YoonGi
" MinRa. "
MinRa tak pandang aku.
" YoonRa. "
Tak juga.
" Okey. Aku tak kisah kalau kau nak pandang ke tidak tapi tolonglah dengar betul-betul apa yang aku nak cakapkan ni. "
Dia masih memandang ke arah air Sungai Han.
" Jung MinRa. Seorang gadis yang sentiasa ceria dan dari keluarga yang kaya-raya. Ayah dia, Tuan Pengerusi Syarikat Jung Family. Jung Ho Daeng. Dari apa yang orang ramai cakap Syarikat Jung Family merupakan antara syarikat yang mempunyai saham yang banyak dan banyak hubungan dengan pelabur asing. "
Aku pandang MinRa. Dia masih macam tadi.
" Ibu dia pula Puan Pengerusi Syarikat Jung's Fashion and Beauty. Syarikat tu pun ada memegang saham yang banyak. Pelabur asing semua berebut nak melabur. MinRa ni dikatakan yang bongsu antara 4 adik beradik. Kakak dia paling sulung namanya Jessica Jung dan yang kedua Krystal Jung. Lepas tu dia juga ada abang. Nama dia Jung HoSeok. Ada khabar angin mengatakan abang dia dah takda. Tapi tak tahulah macam mana. "
" Actually Jessica dan Krystal ni lain ibu dengan MinRa dan HoSeok. Mak Jessica dan Krystal tulah Puan Pengerusi Syarikat Jung's Fashion and Beauty tu. Mak diorang berdua asal San Francisco, California. Mak Jessica dan Krystal ni isteri pertama Tuan Pengerusi. Nama dia Elvina Jung. "
Aku menarik nafas panjang sebelum menyambung.
" Jessica dan Krystal membesar dengan Puan Pengerusi dekat California sementara Tuan Pengerusi pula dekat Korea. "
" Dan, masa Tuan Pengerusi tu dekat Korea lah dia kahwin lagi satu. Betulkan? "
Aku pandang Yoon. Dia masih macam tadi.
" Ya. Masa Tuan Pengerusi dekat Korea dia jatuh cinta dekat seorang perempuan. Perempuan tu lah yang telah lahirkan Jung MinRa dan Jung HoSeok. Nama perempuan tu, Im Nayeon. "
" Mana kau tahu semua ni YoonGi? "
Sedikit esakkan dihujung ayat Yoon.
Aku pandang Yoon.
Ya, dia menangis.
" Tuan Pengerusi bagitahu dekat aku. "
" Okay. Lepas tu? "
" Selepas beberapa tahun, Puan Pengerusi pindah bersama Jessica dan Krystal ke Korea masa tahu Tuan Pengerusi kahwin lain. Puan Pengerusi pindah Korea pun sebab dia nak Syarikat Jung's Fashion and Beauty je. Asalnya, Pengerusi untuk syarikat tu ialah Puan Nayeon. Tapi, dah kena ambil dengan Puan Pengerusi. "
" Nasib MinRa dan HoSeok pula berubah lepas Puan Nayeon meninggal. Jessica, Krystal dan Puan Pengerusi buat mereka berdua macam orang gaji. Layanan mereka memang teruk. Tak macam masa pertama kali mereka dipelawa tinggal dekat situ. "
" HoSeok pernah lapor hal tu dekat Tuan Pengerusi tapi, Tuan Pengerusi tak dapat nak buat apa-apa. HoSeok akan kena layan lebih teruk lepas dia melapor. Lepas dah selalu sangat kena layan macam tu, HoSeok ambil keputusan untuk lari. Adalah juga dia ajak MinRa sekali, tapi MinRa taknak sebab takut kalau Puan Pengerusi tahu mereka lari, makin teruk mereka kena. "
" Apa jadi kemudian? "
" Lepas je HoSeok lari, takda siapa yang cuba cari dia. MinRa pula kena pukul dengan teruk lepas tu. Aku ada tengok muka MinRa lebam masa dia turun sekolah hari kemudiannya. "
" Aku satu sekolah dengan kau? "
" Ya. Dan, kau couple dengan junior aku. Kami berdua rapatlah juga dulu. "
" Siapa? "
" Joshua. "
" Then, apa yang kau maksudkan tempoh hari? "
" Joshua dia memang sayangkan kau. Masa dia tengok muka kau lebam masa tu, petang tu dia terus datang rumah kau untuk bawa kau pergi hospital. Dan petang tu juga kau kena langgar dengan kereta. Muka kau terseret dekat jalan raya. Joshua bergegas dapatkan kau, tapi dia terus tinggalkan kau berlumuran darah masa dia lihat muka kau yang dah hancur. "
" Aku sendiri yang lihat masa tu. Dan, aku yang bawa kau pergi hospital. Aku sebenarnya selalu ikut kau dan Joshua secara rahsia. "
" Dan, kesokkan harinya masa aku turun sekolah, niat aku nak jumpa Joshua, tapi dia tak tunjukkan muka langsung hari tu. Sepanjang kau koma, dia langsung tak datang sekolah. Lawat kau pun tak. "
" Sepanjang aku jaga kau masa kau koma, Tuan Pengerusi adalah juga datang beberapa kali dan dia minta aku jaga kau elok-elok. Dan, dia larang aku bagi Puan Pengerusi, Jessica dan Krystal jumpa kau kalau mereka ada datang. "
" Jadi mereka ada datang tak? "
" Ada. Dan masa tu, nasib aku kunci pintu, sebab Doktor yang rawat kau kata yang Jessica datang dengan botol asid kat tangan dia. "
" Masa kau dah sedar tu, Tuan Pengerusi lawat kau. Puan Pengerusi, Jessica dan Krystal pun ada juga, tapi mereka bertiga dilarang masuk oleh Doktor dekat situ. Sejak Doktor yang rawat kau ternampak Jessica pegang botol asid hari tu, banyak Doktor yang berjaga kat bilik kau. Mereka siap pasang kata laluan lagi. "
" Oh. Masa kau sedar tu, kau tak ingat apa-apa. Kau tak kenal semua orang. Aku rasa kau ingat yang ni. Aku dan seorang lelaki tinggalkan kau kat situ masa tu. Lelaki tu lah ayah kau. Masa tu, dia minta aku jaga kau. Dan, kalau boleh dia taknak kau ingat siapa dia. Aku juga ada terdengar yang Puan Pengerusi dan anak-anak dia tu ketawa dan mereka suka kau hilang ingatan dan muka kau hancur. Senanglah diorang nak bagitau kau dah mati. Dan petang tu, aku ada berjumpa dengan ayah kau, dan dia ceritakan semua sejarah kau masa kau tinggal dengan mereka. Sebab tu lah dia nak aku yang jaga kau. Dia percaya aku boleh jaga kau. "
" Kau berjaya tunjukkan kau boleh jaga aku YoonGi. "
Aku pandang Yoon. Dia senyum namun ada titisan air mata yang jatuh.
" Aku balik jumpa kau dan kau masih tertanya-tanya siapa aku. Aku kata kat kau aku abang kau. Aku bawa kau rawat muka kau. Dan, aku bawa kau pindah sekolah. Dengan imej baru dan nama baru. Dan, masa tu lah hidup kau yang sekarang bermula. Actually, yang tahu hal ni bukan aku sorang. "
" Hmm? "
" Jin. Hanna. Jimin. Diorang bertiga tahu hal ini. Hanna tu kawan baik kau dari kau umur 3tahun lagi. Jimin pun sama. Jin pula, aku yang bagitahu sebab Jin pernah terjumpa gambar kau dan Hoseok masa korang kecil kat dalam nota aku. Dia kenal budak lelaki kecil kat dalam tu ialah Hoseok bukan aku. Dia juga pernah lihat gambar yang sama macam tu kat dalam lokar HoSeok. "
" YoonGi, kalau aku terima kenyataan yang aku ialah MinRa, kau akan anggap aku siapa? "
" Aku... "
" Hmm. Takpalah. "
" Aku sukakan kau dari dulu lagi. Sekarang pun sama. "
" Kau suka aku? "
" Ya. Sebab tu lah aku selalu follow kau dan Joshua curi-curi dulu. Dan sebab tu jugalah aku benci Joshua. "
YOU ARE READING
[ Love Hate Tears ]
Fanfiction+ Please jangan buat macam ni Jimin + + Maafkan kami Jimin + + Kau dah permainan hati dia Joshua + + I'm here for you + + Yoon aku suka kau! + ΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠ → Ideas : @swagkumamon- → Covers : @swagkumamon- → No CopyCat from other...