Sebaik sahaja Eva masuk ke dalam wad VIP itu, dia terlihat seorang jejaka yang sedang baring di atas katil sambil menonton televisyen. Apabila jejaka itu sedar ada pelawat yang datang dia menoleh lalu melihat siapa,
"Eva!" jeritnya,
"Encik Joe?" tanya Eva sambil mengecilkan matanya untuk melihat wajah lelaki yang memanggil namanya tadi dengan lebih jelas.
"Yeah.Hi!"
Eva terkejut melihat Encik Joe di atas katil hospital itu. Dia melihat dahi Encik Joe bertampal kain putih, mukanya sudah lebam-lebam. Selain daripada itu, Encik Joe kelihatan sihat seperti manusia biasa.
"Encik Joe, Encik Joe ok ka? Macam mana boleh sampai masuk hospital ni?" Tanya Eva risau melihat rakan barunya itu terlantar di atas katil dengan mata kanannya seperti susah untuk dibuka kerana lebam.
Joe hanya ketawa melihat reaksi Eva. Memang dia sedang mengharapkan reaksi seperti itu. Jika sebelum ini, geng-geng gengsternya, pembantu ayahnya dan ayahnya sendiri tidak menunjukkan sebarang riak risau jika dia dimasukkan ke hospital. Hospital itu seperti rumah keduanya. Wad itu juga sudah seperti bilik keduanya. Kali terakhir dia dimasukkan ke hospital adalah kerana patah tangan ketika berlawan dengan geng Sean Pendek itu juga. Itupun seperti beberapa minggu yang lalu. Waktu itu juga dia bertemu Eva buat pertama kalinya.
"Owh, saya accident semalam, sebab tu lah tak boleh nak call," terang Joe yang terpaksa berbohong.
Tidak mungkin dia akan memberitahu Eva cerita sebenar bahawa dia pergi menyerang satu geng gangster seorang diri. Nasib lah, One, ahli geng nya yang paling rapat dengan Joe dapat tahu bahawa Sean telah menghubungi Joe dan membawa seangkatan gengnya untuk membelasah Joe yang seorang diri. One atau nama sebenarnya, Safwan segera memanggil member-member seangkatan Joe untuk pergi menyelamatkan ketua mereka yang sedang berlawan seorang diri.
Berbalik ke Wad Juliet, tingkat 10 Hospital Orkid.
Eva duduk di atas kerusi di sebelah katil empuk Joe. Doktor Ryan hanya berdiri di belakang Eva dan memerhati segala yang berlaku dari tadi. Mereka kelihatan mesra dan Doktor Ryan tidak suka akan hal itu.
"Sebenarnya, saya yang suruh Ryan panggilkan awak, sebab saya bosan sorang-sorang kat sini," jelas Joe kepada Eva.
Hampir sahaja Doktor Ryan termuntah dengar cara Joe bercakap dengan Eva. Tidak pernah dia melihat Joe selemah-lembut itu,
"Kenapa saya?" soal Eva hairan. Dia merasa seram sejuk. Adakah dia telah tersangkut ditengah-tengah hubungan terlarang antara Doktor Ryan dan Encik Joe??
"Tak, I mean kenapa nak kena panggil saya? Kalau Encik Joe tak sihat tak apa saya faham, saya tak nak lah sibuk urusan peribadi Encik Joe," Eva seperti tidak selesa. Penting sangatkah dirinya hingga perlu di escort-escort sehingga ke wad VIP ini.
"Hahahaha," Joe ketawa. "Saja lah saya nak jumpa awak, alang-alang dalam satu hospital kan. Kenapa? Awak tak suka jumpa saya ke?" Joe sengaja membuat Eva serba salah.
"Ehh, tak. Bukan macam tu, saya Cuma pelik ken...." percakapan Eva terganggu apabila seorang doktor perempuan masuk ke dalam wad tersebut.
"Wow.. wow.. wow, look who we got here, Doctor Ryan.. and....?" kata Doktor Perempuan itu sambil melihat ke arah Eva.
Ketika itu, Doktor Ryan sudah mula berkira-berkira untuk keluar dari wad itu, tidak tahan berada dalam satu bilik dengan perempuan itu,
"Owh, she's Eva,my.. ermm. Eva, This is my doctor, Leeya." Joe memperkenalkan masing-masing. Dia tidak tahu untuk memperkenalkan Eva sebagai apa. Tidak mahu tersekat dalam 'friendzone'.
"Owh, Hi," kata Eva.
"Hi," jawab doktor itu ringkas. Dia memandang Eva dari atas sampai bawah, bawah sampai atas. Kemudian perhatiannya dialihkan kepada Joe. Dia melakukan pemeriksaan apa yang patut, kemudian menulis sesuatu di atas kertas yang berada di sebelah katil Joe. Kemudian dia meletakkan semula steteskopnya di atas bahu dan memasukkan kedua-dua tangan kedalam kocek kot putihnya.
"Hi Ryan, its so hard to meet you lately,right?" kata doktor itu tiba-tiba.
"Yeah.."
"Erm.. can we talk for a while?" tanya Doktor Leeya.
"Erm..." Doktor Ryan melihat jam di tangan, masih awal. Dia cuba mencari alasan lain untuk diberikan, tetapi gagal. "Yeah.. but I have to go in a few minutes,". Mereka berdua keluar dari wad itu.
Eva yang sedang duduk di atas sofa di hujung wad VIP itu hanya memerhatikan gelagat dua orang itu dari tadi. Sangat berkarisma. Siapalah dia untuk mencelah kan.
Eva kembali duduk di atas kerusi bersebelahan katil Joe.
"Encik Joe, nampak gaya saya pon nak kena balik, dah lambat ni,"
"Ala.... why don't u stay here with me?"
"Ehhh.. tak boleh Encik Joe, kalau nak kena penampo dengan mak saya boleh la,"
"Hahahaha. Oklah, but tomorrow you must come to see me,"
"Encik Joe ni, saya tengok macam ok je, kenapa nak duduk dalam wad ni lama-lama. Nak jumpa Doktor Leeya tiap hari ke?". "Hahaha," Eva ketawa lagi.
"No. Nak jumpa awak la," kata Joe tiba-tiba.
"Hah?" Eva terkejut. Dia yakin dia tersalah dengar. Tapi kenapa pandangan Encik Joe terasa semacam melihatnya. Dia sudah serba tak kena. "Oklah, saya balik dulu ya," kata Eva dan bergegas untuk pulang. "Bye!"
"Bye!" jawab Joe. Dia hanya menahan ketawa melihat Eva yang sudah macam cacing kepanasan.
.......
Ryan hanya mengikut Leeya dari belakang. Tidak tahu dirinya hendak dibawa ke mana. Apabila sampai di tengah-tengah sebuah jambatan di tingkat 10 yang menghubungi bahagian hospital blok A dan blok B, Leeya berhenti dan memerhatikan pemandangan tasik yang cantik di kawasan luar hospital pada waktu petang itu. Doktor Ryan hanya diam menunggu apa yang Leeya ingin katakan.
"Ryan, my dad nak jumpa you tonight, at my house,""What?!! I mean, why?" soal Ryan pelik dan agak terkejut dengan pelawaan yang tiba-tiba itu. tetapi dia masih sempat mengkontrol machonya.
"Ryan, you know right? My father likes you. He as the chairman of this hospital, wants to find someone who is capable to take after his place. This is your chance to climb higher, Ryan,"
"And by that, I have to get married with someone that I don't even love? His daughter, you? No way Leeya,"
"Ryan!" Leeya menjerit marah. Dia kecewa. Kenapa Ryan seperti tidak pernah ambil kisah tentang dirinya. Bagi Leeya, Ryan adalah satu-satunya lelaki yang tidak dapat dia lupakan walaupun teman-teman lelakinya sebelum ini kebanyakannya lebih kaya dan lebih kacak dari Doktor Ryan. Ryan adalah crushnya sejak hari pertama Leeya mula bekerja di hospital ini. Tapi kenapa Ryan tidak pernah peduli tentangnya walaupun dia sentiasa mencuba untuk mendekatkan diri dengan Ryan.
"Ryan, please.. If this is not for me, at least for you, for your future right? I'm the one who pujuk daddy and strongly recommend you."
"Please.. Ryan..."
"Hurh, okay I'll come," jawab Ryan tidak ingin menghampakan harapan Leeya. Walaupun dia tidak suka akan perangai gedik Leeya itu, dia masih punya hati dan tidak sanggup melihat wanita di hadapannya merayu-rayu.
BERSAMBUNG....

YOU ARE READING
My Doctor Ke My Gangster
RomanceBila seorang pakar ortopedik mempunyai housemate ketua gengster.. Eva sering mengganggu Doktor Ryan dan membuatkan hidup Ryan sentiasa penuh dengan insiden-insiden yang tidak digemarinya. Joe pula, ketua gengster sudah jatuh hati pada Eva sejak pert...