YoonRa
Lepas 2hari berehat dekat rumah, aku dapat pergi sekolah semula. Macam mana eh keadaan sekolah tu? Ada berubah apa-apa tak eh?
Bangtan pun tak turun sekolah selama 2hari. Satu, sebab Jin oppa kena jaga aku dan Suga oppa. Dua, sebab Suga oppa demam. Tiga, mereka semua nak kemas bilik aku semula. Empat, sebab diorang jeles kalau aku dan Suga oppa je yang tak ke sekolah. Lima, mereka malas nak pergi sekolah.
----
Aku berdiri tegak dihadapan pagar sekolah.
" Wahhh! I miss school so badly! "
Aku jerit dengan suara yang tak berapa nak besar bagi aku tapi tak bagi orang sekeliling aku. Mereka semua pandang aku dengan macam-macam reaksi.
Ada yang gembira. Ada yang pelik. Ada yang bermisi muka dia. Ada juga yang pandang aku dengan pandangan malu. Siapa lagi kalau bukan Bangtan?
" Yoon! Kau malukan kamilah! "
Taetae oppa menarik tangan aku menuju kearah Bangtan yang dah cepat-cepat pergi dari situ sebab malu gila.
" Apa yang malunya? Yoon bukan buat apa pun. "
Taetae oppa cuma menjelingku tajam.
" Yoon! Kau dah mula sekolah balik? Wah! Gembiranya aku! Eh? Silap. Kami satu sekolah gembira! Masa kau takda kan macam-macam benda berlaku. "
Lisa memeluk aku sebaik sahaja dia menghabiskan kata-katanya. Yang aku pelik, entah bila si Lisa ni muncul kat sini.
" Oppa. "
Bangtan pandang aku.
" Wow Yoon! Kau sebut oppa, semua toleh! Siap JungGuk sekali. "
" Lisa! Ermmm.. Oppa semua masuklah kelas sana. Yoon ada banyak benda nak berbual dengan Lisa. Gukkie, kau jangan letak kaki atas meja aku lagi. Kau aku hempuk juga nanti. Bye oppa and Gukkie si arnab! "
Aku terus menarik lengan Lisa untuk cepat-cepat beredar dari situ sebab aku tahu Bangtan takkan benarkan aku jauh dari mereka buat waktu terdekat ni. Tapi, aku kisah apa? Inikan sekolah.
----
Aku dan Lisa tiba di rooftop sekolah. Kat atas ni senang sikit nak berbual sebab ramai pelajar takut nak naik atas ni. Kata mereka ada roh Jimin.
Ya. Memang benar ada roh Jimin. Aku pernah terserempak dengan dia. Dahlah. Malas nak fikir pasal tu. Buat aku sedih je.
" Hah, Lisa kau kata tadi banyak benda berlaku kat sekolah masa aku takda. Apa dia? "
Lisa tersenyum lebar untuk memulakan cerita.
" Satu, aku rasa yang kau dah pun tahu benda ni tapi aku nak beritahu juga. Dahyun ditemui cuba bunuh diri lepas tahu yang kau masuk hospital sebab cederakan diri. Dia rasa bersalah sangat. Dia anggap dia patut mati jadi kau takkan cederakan diri kau lagi. Dia dijumpai cuba bunuh diri dengan menggantungkan diri dia kat kelas. Nasib masa tu ketua kelas kita datang awal masa tu dan jumpa dia baru je tergantung. Jadi sempatlah nak selamatkan dia. "
" Betulke apa yang kau bagitau ni? Kau tak tipukan? Setahu aku dia yang tak datang sekolah. "
" Aku tak tipu kau. Buat apa aku nak tipu kau? Bukannya aku dapat apa-apa faedah pun. Dan, satu lagi kau mesti dah tahukan Mingyu sunbaenim pindah sekolah? "
" Ye aku tahu. Tapi dia pindah kat mana? "
" Entahlah babe. And, ni paling gempak! "
" Apa dia? "
" Joshua sunbaenim jadi pendiam, suka termenung dan selalu menjerit nama Jimin sambil tunjuk tempat duduk Jimin. "
" Mana kau tahu? "
" Senior kita dari kelas itu lah yang bagitau. "
" Ouh. "
" Joshua sunbaenim pun pernah gosok jari dia kat dinding kelas diorang sampai luka. Dengan darah tu dia tulis nama kau. Seram gila duh. "
Aku hanya mendiamkan diri. Tak tahu nak bagi reaksi apa.
" Dan, sepanjang masa kau takda ni kan, budak sekolah ni tak macam dulu. Diorang semua jadi pendiam. Sekolah ni sunyi sangat. Sampaikan ada satu hari tu, pegawai pendidikan datang kesekolah dan dia siap kata macam ni, "Kenapa sekolah ni macam seram je? Aura dia lain dari sekolah lain.", lepas dia cakap macam tu, dia terus balik. Ni guard sekolah yang cerita kat pengetua. Kau nak tahu? Bukan pelajar je yang jafi pendiam camtu, staff-staff pun sama. Cuma pengetua, guard, Bangtan dan aku je yang normal. Diorang semua risaukan kau. Bangtan taknak bagitau sikit pun macam keadaan kau dan hospital kau dirawat. Cuma diorang ada bagitau aku, pengetua dan guard yang kau okey. Diorang kata jangan risau. Tu je. Tapi, diorang taknak kami bertiga sebarkan hal tu. Yoon? Kau masih dengar tak ni? "
" Ye aku dengar. Teruskan. "
" Hah! Ni satu lagi. Aku rasa kau patut pergi tengok lokar kau. Tak kira lokar kat koridor or kat bilik salin pakaian or kat belakang kelas kau. Even meja kau juga. Sepanjang seminggu ni aku selalu tengok ramai pelajar tinggalkan hadiah diorang kat lokar kau. "
" Okay. Ada lagi tak cerita lain? "
" Takda dah. Tapi, aku ada soalan. "
" Apa dia? Kau tanya aku jawab "
Aku memandang wajah Lisa yang menjadi serius serta-merta.
" Apa hubungan kau dengan Joshua sekarang? Aku nampak dia lain macam je. "
" Aku dan Joshua? Kami dah takda apa-apa hubungan. Btw, apa maksud kau lain macam? "
" Setiap kali pelajar lelaki lain sebut nama kau, dia mesti terus kata yang kau dia punya. Tapi, kenapa kau putus ngan dia? "
" Banyak sebab dia Lisa. Aku tak dapat nak terangkan. Apa lagi soalan kau? "
" Kenapa Dahyun rasa bersalah kat kau sampai dia nak bunuh diri bagai? Besar sangat ke salah dia tu? "
" Besar Lisa. Dia khianat aku. Aku percayakan dia sebagai kawan aku. Tapi, apa dia buat? Dia rampas namja chingu aku. "
" Maksud kau Joshua? "
Aku hanya mengangguk.
" Tapi, aku tengok Joshua tak ambil kisah pun masa Dahyun cuba bunuh diri. Dia nampaknya lebih sayangkan kau sampai dia jadi macam tu. "
" Kalau dia sayang aku, kenapa dia buat macam tu? Dia ingat aku apa? Aku ada perasaan. Disebabkan dia aku lalui macam-macam perkara yamg buat aku sedih. "
" Huh? "
" Dia penyebab Jimin jadi jahat. Dia penyebab Jimin bunuh diri. Dia penyebab banyak pelajar lelaki kena belasah. Dia penyebab pelajar perempuan hampir dirogol oleh Jimin. Dia dalangnya. Dia jugalah yang buli Jimin masa Jimin dipulaukan. Dia penyebabnya. "
" Apa maksud kau? "
" Joshua guna kemiskinan Jimin. Dia upah Jimin untul belasah mana-mana pelajar lelaki yang cuba rapat dengan aku. Dia upah Jimin rogol mana-mana pelajar perempuan yang cemburi dengan aku dan yang pernah tolak cinta dia. "
" Mana kau tahu Joshua dalang segalanya? "
" Mingyu bagitau aku. Dan Jimin pernah panggil Joshua boss dia. Ada soalan lain lagi Cik Lisa si wartawan sekolah? Hahhahahah "
Lisa hanya menggeleng.
----
Aku berjalan menuju ke lokar ku di koridor.
Alangkah terkejut beruknya aku bila lihat lokar aku kena lekat dengan bantak sticky note. Tu baru kat luar. Belum lagi aku tengok kat dalam.

ANDA SEDANG MEMBACA
[ Love Hate Tears ]
Fanfiction+ Please jangan buat macam ni Jimin + + Maafkan kami Jimin + + Kau dah permainan hati dia Joshua + + I'm here for you + + Yoon aku suka kau! + ΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠ → Ideas : @swagkumamon- → Covers : @swagkumamon- → No CopyCat from other...