"Apa awak buat kat sini?" tanya Joe dengan nada yang tinggi. Terkejut beruk dia melihat gadis itu di rumahnya."Eh, apa yang Encik Joe buat kat sini?" tanya Eva pula tanpa menjawab persoalan Joe tadi.
"Eh, saya yang tanya dulu. Awak la kena jawab dulu," balas Joe pantas. Takkanlah sampai ke sini Eva cari aku desiknya dalam hati. Tak mungkin. Tahulah rindu aku pun.
Ketika itu Ryan yang datang dari arah dapur menyampuk, "Apa yang eh eh dari tadi ni?" Ryan juga ingin tahu.
"Tak. Macam mana Eva boleh ada dekat sini? Funny enough bro," tanya Joe ingin tahu.
"Ok macam ni lah, let me explain," kata Ryan.
"Tak. Saya datang nak hantar pakaian untuk Puan Aziah dengan Ayen sebab diorang terpaksa bermalam dekat rumah Doktor Ryan. Tu ja," Eva pantas menyampuk. Dalam hati dia terfikir, tak kanlah Encik Joe nak jealous dengan aku pulak kut. Aku tak bermaksud nak rampas Ryan dari dia lah. Tak sangka Encik Joe dan Doktor yang terlihat normal di mata kasar menyembunyikan rahsia sebesar ini.
"Encik Joe jangan risau saya dengan doktor tak ada apa-apa lah," tambah Eva lagi tidak mahu Joe menyimpan dendam terhadapnya.
"Eh apa awak ni Eva, awak jangan fikir bukan-bukan. Joe ni penyewa bilik kosong dekat rumah saya. Memang saya sewakan so kuranglah beban saya nak bayar rumah ni every month," terang Ryan panjang. Dia dapat merasakan Eva yang suka berfikir bukan-bukan itu akan berfikir benda yang aneh. Macam dia tidak kenal.
Terlihat Joe pula yang beria mengangguk mengiyakan kenyataan Ryan tadi. "Yeah, macam tu lah ceritanya. Terkejut jugak saya tadi tengok awak ada kat rumah ni pagi-pagi buta. Ingat ada morning angel mana datang tadi," tambahnya.
Eva hanya memberi jelingan maut, kenal sangat dengan perangai 'flirty' Encik Joe.
"Oooh, macam tu ka, mati-mati saya ingat... erm tak ada apa-apa lah," Eva tidak mampu menyambung ayatnya. Takut diberi kecaman yang hebat dari dua jejaka dihadapannya manakala dua jejaka itu hanya memberi pandangan yang menggerunkan kepadanya.
"Ha! Ingat apa?" tanya Ryan ingin tahu.
"Tak ada apa-apalah. Hehe," eva menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Ketika itu, Puan Aziah dengan selamba lalu di tengah-tengah keserabutan tadi dengan dulang di tangan berisi seteko teh o' panas dan beberapa biji cawan. Dia meletakkannya dia atas meja berhadapan sofa yang Eva duduk. Dia menuangkan teh o' ke dalam setiap cawan tadi perlahan.
"Ha minumlah dulu anak-anak. Sudah-sudahlah pening tu, Joe kamu pun dari tadi berdiri kat situ."
Joe dan Ryan pun duduk di sofa satu lagi yang bertentangan dengan Eva. Mereka mengangkat cawan itu lalu menghirup perlahan.
"Aduh, panas!" jerit Joe. Semua yang berada disitu memandangnya. Eva menahan tawa, Puan Aziah pula hanya menggeleng kecil.
"Maaf-maaf tuan puan sekalian. Hehe," Joe ketawa kecil menahan malu.
"Mak cik, minumlah sekali," jemput Eva.
"Eh tak pe, apa kata mak cik masakkan bihun goreng, kamu semua tak makan lagi," kata Puan Aziah.
"Eh tak menyusahkan mak...," Ryan tidak mahu menyusahkan tetamunya itu namun belum sempat menghabiskan ayatnya dia sudah di sampuk, "Ha bagus jugak tu mak cik," Eva dan Joe berkata serentak. "Saya pun dah lapar ni," tambah Joe lagi sambil mengecitkan matanya ke arah Eva. Mereka berdua ketawa seperti anak kecil. Ryan pula hanya memberi jelingan maut kepada mereka berdua.
Puan Aziah mengukir senyuman seraya berlalu ke dapur untuk memasak. Sudah menjadi ruti hariannya untuk memasak sarapan untuk keluarganya. Lansung tidak menyusahkannya.
YOU ARE READING
My Doctor Ke My Gangster
RomanceBila seorang pakar ortopedik mempunyai housemate ketua gengster.. Eva sering mengganggu Doktor Ryan dan membuatkan hidup Ryan sentiasa penuh dengan insiden-insiden yang tidak digemarinya. Joe pula, ketua gengster sudah jatuh hati pada Eva sejak pert...