Masuk hari ini, sudah tiga hari Doktor Ryan tidak pulang ke rumah. Badan yang letih ditambah dengan keadaan kelam kabut di hospital pagi tadi membuatkan Doktor Ryan berasa tertekan dan sedikit marah. Terdapat kemalangan yang melibatkan sebuah bas terbalik di sebuah lebuh raya menuju ke bandar utama menyebabkan ramai pesakit yang memerlukan rawatan segera di wad kecemasan dan memerlukan doktor tambahan untuk menjalani pembedahan.
Doktor Ryan yang sedikit mengantuk ingin membeli secawan air kopi. Tiba-tiba, dia terdengar satu jeritan yang kuat. Terlihat kelibat perempuan yang berlari laju menuju ke arahnya. Dalam beberapa saat, perempuan itu melanggar dirinya dengan kuat dan terus terjatuh duduk.
"Adoihh sakitnya bontot,"
"Ni budak mana pulak yang main kat sini malam-malam?" tanya Doktor Ryan kepada perempuan itu dengan nada sedikit marah. "Apa yang dia buat malam-malam ni dekat sini?" tanya Doktor Ryan dalam hati.
"Maaf encik, saya, saya.." kata perempuan itu dengan mengharapkan bantuan untuk bangun
Doktor Ryan terus berlalu pergi tanpa menghiraukan perempuan itu kerana malas hendak melayan, baginya masa rehat yang dia ada sekarang sangat berharga. Dia tidak kuasa memikirkan hal remeh seperti itu. Air kopi yang dibeli dihirup perlahan.
"Adusyyy.. Aisyyii, apalah punya doktor tak ada keperikemanusiaan langsung dah la langgar orang belah macam tu ja," rungut Eva sedikit kuat dengan niat memerli doktor yang dianggap sombong itu.
"Harap muka ja hensem.. hampeh," kata Eva lagi sambil mengutip baju yang sudah terpelanting ke belakang apabila terlanggar doktor tinggi tersebut.
Apabila baju itu diangkat, air kopi pekat menitik turun. Habis lah kau Eva!
"Otokkaeee!" Doktor Ryan terdengar jeritan perempuan itu dari jauh.
Esok paginya,
Doktor Ryan menuju ke Bubble Laundry di tingkat bawah hospital tempat dia bekerja.
"Mana baju saya ek, dah dua hari tapi masih tak siap lagi ka?" tanya Doktor Ryan kepada pemilik kedai dobi itu, Puan Lilly.
Puan Lilly mula hairan kerana setahunya semua baju dua hari lepas sudah siap dicuci dan dihantar.
"Sekejap, saya pergi check dulu, Doktor boleh naik dulu nanti saya suruh pekerja saya hantarkan,"kata Puan Lilly lalu berjalan ke belakang dobi untuk bertanya kepada pekerja barunya, Eva.
"Eva, mana baju Doktor Ryan, kemeja warna biru muda tu?"
Eva mula cemas. Peluh sejuk mengalir dari kepalanya hingga ke dahi.
"Alamak, macam mana aku nak cakap ni. Hantam je lah.." kata Eva dalam hati. "Puan Lilly biar saya pergi hantar sekarang ya semalam saya tak sempat nak hantar," kata Eva kepada Puan Lilly
Eva bergerak laju mengambil baju tersebut untuk di hantar kepada pemiliknya. Apabila sampai ke jabatan ortopedik di tingkat 6 hospital itu, dia mencari meja yang tertulis Ryan Irfan dan meletakkan baju tersebut dan berlalu sepantas mungkin. Tidak ingin bertemu dengan pemilik baju itu.
Semasa ingin memasuki lif, dia terdengar suaranya dipanggil. Gulp. Dia menelan air liur. "Habislah..." katanya dalam hati. Dan terus menekan butang tutup di lif itu untuk melarikan diri.
"Eva! Kak Eva!" jerit Doktor Eddy. "Amboih kalot nak pergi mana.. Lek lu, macam dia sorang yang sibok, aku yang doktor pon tak.." kata nya lagi.
Doktor Eddy berlalu pergi. Malas ingin melayan kakaknya yang kadang-kadang sangat pelik dan kelam kabut.
Dalam lif,
"Huh, lega.."
"Eh, ni bukan doktor yang langgar aku semalam ke?" katanya lagi dalam hati apabila melihat seorang lelaki tinggi berkot putih di hadapannya.Apabila lif sampai di tingkat G, Eva sengaja melanggar bahu doktor itu dari belakang untuk membalas dendam tentang hal semalam.
"Ops, sori,"kata Eva dengan nada gediknya dan keluar dari lif itu. "Puas hati aku,"
Tiba-tiba dia terasa tangannya di tarik dari belakang dengan kuat.
"Adoi, apa ni? Sakit lah!" kata Eva
"Apa masalah kau ni, aku tak kacau kau pun kan, cukup lah buat aku marah," kata doktor tersebut.
Eva mula kecut perut. Dia dah cari pasal dengan salah orang. Tetapi dia tidak mahu mengalah.
"Aku dah kata sorikan, bukannya aku sengaja macam orang semalam yang buat bodoh ja," kata Eva.
"What?!" tanya doktor itu dengan nada keras tapi perlahan. Dia tidak faham maksud perempuan itu, dan hari hari yang stres di hospital membuatkan tahap kesabarannya berada di tingkat paling bawah hospital itu. Tindakan perempuan tadi sudah jelas dilakukan dengan sengaja pada pandangan Doktor Ryan.
"Sorry!" jerit Eva sambil berlari dengan berterabur pergi dari Doktor Ryan macam semut kena siram dengan air panas.
Doktor Ryan meluat dan tidak faham dengan kelakuan perempuan pelik itu.
"Perempuan macam tu layak hantar wad gila ja!" marah Doktor Ryan.
Selepas makan tengah hari yang sudah tidak berapa tengah hari lagi, jam sudah pukul 4 petang, Doktor Ryan masuk semula ke biliknya. Jika badan sudah penat, sikap barannya sangat mudah diundang. Dia ingin menukar pakaiannya yang sudah siap dicuci sebelum memulakan pemeriksaan setiap pesakit-pesakitnya.
"Oh my god! What the hell is happening!" jerit Doktor Ryan apabila melihat baju biru mudanya dihiasi dengan tompok tompok coklat tua. Sangat buruk untuk dilihat. "Arghh only shit is going on today!" marahnya lagi. Doktor doktor lain yang mendengar dari luar bilik sudah tertanya tanya apa yang menyebabkan Doktor Ryan marah begitu sekali.
Eva penat dan tercungap-cungap setelah berlari sekuat hati dari doktor tadi. "Tulah engkau sapa suruh cari pasal, elok elok ja bernafas nak kacau hidup orang," kata Eva yang sedikit menyesal dengan perbuatan bodohnya tadi.
"Bila fikir balik, bukannya dia yang salah, aku yang langgar dia dulu semalam. Bodohnya,"
"Tapi, aku macam teringin sangat nak kacau doktor muka macho tu. Biar tak poyo sangat, tengok la muka marah dia tadi, hahaha, " kata Eva lagi. Seronok.
Tapi bila mengingatkan baju kemeja jenama Calvin Klein berwarna biru muda yang sudah dia berjaya hias dengan corak baru. Habislah aku.. Goodbye my new part time job. Its only been two days but I feel too bad about this farewell. Kata Eva di dalam hati, dia bersedia untuk dipecat kalau perbuatan dia terbongkar juga nanti.
"Bukannya aku tak cuba, semalaman aku cuba basuh baju tu, tapi dah dia tak nak hilang bukan salah aku, daa!"
Sudah pukul 5 petang, Eva mengambil kunci motornya dan bergegas pulang ke rumah setelah meminta izin dari Puan Lilly. Sebelum pulang, dia salam dan mencium tangan Puan Lilly dan mencium pipi majikannya itu. Dalam hati Puan Lilly, dah buang tebiat ke apa budak ni.
"Bye bos, kalau ada rezeki kita jumpak lagi esok, ok," Eva melambai Puan Lilly sehingga tidak kelihatan lagi majikan India Muslimnya itu. Jika dia mendapat panggilan malam ini, sudah tentu hari ini hari kedua dan hari terakhir dia bekerja di situ.
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
My Doctor Ke My Gangster
RomansaBila seorang pakar ortopedik mempunyai housemate ketua gengster.. Eva sering mengganggu Doktor Ryan dan membuatkan hidup Ryan sentiasa penuh dengan insiden-insiden yang tidak digemarinya. Joe pula, ketua gengster sudah jatuh hati pada Eva sejak pert...