Jimin
Yoon paksa aku untuk tinggal serumah dengan dia dan ahli Bangtan yang lain.
Pada mulanya aku menolak kerana aku tahu Bangtan masih marah terhadapku. Mungkin mereka juga benci aku.
Tapi, selepas didesak berkali-kali, aku akhirnya menerima pelawaan Yoon itu.
Menurut Yoon, Jin, Joon dan JungGuk berpindah ke rumah dia dan abangnya kerana mereka sering kena ganggu oleh hantu di rumah mereka bertiga sendiri.
" Aku takut dorang halau aku lah. "
" Takpa. Jom, masuk. Aku ada. "
Yoon menarik tangan aku menuju ke pintu masuk. Senyap je rumah dorang. Takkan duduk bertujuh senyap je macam duduk sorang?
Aku dan Yoon masuk ke dalam rumah itu.
" Hah. Baguslah dorang pergi keluar jalan-jalan masa ni. Jom Jimin. Aku tunjuk bilik kau kat mana. "
Aku mengekori Yoon menaiki tangga hingga ke tingkat 3.
" Nah. Ni bilik kau. Yang depan ni bilik aku. Sebelah bilik aku ni, bilik TaeTae dan yang lagi satu tu bilik YoonGi. Kalau kau nak apa-apa, minta kat aku. Jangan minta kat orang lain. Kau pergilah masuk. Kemas je apa-apa yang patut. Lepas tu, aku nak kau teman aku pergi makan kat satu kedai makan. Aku ada benda nak bagitau kau. "
Selepas Yoon mengenalkan setiap bilik tingkat itu, dia terus masuk ke biliknya.
Aku pula, takkan nak tercegat kat luar bilik je. Aku masuk ke dalam bilik aku lalu mengemas apa yang patut. Aku kemas sikit je sebab bilik ini memang dah bersih.
----
Aku ikut je kemana Yoon bawa aku untuk makan.
ParkPark Restaurant
ParkPark Restaurant? Familiar je nama ni.
" Jomlah Jimin. Aku belanja. Kau takyah risau. "
Aku menoroti langkah Yoon masuk kedalam Restaurant tu.
" Jimin, kau nak apa? Order je apa-apa. "
Yoon bertanya kepadaku lalu memberi senyuman yang amat manis. Senyuman yang akan mencairkan hati semua lelaki.
" Ermm. Aku makan apa je yang kau order. "
" Okay, bos! "
Alahai. Comel betul budak ni. Aku rindu dengan perangai comel dia ni.
" Ermm, saya nak Chicken stew dua set, samgyeopsal dua set, kimchi stew dua set, kalguksu dua set, danpatjuk dua set dan makgeolli dua set. "
Mak aihh. Banyak betul yang budak comel ni order. Siapa nak habiskan nanti?
" Yoon, banyak betul kau order, dapat ke habiskan? "
" Ofc dapat. Kau habiskan kalau aku tak dapat nak habiskan. "
Eh? Aku pula?
" Ishhh. Oh, satu lagi! Kau order makgeolli tadu kan? Kitakan masih bawah umur, boleh ke minum? "
" Makgeolli tak kuat sangat. Jadi, takpa. Aku, Dahyun dan Hanna selalu minum makgeolli ni. Bangtan pun selalu. "
Dahyun. Hanna. Entah kenapa hati aku sebak sangat dengar nama mereka berdua.
" Jimin, kau okey? "
Yoon. Riak wajah dia sedih. Nampak sangat ke aku sebak sekarang ni?
" Ani. Kaenchana. "
Maafkan aku Yoon. Aku tipu kau. Aku taknak kau rasa bersalah kat aku. Aku tak layak.
Aku cuba sedaya upaya untuk senyum. Namun gagal. Pandangan mata Yoon sekarang ini sama sangat dengan pandangan mata Hanna dan Dahyun masa dorang berdua menangis. 100% sama.
" Ini hidangannya. "
Suara pelayan itu membawa aku ke dunia realiti.
Setiap hidangan dihidangkan di atas meja kami.
" Jiminnie. "
Yoon panggil aku.
Dia panggil aku guna panggilan masa kami jadi bestfriend.
Aku tak salah dengarkan? Takkan?
" Jiminnie, mianhei. "
" Waeyo? "
" Sebab tinggalkan kau. Aku janji yang aku takkan pernah tinggalkan kau lagi. So, aku nak kau pun janji dengan aku yang kau pun takkan tinggalkan aku. "
Yoon. Dia menangis.
" Nae. "
Aku tersenyum lalu mengesat air mata Yoon.
" Dah. Jom makan. Kang tak pasal-pasal sejuk tak sedap pula. "
Pandai pula dia memujuk dirinya sendiri.
Aku lihat Yoon men'grill' samgyeopsal. Dia tak sentuh pun makanan dia lagi.
" Yoon. Biar aku siapkan ni. Kau makan dulu sikit. "
Dia hanya menjeling aku tajam. Okey. Aku faham. Dia taknak aku tolong dia.
" Chicken stew. Hanna nak sangat tengok kau makan chicken stew tu. Dia selalu puji chicken stew tu sedap sangat. Dan dia sure yang kau akan suka. "
Aku memandang wajah Yoon hairan.
" Nah. Samgyeopsal. "
Aku membuka mulutku luas. Yoon suapkan aku sekerat daging.
" Samgyeopsal. Hanna nak sangat suapkan kau samgyeopsal. Dia kata, samgyeopsal merupakan type makanan yang kau suka sangat. "
Aku yang pada masa itu tengah menyirup air Kimchi stew hampir tersedak.
Yoon menghulurkan aku air kosong.
" Kimchi stew. Hanna selalu sangat nak bawa kau makan Kimchi stew kat sini. Tapi kau selalu tolak. "
Aku memandang Yoon minta jawapan atas kenapa dia kaitkan semua makanan yang aku makan dengan Hanna.
" Cuba rasa kalguksu dan danpatjuk tu pula. Sedap tau. Dua tu makanan kegemaran Hanna. "
Aku yang baru hendak menyirup danpatjuk berhenti.
Aku memandang Yoon tajam.
" Yoon, aku nak kau bagitau kenapa sebenarnya kau order semua ni? Sebab Hanna ke? "
" Ne, sebab Hanna. Aku dah laksanakan satu janji aku kepada Hanna. Janji untuk bawa kau makan kat Restaurant ini dan makan semua makan yang Hanna nak kau rasa kat sini. Untuk pengetahuan kau, setiap kali aku, Hanna dan Dahyun makan kat Restaurant ini, Hanna mesti akan pesan kat aku macam ni, 'Yoon. Katakanlah aku dah takda nanti, aku nak kau bawa Jimin oppa makan kat sini. Makan semua makanan yang aku selalu sebut.' dan itulah pesanan terakhir dia buat aku. "
Hanna, maafkan aku.
Aku dapat rasa Yoon duduk disebelah aku.
Dia peluk aku erat. Aku balas pelukannya.
" Jiminnie, aku nak kau selalu ingat, walau apapun terjadi, kau tetap abang Hanna. Kau tetap bestfriend aku dan Bangtan. Dan yang paling penting, kau tetap yang istimewa bagi aku. "
Yoon, aku akan pastikan aku sentiasa ingat.
Aku yang istimewa untuk kau. Tapi, Joshua lebih istimewa dari aku dan YoonGi jauh lebih istimewa bagi kau.
Ada satu rahsia yang YoonGi masih sembunyikan dari kau. Aku pasti dia taknak kau terluka.
YOU ARE READING
[ Love Hate Tears ]
Fiksi Penggemar+ Please jangan buat macam ni Jimin + + Maafkan kami Jimin + + Kau dah permainan hati dia Joshua + + I'm here for you + + Yoon aku suka kau! + ΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠ → Ideas : @swagkumamon- → Covers : @swagkumamon- → No CopyCat from other...