Sejak dari kejadian ragut hari itu, Eva sudah tidak berani berjalan seorang diri di tempat yang sunyi. Dia sudah trauma. Setiap kali dia perlu menggunakan kawasan pejalan kaki, dia akan berhati-hati dan sentiasa bersedia untuk mempertahankan diri dari sebarang penjenayah yang cuba mengganggu dirinya. Peragut jahanam itu masih belum dimaafkan oleh Eva. Tungggulah jika Eva jumpa, akan diganyang hidup-hidup olehnya. Itupun jika Eva berani. Dia tidak sanggup berhadapan dengan kejahatan manusia di luar sana yang tidak dapat di duga.
Namun begitu, adik dan ibunya masih tidak tahu akan peristiwal itu. Tidak mahu mereka risau.
Pagi itu, Eva pergi ke tempat kerjanya seperti biasa. Dia melakukan kerjanya seperti biasa. Memasukkan pakaian ke dalam mesin basuh, menjemur kain-kain yang sudah siap di basuh. Menggosok kain-kain yang telah kering. Kebanyakan pelanggan Bubble Laundry dari kakitangan hospital dan keluarga pesakit yang terpaksa menginap di hospital. Namun ada juga pelanggan dari luar yang tinggal berhampiran kawasan hospital yang menggunakan khidmat dobi tersebut.
Tiba-tiba, ada seorang lelaki berpakaian serba hitam masuk ke dalam Bubble Laundry.
"Saya nak cari Eva," katanya kepada Puan Lilly yang sedang bermain telefon bimbitnya di kaunter dobi.
"Ya, ada. Encik nak apa?" tanya Puan Lilly hairan. Di samping itu, dia ingin berbual lebih lama dengan pemuda tinggi dan kacak tersebut.
Lelaki tersebut tersenyum kecil dengan harapan wanita berusia 40 an di hadapannya tidak bertanya banyak.
Memahami hal itu, dia pergi ke bahagian belakang dobi untuk memanggil Eva.
"Eva, ada laki hensem datang cari kamu tu kat depan," kata Puan Lilly.
Eva hairan. Lelaki mana pula yang ada urusan dengannya sampai sanggup datang ke tempat kerjanya.
Di kaunter, Eva melihat lelaki itu memakai kaca mata hitam berdiri penuh 'swag' menunggunya.
"Encik Joe? Encik buat apa dekat sini?" tanya Eva hairan tidak menyangka kedatangan lelaki itu.
"Owh, buat apa lagi, saya datang nak basuh baju la. Takkan nak beli motor kat sini,"
"Owh. Hahaha," Eva ketawa malu. "Mana bajunya?"
Joe kemudian mengangkat dua beg besar berwarna hitam di atas kaunter dan melepaskannya terlalu awal kerana terlalu berat sehingga bunyi kuat kedengaran. DUM! Joe melibas-libas pergelangan tangannya kerana lenguh mengangkat beg seberat itu.
Eva terkejut melihat beg-beg tersebut. "Biar betik Encik Joe, ni dah berapa hari tak basuh baju," tanya Eva.
"Jangan banyak tanya lah, I'm your customer, rezeki jangan ditolak," sambil merapatkan beg-beg tadi ke arah Eva.
"Baiklah Encik Joe," Eva menahan tawa.
"Ok, kalau tak ada apa-apa, saya cau dulu. Ok!" kata Joe sambil membuat isyarat tangan kegemarannya iaitu menabik dengan jari telunjuk dan jari hantunya.
Eva melihat Joe berjalan keluar sehingga hilang dari pandangan. Kemudian dia bertungkus-lumus membawa beg-beg berat tadi ke belakang untuk di timbang sebelum dicuci.
Puan Lilly yang memerhati dari tadi di belakang menghampiri Eva. "Ayoo, hensemnya boyfriend kamu. Dulu Uncle kamu (suami Puan Lilly), pon hensem itu macam," kata Puan Lilly.
"Hahahaha," Eva tidak dapat menahan tawanya dan gelak sekuat hati macam orang tak ingat dunia.
Satu kerana 'statement' Puan Lilly tadi dan satu lagi kerana Puan Lilly meneka Joe sebagai teman lelakinya. Bagi Eva itu satu perkara mustahil.
![](https://img.wattpad.com/cover/94632414-288-k2629.jpg)
YOU ARE READING
My Doctor Ke My Gangster
RomansaBila seorang pakar ortopedik mempunyai housemate ketua gengster.. Eva sering mengganggu Doktor Ryan dan membuatkan hidup Ryan sentiasa penuh dengan insiden-insiden yang tidak digemarinya. Joe pula, ketua gengster sudah jatuh hati pada Eva sejak pert...