Hampir 30 orang lelaki yang berpakaian serba merah sudah mengelilingi Joe di dalam gudang yang sudah lama ditinggalkan itu. Joe sudah meningkatkan naluri gengsternya. Anak matanya laju memerhatikan jejaka – jejaka sado di hadapannya yang kelihatan seperti sekumpulan hyena tidak sabar lagi untuk membahan mangsanya.
Joe ketawa kecil. "Hurh, aku tak takut dengan korang lah! Engkau orang yang penakut! Nak lawan aku sampai kena angkut satu geng apahal!" jerit Joe kuat supaya dirinya tidak dipandang rendah oleh geng Sean Pendek itu. Padahal dalam hatinya hanya tuhan yang tahu betapa dia ingin lari dari tempat itu untuk menyelamatkan nyawanya.
Tapi maruahnya sebagai ketua gangster yang paling berkuasa di kawasan itu menghalangnya dari pergi. Pantang berundur sebelum berjuang! Joe sudah mengangkat batang besi yang dijumpainya tadi di hadapan mukanya dan bersedia untuk berlawan.
"Arghhhhh....." jerit Joe sambil berlari kehadapan. Dia memukul bahu lelaki yang berdiri di hadapannya dengan batang besi. Joe kemudian pantas menendang perut lelaki yang tiba-tiba datang dari belakang untuk memukulnya. Tiba-tiba pula ada seorang lelaki lagi menghunus penumbuknya tetapi Joe sempat mengelak dan menghadiahkan pukulan batang besi tepat di kepalanya dengan pantas.
Joe terus berlawan namun apakan daya dia hanya seorang, satu tumbukan hinggap di pipinya. Bibirnya terasa pedih dan darah pekat mengalir perlahan. Sebelum dia sempat melakukan apa-apa, satu tumbukan lagi hinggap di perutnya. Dia tertunduk menahan senak. DUSH! Kali ini tendangan dari belakang membuatkan dia jatuh tersungkur. Matanya sudah berpinar-pinar. Muka Sean yang berada betul betul 2 inci dari wajahnya dilihat kabur.
Buruk sekali muka itu tersenyum penuh benci. Tiba-tiba!.. TIBA-TIBA... terdengar bunyi deruan enjin yang kuat dari luar. Kuat sekali seperti ada berpuluh-puluh motosikal sedang memulas minyak. "Breng breng brenggg.." bunyi enjin semakin kuat. Sekumpulan penyangak tadi yang sedang memerhatikan Joe yang sudah rebah terus tercari-cari bunyi enjin itu.
Kemudian, ada lebih kurang 30 orang lelaki datang berlari menyerbu masuk ke gudang itu. Di tangan mereka masing-masing memegang batang besbol. Terus menghentam dan memukul sekumpulan lelaki tadi. Kumpulan Sean sudah menggelabah kerana bilangan mereka kini lebih kecil.
Seorang lelaki dari kumpulan yang baru datang tadi menerpa kearah Joe. "Joe, kau ok tak?" Tanya lelaki itu pantas.
"Argg. Aku ok," Joe mengerang menahan kesakitan.
Lelaki tadi membawa Joe dan meletakkannya di tempat duduk penumpang di kereta Joe sendiri. Dia kemudian memandu kereta tersebut ke hospital. Sampai di wad kecemasan, Joe sudah tidak menyedari apa yang berlaku di sekelilingnya. Dunianya kemudian gelap secara tiba-tiba.
.....
Jam sudah menunjukkan 6.00 petang. Doktor Ryan yang tertidur di atas sofa kegemarannya terjaga. Dia meraup mukanya dan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Terus dia menuju ke biliknya untuk solat asar. Bosan kerana tiada kerja, dia membuka komputernya untuk bermain DOTA 2.
Doktor Ryan menghabiskan masa-masa sengganggnya dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Bukan selalu dia mendapat masa seperti itu. Semenjak kebelakangan ini dia terlalu sibuk dengan hal hospital hingga jarang sekali dapat pulang berehat di rumah.
Apabila jam menunjukkan waktu 12.00 malam, Joe masih tidak pulang-pulang, Doktor Ryan tidak ingin mengambil kisah kerana housematenya itu sudah lelaki dewasa. "Lantak kau lah..."
Keesokan paginya, Doktor Ryan tidak sabar-sabar untuk masuk kerja. Sebenarnya, lebih tepat lagi, ingin pergi ke hospital untuk bertemu Eva. Dia ingin bertanya hal yang sebenarnya. Semalaman dia berfikir segala kemungkinan yang ada.
Doktor Ryan yang masih ada beberapa minit sebelum masuk kerja, bergegas menuju ke BUBBLE LAUNDRY. Dilihat Eva yang juga baru tiba membuka helmetnya dan meletakkan di atas meja. Dia duduk di atas kerusi menunggu sambil berbual-bual dengan Puan Lilly, entah apa yang dibualkan pagi-pagi itu. Doktor Ryan membuka pintu Bubble Laundry, menjenguk sedikit kepalanya kemudian masuk ke dalam. "Eva, saya ada benda nak tanya, boleh ikut saya sekejap?"
"Eh, doktor? Dah kenapa pagi-pagi lagi cari saya?" tanya Eva hairan.
"Adalah, lend me 5 minutes please,"
Eva mengikut Doktor Ryan ke kawasan taman di luar hospital. Dia duduk di sebelah Doktor Ryan di atas bangku di bawah sebuah pohon yang rimbun.
"Awak kenal Joe?" tanya Ryan tanpa teragak-agak. Dia memang seorang yang berterus terang dan tidak tahu berdolak-dalih dan 'straight to the point'.
"Eh, apa pulak tak kenal, kalau doktor nak tahu, dia tulah abang adiwira yang selamatkan saya tempoh hari,"
"What? Masa awak kena ragut haritu?"
'Yup, and since that day, saya dah mula berkawan dengan dia. Encik Joe baik, selalu belanja saya. Hahaha," Eva cercerita dengan bahagia sambil terbayang-bayang wajah jambu Encik Joe yang sedang tersenyum ke arahnya.
Doktor Ryan mencebik masam melihat muka Eva yang tersengih-sengih macam kerang busuk ketika bercerita tentang housematenya sendiri.
"Aku pon selalu belanja kau, what," sudah keluar perkataan aku dari mulutnya. Adakah itu dinamakan cemburu wahai pembaca sekalian..
"Ha ah, itu pun jenuh saya mintak baru nak belanja," jawab Eva ikhlas.
Doktor Ryan sudah habis kata. Tidak tahu untuk membalas apa lagi. Memang benar dia selalu mencari pasal dengan Eva. Kini dia sedikit kesal apabila terasa dirinya dibandingkan dengan Joe.
Ehem.. Doktor Ryan berdehem kerana rengkungnya terasa sakit tiba-tiba. "Tapi perlu ka sampai nak masak untuk dia bagai?" kata Doktor Ryan lalu bergegas pergi dari kawasan itu. Kelibat Doktor Ryan semakin menjauh dari Eva.
Eva kehairanan seorang diri. "Macam mana dia boleh tahu, apa kena mengena doktor poyo tu dengan Encik Joe?" Haishh malas Eva hendak fikir. Kenapa perlu dia serabut pasal lelaki-lelaki yang dia baru kenal. Bukannya teman lelaki dia pun. Eva sudah pening kepala dan dia berjalan perlahan menuju ke Bubble Laundry,
Sepanjang waktu kerjanya, otaknya hanya berfikir apa yang sedang berlaku. Bagaimana Doktor Ryan boleh tahu. Kenapa Doktor Ryan perlu sibuk tentang dirinya dengan Encik Joe, tak kan dia dah tak ada kerja lain sampai hendak sibuk hal nya. Takkan lah, takkan lah... kan... takkan Doktor Ryan tu.. syok dekat... Encik Joe... Gay? Oh my god! No way! Doktor Ryan dengan Encik Joe? No no no.. Eva hanya berceloteh seorang diri macam orang tak betul. Dia berdoa agar apa yang difikirkannya itu tidak betul sama sekali.
Waktu pulang Eva sudah semakin hampir. Seperti biasa, dia sudah tidak sabar hendak pulang. Dia tidak lansung melihat kelibat Doktor Ryan semenjak dari pagi tadi. Menghilang begitu sahaja setelah meninggalkan teka teki kepadanya. Encik Joe juga senyap tidak berkata apa-apa sejak pulang dari membeli barang dapur kelmarin.
Ketika dia keluar dari Bubble Laundry, terdengar suara memanggil namanya, "Eva!". Eva menoleh kebelakang dan melihat Doktor Ryan yang memanggilnya.
Eva teruss berjalan laju kea rah Doktor Ryan yang baru keluar dari lif. "Ikut saya sekejap,"
"Nak pergi mana pulak?"
"Ikut je lah, jangan banyak tanya,"
"Eh kenalah banyak tanya. Nanti doktor bawak saya pergi tempat tak senonoh macam mana?"
Doktor Ryan hanya member jelingan maut kepada lawak hambar Eva itu. Eva hanya ketawa perlahan.
Mereka masuk semula kedalam lif. Doktor Ryan menekan nombor 10 pada butang-butang yang banyak di lif itu. Tertulis Wad Juliet di sebelahnya. "Itu bukan wad VIP ke?" tanya Eva.
Doktor hanya mengangguk kearah Eva. Eva hanya teruja kerana ini pertama kali dia menjejak kaki ke wad VIP di hospital itu. Entah macam mana rupa pesakit-pesakit di situ. Orang kaya pon sakit ka? Tanya Eva di dalam hati. Dia mengikut Doktor Ryan perlahan dari belakang. Baru dia perasan Doktor Ryan tidak tersenyum sedikit pon padanya dari tadi. Memanglah itu perkara biasa tetapi dia merasakan suasana sedang serius sekarang ini.
Doktor Ryan kemudian berhenti di hadapan pintu masuk ke dalam satu wad pesakit. Dia pusing kebelakang untuk melihat Eva. "Ada orang nak jumpa," kata Doktor Ryan. Eva melongo sendirian. Datuk mana pula yang nak jumpa dia??

YOU ARE READING
My Doctor Ke My Gangster
RomanceBila seorang pakar ortopedik mempunyai housemate ketua gengster.. Eva sering mengganggu Doktor Ryan dan membuatkan hidup Ryan sentiasa penuh dengan insiden-insiden yang tidak digemarinya. Joe pula, ketua gengster sudah jatuh hati pada Eva sejak pert...