4. Pick Up Line

3.2K 86 7
                                    


Bunyi ambulans jelas kedengaran membawa pesakit terus ke wad kecemasan. Suasana kelam kabut pada pagi itu seperti tidak asing lagi bagi pekerja-pekerja di sana. Beberapa orang doktor dilihat bergerak dengan pantas dari pesakit ke pesakit yang lain.

Di atas satu katil, ada seorang lelaki muda sedang mengerang kesakitan dan sedang menunggu rawatan dari doktor yang bertugas. Badannya lebam-lebam dan bibirnya luka. Doktor Ryan datang kepadanya untuk memberitahu bahawa dia perlu dibedah kerana tangannya telah patah. Doktor Ryan dan pasukan bedahnya masuk ke dewan bedah. Setelah beberapa jam bertungkus lumus, Doktor Ryan keluar dari bilik bedah. Dia segera memanggil waris pesakit tersebut.

"Pembedahan berjalan dengan lancar, tapi saya rasa tangan dia patah bukan sebab kemalangan atau jatuh tetapi sebab kena pukul dengan benda keras," kata Doktor Ryan kepada lelaki yang berpakaian kot hitam.

"Baiklah doktor, terima kasih," kata lelaki berkot hitam tadi sambil melihat doktor itu berlalu pergi.

Di wad VIP tingkat 10 Hospital Orkid,

Seorang lelaki muda dengan tangannya berbalut kain keras dan digantung dengan kain biru di lehernya sedang menikmati hidangan tengah harinya dengan berselera tak padan dengan dirinya yang sedang sakit.

"Emm sedap jugak makanan dekat sini," kata lelaki itu sambil menyuap nasi ke mulutnya dengan susah payah kerana terpaksa menggunakan sebelah tangan sahaja.

Apabila selesai, seorang pekerja hospital masuk untuk mengambil bekas-bekas makanan tersebut. Seorang pekerja perempuan yang masih muda.

"Hye awak, nama awak Aida ke?" tanya pesakit tersebut.

"Maaf encik dah salah orang," jawab pekerja perempuan tersebut.

"Tak.. sebab Ai Da lame minat kat awat," kata pesakit tersebut membuat pick line yang hambar.

Perempuan tersebut memandang kearahnya dengan pandangan hambar, tanpa tersenyum dia terus keluar dari wad VIP tersebut.

"Hahahaha,lawak jugak aku ni.." kata pesakit tersebut. Tidak padan dengan dirinya yang sedang sakit.

Ketawanya terhenti apabila seorang lelaki berkot hitam masuk.
"Tuan, tak padan dengan tengah sakit pon masih nak mengacau orang ke?" tanya lelaki terebut.

"Hahaha bukan selalu saya nak rehat-rehat macam ni, awak tak payah sibuk la," balasnya lagi tanpa menunjukkan rasa hormat kepada lelaki berkot hitam yang kelihatan jauh lebih berusia dari dirinya.

"Baiklah, saya tak kisah. Tapi Encik Joe kena risau sekarang ni sebab dato' dah dapat tahu tuan masuk hospital sebab kes bergaduh dengan kumpulan kongsi gelap," kata lelaki itu risau.

"Alah.. tak payah risau, daddy tak kan marah punya,"kata lelaki yang dipanggil Encik Joe itu.

Setelah seharian terperuk di wad, keesokan harinya Joe turun ke bawah untuk mengambil angin. Dia melepak di sebuah kafetaria dengan memegang satu tin air gas di tangan. Dia berjalan-jalan di tingkat bawah Hospital Orkid yang meriah dengan gerai buah-buahan, kafe dan banyak lagi kedai kedai lain.

Setelah penat berjalan, dia duduk di atas sebuah bangku. Tiba-tiba dia melihat seorang perempuan yang cantik lalu dihadapannya.

Berkot putih, doktor barangkali. Dalam fikirannya sudah mula menyusun ayat pick up line lagi.

"Hye doktor, I hope you know how to do cpr," kata Joe dengan muka menggodanya.

"Kenapa? Encik sesak nafas ke?" tanya perempuan tadi kelam kabut.

"No, because you take my breath away,"

"Ah!" kata perempuan tersebut. "Hambar encik, sila cuba lagi lain kali," katanya lagi sambil ketawa.

My Doctor Ke My GangsterWhere stories live. Discover now