalu keadaan berubah menjadi tegang.

Dalam keadaan yang tegang itu joe berfikir dengan akalnya yang spicit sahaja itu,namun dia tidak dapat meneka apa yang sedang terjadi,jadi Joe hanya berdiam diri di dalam kereta sepanjang perjalanan.

Joe dibawa ke sebuah tempat berhampiran bawah jambatan yang bercuaca gelap nampaknya mengejutkan Joe. Joe yang dalam keadaan gelisah mula melawan untuk melepaskan diri kerana bersangka perkara buruk akan terjadi.

Namun sangkaannya berubah apabila melihat ayahnya sedang berdiri tercegat disitu tanpa peneman.Perlahan lahan Joe keluar dari kereta dengan mulut ternganga lalu menuju ke ayahnya. 

"Ah! Apa yang berlaku?!"

" Aku bermimpi rupanya!"

Joe yang baru tersedar dari mimpi meraup mukanya. Entah pelik benar mimpinya itu. Tidak pernah dia menyangka ayahnya yang amat tidak menitik beratkan soal agama akan berkelakuan seperti itu. Dia melihat dirinya masih di atas katil hospital.

Terdengar bunyi pintu wad dibuka, ada dua orang lelaki berpakaian serba hitam persis mimpinya tadi. Mereka memberitahu Joe bahawa ayahnya, Datuk Johan sedang menantinya di rumah.

"Aku tak sihat lagi, masih perlukan rawatan. Arhh," kata Joe sambil berpura-pura mengerang kesakitan di siku kanannya yang berbalut.

"Sudahlah Encik Joe, kami semua tahu Encik Joe ni sengaja tak mahu pulang kerumah. Kami hanya mengikut arahan Datuk untuk bawa pulang Encik Joe," kata salah seorang dari dua lelaki tadi.

Mereka duduk di atas sofa di penjuru bilik sambil menanti Joe untuk menyalin pakaian dan bersedia untuk keluar. Joe yang sedang berkira-kira untuk melarikan diri membatalkan niatnya kerana dua lelaki tadi telah berdiri di hadapan pintu.

Joe yang tidak rela hanya mengikut dua orang orang suruhan ayahnya itu perlahan. Ketika di tingkat bawah, matanya melihat Eva yang baru hendak membuka kedai dobi.

"Eva!" jerit Joe dari jauh.

Eva menoleh apabila mendengar namanya dipanggil. Dia melihat wajah tidak rela Encik Joe.

"Encik Joe!" Eva berlari ke arahnya.

"Encik Joe dah sihat ke?"

"Dah, saya dah boleh balik walaupun ye lah, tangan saya ni masih tak berapa sihatkan," kata Joe sambil menjeling dua orang lelaki di hadapannya.

"Owh, kalau macam tu, nanti saya datang lawat Encik Joe, tolong apa-apa yang patut,"

"Eh, tak apa. Tak payah susah-susah, nanti kita jumpa ok. Bye," kata Joe sebelum dirinya seperti diseret dua lelaki berbadan tegap itu tadi.

Eva hanya tertawa kecil melihat Encik Joe sudah seperti kanak-kanak yang merajuk tidak mahu pulang selagi tidak dibelikan mainan.

..................

Ryan yang sedang bersenang-lenang pagi itu kerana bukan waktu kerjanya masih berbaring di atas katil. Tiba-tiba, dia mendapat panggilan daripada Tan Sri Ahmad.

My Doctor Ke My GangsterWhere stories live. Discover now