"Oh ya ka. Tak apalah kalau macam tu," jawab Puan Aziah di telefonnya. Dia mendapat tahu yang penerbangan menantunya ditangguhkan. Penerbangan yang sepatutnya berlepas dari Brunei pada tengah hari itu ditangguhkan kepada malam ini. Puan Aziah kasihan melihat Ayen yang dari tadi semangat menunggu kepulangan ayahnya. Ayen sempat memberitahu ingin membuat kejutan kepada ayahnya dengan membeli gula-gula getah kegemaran ayahnya.
"Ayen, ayah kamu tak boleh balik petang ni sayang. Malam ni baru sampai," kata Puan Aziah dengan berhati-hati tidak mahu mengecewakan hati anak itu.
"Ala kenapa, Ayen dah lama tak jumpa ayah tau. Tadi ayah dah janji nak bawak Ayen pergi playground," Ayen merajuk. Dia duduk di satu bangku batu di taman itu, sambil tangannya disilangkan ke dada tanda protes.
Joe dalam perjalanan ke Hospital Orkid untuk berjumpa dengan Eva. Dia perlu cepat menceritakan segalanya kepada Eva supaya semua misteri ini dapat diselesaikan lebih cepat.
Setelah memakirkan keretanya, dia berjalan ke lobi hospital yang dipenuhi manusia. Dalam perjalanan ke kafe di tingkat bawah hospital itu, dia perlu menyeberangi taman yang terletak di tengah-tengah hospital itu. Ketika itu dia melihat seseorang yang dia kenal. Ayen dan Puan Aziah. Dia melihat dari jauh sepertinya Ayen sedang merajuk. Dia menghampiri mereka. Puan Aziah perasan kehadiran Joe namun tidak Ayen yang masih merajuk inginkan ayahnya. Joe mengejutkan Ayen dengan mencuitnya dari belakang.
"Bahh!" sergah Joe.
"Huaaa!" Ayen menjerit.
Joe tidak dapat menahan tawanya melihat muka terkejut Ayen yang bercampur marah.
"Apa ni! Terkejut Ayen tau, abang Joe jahat!" marahnya masih belum reda.
"Ala, abang gurau je. Sorrylah," pujuk Joe.
"Tak nak kawan!"
"Ayen, jangan la macam ni, kenapa garang sangat ni? Kesian abang tak ada orang nak kawan nanti,"
"Tak nak kawan juga!" kata Ayen lalu berlari kearah neneknya.
"Kenapa ni mak cik? Moody semacam je saya tengok Ayen ni," Tanya Joe kepada Puan Aziah melihat Ayen yang tidak riang ria kanak-kanak ribena seperti biasa.
"Ayen tengah merajuk ni ayah dia tak boleh balik petang ni. Biasalah budak-budak jangan layan sangat," jelas Puan Aziah.
"Ayah dah janji nak bawak Ayen pergi playground," tambah Ayen lagi.
"Ooh ni merajuk tak dapat pergi playground lah ni?" teka Joe.
"Kalau Ayen dah tak merajuk boleh abang Joe bawak pergi playground," kata Joe.
Ayen melihat Joe sambil mengelip-ngelipkan mata bulatnya. Rambut depannya yang sedikit panjang menutupi dahinya membuatkan dia kelihatan sangat comel di mata Joe sekarang.
"Betul ke ni abang Joe?" tanya Ayen dengan penuh semangat. Hatinya berbunga-bunga kerana dapat pergi playground.
"Betul la, tapi tu pun kalau orang tu nak kawan dengan abang lagi la, tadi dia cakap tak nak kawan,"
"Nak! Ayen nak kawan dengan abang Joe!" jerit Ayen bahagia. Tidak lagi merajuk dan muka masam macam cuka seperti mula-mula dia jumpa Ayen tadi. Kini senyuman besar terukir di wajah kecilnya.
Puan Aziah hanya menggeleng-gelengkan kepalanya dengan perangai cucunya yang satu itu.
"Jom abang Joe, kita pergi playground," Ayen teruja untuk pergi bermain. Sebenarnya dia sudah bosan terperuk di dalam hospital itu sejak beberapa hari ini.
YOU ARE READING
My Doctor Ke My Gangster
RomanceBila seorang pakar ortopedik mempunyai housemate ketua gengster.. Eva sering mengganggu Doktor Ryan dan membuatkan hidup Ryan sentiasa penuh dengan insiden-insiden yang tidak digemarinya. Joe pula, ketua gengster sudah jatuh hati pada Eva sejak pert...