Seorang gadis merenung cermin yang berada di hadapan. Di kala sepi menghampiri diri ini menggamit kenangan dulu yang tak ingin Dia ingat. Kenangan di mana Dia telah berbuat dosa kepada ibu kandungnya sendiri. Sesal yang tak mungkin dapat yang tak mungkin dapat diputar lagi.
Kenangan yang masih segar di ingatannya. Perasaan bersalah yang masih lagi berbekas walaupun cuba untuk di lupakan. Kepahitan yang masih lagi berdarah di jiwa.#####
5 TAHUN LEPAS
“Ibu!!!” panggil Auni Maisarah dengan suara yang lantang. ‘Isy, mana pula org tua ni?’ rungutnya di dalam hati.
“Ibu!!!”
“Ada apa sayang? Ibu ada kat bilik air tadi.” Ucap Puan Aina kepada anaknya
Dengan wajah yang masam mencuka Auni Maisarah menghampiri ibunya. Niatnya hanya ingin meminta duit kepada ibunya.
“Ibu, Auni nak duit. Duit belanja sekolah Auni dah habis.” Auni berkata-kata kepada ibunya dengan muka yang bersahaja.
“Auni sayang.. maafkan ibu sayang. Ibu belum ada duit lagi.” Kata Puan Aina kepada Auni Maisarah.
“Alah ibu ni, kedekut la.. Dahla. Susah betul kalau ada ibu macam ni. Baik tak payah ada ibu lagi bagus.” Kata Auni dengan keadaan muka dia yang merah padam menahan marah.
Wajah seorang ibu sedih mendengar kata-kata seorang anak yang dijaga dan ditatang dari kecil dapat mengeluarkan kata yang menyakitkan hati tuanya.
“Maafkan ibu, sayang. Ibu memang tak ada duit,” ujar Puan Aina meminta maaf kepada anaknya.
Namun kemarahan Auni Maisarah telah menutup pintu hatinya. Dia telah menolak tubuh ibunya sendiri dan terus dia melangkahkan kaki untuk ke sekolah. Perangai Auni Maisarah berubah semenjak kematian ayahnya Pak cik Ismail. Pak cik Ismail meninggal akibat kemalangan jalan raya semasa Pak Cik Ismail hendak pergi bekerja. Dan mula saat tanggungjawab mencari nafkah untuk membesarkannya jatuh ke bahu Mak Cik Aina ibu kepada Auni Maisarah. Mak Cik Aina melakukan pelbagai kerja untuk menampung kehidupan dia dan anaknya.
Sampai sahaja di sekolah. Auni Maisarah terus melangkahkan kakinya ke dalam kelas. Dia tiada mood untuk berborak dengan rakan-rakan sekelasnya. Hatinya sakit kerana ibunya tak seperti orang lain yang mengikuti kehendak anak-anaknya.
“Auni jadi tak kau nak ikut aku pergi AEON petang nanti?” tanya Dira rakan sekelas Auni Maisarah.
“Aku tak ada duitlah ibu aku tak bagi lah Dira ni yang aku geram sangat.”
“Alah kau pinjamlah duit aku. Nanti kau pulanglah balik kat aku.Aku dengar geng Fara pun nak hang out kat AEON tu juga. Takkan geng kita nak kalah dengan geng dia orang. Masa ni lah kita bersemuka dengan mereka. Nanti aku jemput kau dengan kereta si Sahrul tu.” Ujar Dira.
“Okeylah, nanti kau tunggu aku kat depan rumah aku.” Dira menganggukkan kepala. Selepas tu kedengaran pula bunyi lonceng tanda perhimpunan akan diadakan sebentar lagi.******
Pintu rumah itu dibuka oleh Auni Maisarah tanpa memberi salam seperti biasa. Dia terus berlalu ke bilik untuk mandi dan bersiap untuk ke AEON sebentar lagi. Dia ingin bersemuka dengan Fara dan ingin bertanya kenapa Fara menfitnahnya di depan guru dengan mengatakan bahawa dia mencuri buku tersebut.
Auni menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.Dia tidak sabar untuk bersiap dan pergi ke AEON. Sudah lama dia tidak keluar lepak bersama dengan rakan-rakannya.
Selesai saja mandi Auni terus memilih baju. Dress pink dan tudung bunga-bunga kecil, Menyerlahkan lagi kecantikan Auni. Dia hanya menggunakan bedak dan lipgloss.
Dia terus keluar dari bilik untuk keluar. Tapi, ada satu suara yang menegur Auni. Dan membuatkan Auni terhenti.
“Auni nak ke mana sayang, kan baru balik sekolah?” Tanya puan Aina.
“Keluar,” balas Auni Maisarah.
“Nak ke mana tu, tak payahlah keluar, duduk aje kat rumah bantu ibu buat kuih untuk dijual petang nanti.”
“Ala… kalau tolong ibu pun. Bukan boleh bagi aku ni duit.” Kemarahan Auni Maisarah masih berbaki lagi.
Terdiam Puan Aina dengan kata-kata yang terlontar dari anaknya itu. Pedih hati seorang ibu bila anak yang di sayang berkata begitu. Memang faktor kewangan menjadi dia tak mampu memberikan kesenangan kepada anak tunggalnya. Duit pencen arwah suaminya masih ada dan dia menyimpannya untuk masa depan anaknya.
“Maafkan ibu, Auni… ibu tak mampu nak berikan Auni kesenangan. Macam mana yang ayah berikan dulu.” Ujar Puan Aina sambil memegang tangan Auni Maisarah.
Auni Maisarah terus merentap tangannya dari pegangan Puan Aina
“Dahlah ibu tak payah nak drama sangat, dahlah orang pergi dulu.” Auni terus berlalu dari situ tanpa menoleh memandang wajah Puan Aina di situ. Keseduan wajah tua itu sungguh meruntun hati.
‘Ya Allah kau lembutkanlah hati anak aku. Lindungilah anak aku walau kemanapun dia berada.’ Lembut hati seorang ibu tetap mendoakan anaknya. walaupun anak telah menyakiti hati tua itu.
YOU ARE READING
Layakkah Syurga buatku
Kısa HikayeAuni anak syurga ibu, ibu dah ampunkan segala kesalahan Auni kepada ibu. Ibu halalkan air susu ibu untuk anak ibu. Ibu tak nak anak ibu kena azab allah. Jika ibu tidak ada lagi didunia ini hanya satu permintaan ibu nak ibu nak Auni mandikan ibu buat...